Part 17(Rancangan)

1.6K 105 1
                                    

Dua hari berlalu semenjak kejadian serangan Erin. Semuanya telah menjadi sediakala.

Aku melangkah laju melalui koridor bangunan. Mengejar langkah seseorang berpakaian hitam. Namun secara tiba-tiba lelaki di hadapanku berhenti mengejut.

"Apa yang kau mahu? Zen" Soal Lucas malas. Butang baju pada bawah dagunya dibuka.

"Aku mahu pergi... "Aku berkata dengan wajah serius. Riak wajahnya berubah daripada santai kepada serius. Dia melangkah ke arahku.

"Benda ini serius. Kau akan terkorban faham tak! "Lucas berkata dengan marah. Aku termanggu melihatnya.

"Mati melindungi lebih baik daripada berdiam diri.... "

Namun tiba-tiba Lucas mencengkam leherku lalu dihempap ke dinding. Aku mendecih.

"Kau masih lagi budak, Zen! "Cengkamannya semakin erat. Aku tersenyum sinis, tangannya aku pulas kuat. Wajahnya tiba-tiba bertukar kerutan, Lucas melepaskan cengkaman di leherku namun aku masih belum melepaskannya.

"Walaupun aku masih budak. Aku lebih kuat dari korang! "Aku terus melepaskan tangannya lalu berundur ke belakang.

Melangkah pergi dari situ. Wajahku masih lagi bengang. Aku benar-benar tidak suka orang menghalangku untuk melakukan sesuatu.

*****

"Apa yang kau lakukan pada Lucas, Zen? "Soal Ren bersama Clara di sebelah kirinya. Melangkah ke arahku yang sedang duduk melihat pemandangan di halaman rumahku.

"Cuma menyapa"

Aku memandang ke arah Clara. Rambutnya beralun lembut seperti Mia. Wajahnya sedikit iras ibunda manakala Ren seperti ayahanda.

Wajah Ren bertukar merah manakala Clara pula bertukar kelat. Aku hanya mengendahkan sahaja mereka.

"Zen! "Jerit Ren marah. Aku merenung tajam ke arahnya. Iris mataku juga bertukar, Clara tersentak apabila melihat irisku.

"Apa yang kau nak? Ren" Soalku dingin. Udara yang datang ke arah ku cuba melembutkan kepanasan di hatiku. Ren juga tersentak, dia mula berdiam diri.

"Aku tahu kamu nak balik semula ke kerajaan, Zen. Tetapi itu sangat berbahaya... "Clara berkata seraya menghampiriku. Cuba menyentuhku, aku membiarkan sahaja. Sentuhnya seperti merasai sentuhan ibunda walaupun aku tak pernah merasainya.

"Jadi apa yang kau mahu lakukan? Berdiam diri? "Aku ketawa. Itu tindakan seorang pengecut.

"Aku ada rancangan. Kita akan lemahkan dia sebelum kita menyerangnya di istana.. "Ren membalas.

Aku memandang tajam ke arahnya. Rancangan melemahkannya?

"Apa maksud kau? "Soal Aku ingin tahu. Clara memandang ke arah Ren lalu mengangguk.

"Seorang lelaki tua pernah memberitahuku tentang Voldermort itu. Ahli sihir itu mempunyai tujuh jantung dan kesemuanya diletakkan di tempat yang berlainan... "Jelas Ren dengan serius. Aku daripada santai bertukar serius apabila mendengar penjelasan dari Ren.

"Di mana tempat ketujuh jantung itu? "Soal aku ingin tahu.

"Aku tahu hanyalah satu. Pada burung yang selalu berada di sisinya.. "

"Nampaknya itu mustahil untuk dilakukan... "Ujar seorang lelaki menghampiri tempatku. Aku tidak memandangnya kerana aku sudah mengetahuinya. Izz sensei.

"Izz.. "Sapa Ren apabila terdapat Izz dan yang lain menghampiri mereka.

Clara tersenyum apabila terpandang wajah Mia yang berada di sebelah kiri Izz. Mia membalas senyuman sebelum matanya melirik ke arah aku.
Carl, Kiy dan Gale menghampiri aku.

"Aku rasa aku tahu salah satu tempatnya.. "Aku berkata apabila suasana mula bertukar senyap. Ren memandang tepat ke arahku.

"Akademi lama kita. Di dalam bilik perpustakaan. "
Jelas sekali riak wajah sahabat dan guruku terkejut. Wajah Izz mula gelisah.

"Izz sensei. Apa yang ada di dalam bilik itu.. "

Izz mengeluh lemah. Kerusi yang berada di hadapan muridnya diduduk. Nampaknya dia perlu membongkarkan rahsia tempat kerjanya itu.

"Terdapat satu rantai yang mempunyai sihir tahap tinggi. Bahkan guru pun tidak mampu memegangnya. Mengikut apa yang aku tahu, rantai itu muncul setelah ahli sihir terkejam menghilangkan diri. "Jelas Izz panjang lebar.

"Nampaknya betul tekaan aku... "

Aku terus memandang tajam ke arah Kiy,Gale dan Carl. Jelas mereka terkejut apabila aku memandangnya.

"Ginga, Venom dan Fary!"

Tiba-tiba iris mata mereka mula berubah warna. Sihir di sekeliling mereka mula meningkat. Suara garau mula kedengaran.

"Tuan!" Ujar mereka bertiga.

Ren,Izz dan yang lain terkejut melihat perkara itu. Namun hanya mendiamkan diri. Mereka yakin bahawa aku mempunyai rancangan.

"Ginga,guna kuasa elektrik kau untuk mencari tempat yang mempunyai jantung itu.."

"Venom, kuasa teleport kau sangat pantas jadi kau tahu tugas kau.. "

"Faham,Tuan"

"Fary,jantung itu juga menyerap udara. Jadi kau perhatikan di mana tempat yang selalu kekurangan udara... "

"Baik,Tuan!"

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz