Part 8(Latihan yang mendebarkan)

1.8K 92 1
                                    

Kiy memandang ke luar jendela.Bunyi kicauan burung membuatkan hatinya terasa lapang dan tenang.Panggilan dari Mia langsung tidak kedengaran.

Namun sebuah berbola air meluru laju ke arahnya.Kiy berpaling dan berbola itu tepat ke atas mukanya.

Carl dan Gale hanya ketawa dari tepi.Kiy memandang tajam ke arahnya.Ash pula sibuk mencipta peralatan barunya.

Mereka sekarang tinggal di sebuah banglo 3 tingkat milik Eym.Mereka juga pelik bagaimana Eym mampu membelinya namun dibiarkan saja.

"Apa yang kau lakukan?!MIA FRANO!!"Kiy menjerit kuat.

Mia hanya menutup telinga dan memasang wajah selamba.Tidak terkesan dengan amarah Kiy.

Mereka sudah seminggu belajar di akademi baru.Misi yang mudah telah diselesaikan oleh mereka seperti menolong orang kesusahan,kebakaran dan mencari orang yang hilang.

Bunyi pintu dibuka mengejutkan mereka.Seorang lelaki dan seorang perempuan masuk ke dalam rumah itu.

"Selamat kembali,Eym..."Sapa Kiy.

Kiy juga mengenali gadis di tepi Eym.Gadis yang pertama kali mereka lihat di bilik latihan.

"dan Vane..."Vane hanya tersenyum menyapa.Dia terus berlari memeluk Mia.

Vane dan Mia menjadi rapat sejak kali pertama bertemu.

"Ada berita baik?"Soal Gale dari jauh.

"Nak berita baik atau buruk?"Soal Eym.

"Berita baik?"

"Nama kita semua tersenarai dalam pertandingan itu..."

"Berita buruk?"Soal Mia pula.

"Kita akan berpecah..."

"Aku dah agak..."Ujar Carl mengeluh.

"Kita akan masuk dalam kategori berlainan..."Eym mengambil sesuatu di dalam tasnya lalu mencampak ke atas meja makan.

"Eym,Vane dan Kiy..."Kiy mula tersengih.Dia dapat berkumpulan dengan Eym.

"Carl,Mia dan Gale..."

"Ash mana?"Soal Carl pelik.

Ash mula memandang ke arah mereka sambil mengusap rambut.Sengihan terpapar diwajahnya.

"Aku tak daftar..."

"Ouh,kau memang terbaik Ash..."Perli Gale.

Ash hanya tersengih tidak bersalah.

****

Peluh mula membasahi pipi.Keluhan dilepas kasar namun Kiy cuba untuk kembali bangun.Cikgu Yeon dikerling tajam namun Cikgu Yeon hanya beriak selamba.

Wajah dikalihkan ke arah lain.Melihat rakannya yang masih lagi penat.Carl dan Gale masih lagi belum mahu bangun.

Kiy meluru laju ke arah Cikgu Jorge.Pertarungan tangan melawan tangan bermula.Kiy terus melakukan combo,segala kelemahan Cikgu Yeon dia cuba serangan namun Cikgu Yeon sangat pantas menutup.

"Ala,kenapa?Tak mampu serang ke?"Soal Cikgu Yeon sinis.

Kiy menghilang dan muncul di belakangnya.Kuncian dilakukan namun Cikgu Yeon lebih pantas untuk meleraikan kuncian dari arah belakang itu.

Dalam situasi lain pula.

Tumbukan dilepaskan namun pantas di elak.Eym pantas menendang perut Cikgu Jorge dan terus berundur ke belakang.Pengetua Eren sudah lama menantinya,api hijau semakin membara.

Api milik Eym juga menjadi besar,hitam.Setiap tumbukan yang dilakukan oleh Eym diiringi oleh api hitam itu.Apabila tumbukan Eym dan Pengetua Eren bertembung,pengetua Eren lantas mengincar rusuk kiri Eym namun Eym terlebih dulu menumbuk.Eren tercampak jauh!

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now