Part 22(Girls problem)

1.3K 88 2
                                    

EYMAN POV

Aku memandang kedua-dua tapak tangan aku yang sudah bertukar rupa. Bunyi dentuman menerjah gegendang telinga aku.

Aku memandang lurus ke arah pertempuran itu. Nampaknya askar kegelapan semakin berkurang. Menyeru Argus, Balmond dan Moscow serta Vexana mungkin Agak berlebihan kerana mereka berada di level berbeza.

Aku tak perlu turun tangan untuk menentang mereka. Kiy juga nampaknya semakin serasi dengan bentuk barunya. Aku memandang ke suatu arah, tempat Ren dan Vaz bertempur. Nampaknya abang tidak memerlukan bantuan aku.

Aku menghela nafas lalu memanggil kembali askar aku. Askar kegelapan sudah lenyap dari pandangan.

"Fuhh, boleh tahan penat.. "Kiy berkata seraya bersandar pada batang pokok.

"Bukan bentuk kau tu mempunyai stamina tanpa batas? "Soal aku memandang lurus ke arahnya.

"Aku masih baru dalam bentuk ni. Jadi aku belum tahu menggunakan sepenuhnya lagi... "Jawab Kiy mengeluh kecil. Lengan kirinya digosok lama. Sejuk mungkin?

Aku menghilangkan bentuk Shadow. Badanku kembali menjadi sediakala. Aku melangkah ke tepi Kiy.

"Abang Ren mana? "Soal Kiy selepas memandang sekeliling. Dia baru sedar mungkin salah seorang daripada mereka menghilang.

"Aku suruh dia kejar Vaz tadi.. "Jawab aku tanpa memandangnya.

Aku melihat Kiy memandang ke suatu arah. Tempat Ren dan Vaz bertarung.

"Ki Vaz menghilang? "

Aku juga merasakannya. Ki Vaz sudah lenyap,mungkin melarikan diri atau dibunuh.

Satu aura menghampiri tempat duduk aku dan Kiy. Aku memandang sahaja kerana aura itu dikenali oleh aku.

Semak bergoncang dan seorang lelaki keluar dari semak itu. Memandang ke arah aku dengan sengih.

"Jangan cakap kau lepaskan dia?" Soal aku merenung tajam ke arahnya.

"Hahaha, aku tak lepaskan dia tapi aku tertanam dia..." Ren menjawab seraya ketawa kecil.

Aku memandang ke suatu tempat.

"Portal! "

Aku terus memasukinya diikuti oleh Ren dan Kiyama.

********

"Sejak akhir-akhir ini, kau menjadi semakin terkenal... "Izz sensei berkata seraya ketawa. Tangan kirinya menepuk bahuku.

"Dan kau juga mempunyai gelaran baru... "

Aku memandang ke arahnya. Gelaran baru? Aku mengeluh kecil, terlalu banyak gelaran yang diberikan kepada aku.

"The Devil? "Soal Cikgu Jorge ingin kepastian.

"Hahaha.... Kau tahu Jorge mengenai gelaran itu... "

"The Devil terus meningkat naik. Dia menghancurkan Guardian Of Raxoa dan namanya terus terkenal selepas itu.." Jawab Jorge memandang ke arah aku.

"The Devil? Boleh tahan kejam jugak mereka berikan gelaran kepada aku... "

Aku ketawa kecil. Bunyi dentuman kuat kedengaran. Aku memandang ke depan. Vane dan Mia sedang bertarung dengan serius.

"Kenapa mereka serius sangat? "Soal aku pelik dan bertambah pelik apabila mereka senyum penuh makna memandang aku.

"Mereka berebutkan kau... "Jawab Gale tersengih.

"Dahlah kuat, hensem dan sado pulak tu. Siapa je lah yang tak nak... "Sindir Izz sensei. Kiy yang berada di sebelahnya ketawa kecil.

Lupa aku nak beritahu. Kiy sudah lama membuang penutup mulutnya. Hal ini kerana aku sering membakar topengnya. Hahaha, rasakan.

"Seorang lagi belum cukup... "Kiy berkata dengan senyuman sinis.

Aku seakan-akan faham di sebalik senyuman sinisnya.

"Siapa? "Soal Cikgu Jorge ingin tahu.

Aku memandang ke arah lain. Padang yang lapang ini sangat sesuai untuk menghilangkan stress.

"Erza... "

"Anak general tu ke? "Soal Gale. Dia mungkin sudah terlupa dengan gadis remaja seorang itu.

"Betul... "

"Want me to burn you? Kiy? "Aku berkata dengan nada menyampah. Mereka di hadapan aku sudah membantai gelak. Kiy memegang perut menahan ketawa.

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum