Part 2(Soalan)

2K 101 0
                                    

Wajah lelaki berambut hitam merah itu membuatkan Kiy tergamam.Seseorang yang dirinduinya!Selama 3 tahun dia menghilangkan diri tanpa berita!Tanpa sebab!Dan akhirnya muncul secara tiba-tiba dihadapannya.

Lelaki itu tiba-tiba menghilang dihadapannya.Kiy mula tercari-cari manakala Carl hanya membebel dan tidak perasan akan lelaki tadi.

"Carl!Eym!"

"Hah?"Soal Carl terkejut.Tak mungkin dia salah mendengar.

Seekor demi seekor minatour terputus kepalanya.Kiy dan Carl tidak mampu melihatnya termasuk Ash dan Gale.Pergerakannya amat pantas dan walaupun mata Kiy bergabung dengan mata naganya namun tidak dapat juga melihatnya.

Energi sihir yang menyebar dan udara yang berlainan ini membuatkan Ash menganggap lelaki itu bukan calang-calang.

Lelaki itu muncul dihadapan ketua minatour itu.Ketua minatour menjerit kuat melihat rakannya mati tanpa kepala.Matanya bersinar merah,nafas menjadi kasar.Kapak yang besar terus dihayunkan ke lelaki itu.

Lelaki berambut hitam merah itu hanya mengelak serangan bertubi-tubi dari ketua minatour itu.

"Penat?"Soal lelaki itu apabila melihat hanyunan ketua minatour semakin perlahan.

"Karu!"Jerit lelaki itu kuat.

Sebilah pedang hitam dan mempunyai lima permata muncul di tangan lelaki itu.Sihir yang terdapat dalam pedang itu sangat gelap.

"DARK TECHNIQUE!SLASH OF DARK KING!!"

Libasan itu terus membelah badan ketua minatour itu tetapi ia juga menyebabkan rekahan besar dan tasik terbelah dua.Hutan yang berada di sebalik tasik terbelah.

Lelaki itu hanya mengaru kepala.Dia tidak menahan diri sehingga menyebabkan kerosakan besar berlaku.Senyuman kelat ditarik.

Kiy masih lagi tergamam.Menelan air liur melihat wajah lelaki yang hilang beberapa tahun dahulu.Wajah yang sedikit berlainan tidak menghalang Kiy untuk mengecamnya.

"Kau nampak lebih matang..."Kiy berkata dengan tangannya perlahan-lahan ke bahu lelaki itu.

"Eym...."Tangisan gembira terukir di wajahnya.Teramat gembira.Tanpa sempat Eym berkata Kiy terus memeluk erat.

Carl,Ash dan Gale masih lagi terkaku di situ.Wajah tidak percaya terpapar di wajah mereka.Mereka terus berlari lalu memeluk erat Eym.

"EYMMMM!!!!!"Jerit Carl gembira.Wajah senior dan ketuanya masih sama seperti dulu.

"Hai guys..."Eym berkata dengan nada gembira.Rakannya dipeluk erat,sudah lama dia impikan pelukan ini.Namun apakah daya,tugasnya membuatkan dia perlu melupakan.

"KIY!KAU OKAY?"Soal Mia dari jauh.

Dia masih lagi belum perasan akan kehadiran Eym kerana dia dikerumuni ramai.Wajah Kiy tersenyum gembira.Tangisan kegembiraan masih lagi ada di wajahnya.Mia memandang pelik.

"Kenapa kau menangis,Kiy?"Soal Mia yang tiba di hadapan Kiy.

"Eym sudah balik Mia!Eym sudah balik!"

"A-apa yang kau cakap ni?"Soal Mia terkejut.Dia masih lagi belum percaya.

"Kau tipu je kan,Kiy?Kau tipu kan!Jangan buat aku macam ni Kiy!Aku dah lama tunggu dia!Kau tahu tak!Jangan bagi aku harapan palsu lagi Kiy..."Luah Mia dalam tangisan.Dia terus menekup mukanya dengan tangan untuk menghalang tangisannya lagi kuat.

Satu tangan menyentuh lembut bahu Mia.Perlahan diusap untuk meredakan tangisan.Mia tersentak,tangan ini.Tangan yang suatu tika dulu pernah menyentuhnya.Tangan yang dirinduinya.Dia lantas menoleh ke belakang.

Terkejut.Itu yang boleh digambarkan kepada Mia.Air matanya semakin mengalir,tangannya perlahan-lahan mengusap wajah Eym yang hanya beberapa inci di hadapannya.

Eym tersenyum,tangan Mia yang mengusap mukanya dibiarkan.Tangannya terus diangkat lalu mengusap lembut air mata yang bercucuran.

"Aku pulang,Mia..."

Mia mengangguk.Air mata gembira semakin laju..

******

Wajah Eym masih lagi dipandang tidak percaya.Dia terus menampar-nampar muka Eym..

"Kiy,kau masih lagi tak percaya ke?"Soal Eym ketawa.Dia faham,bertahun-tahun dia menghilang lalu muncul tiba-tiba.Siapa yang tak terkejut.

Bukan sahaja Kiy,malah semua yang berada di situ masih lagi ragu-ragu.

"Hahaha,aku faham dan aku tak paksa korang nak percaya ke tidak..."Eym berkata seraya melepaskan kasutnya.

"Tapi ke mana kau hilang selama ini?Eym?"Soal Gale yang tersandar di dinding di tepi Eym.

Eym mengeluh perlahan.Tangan diusap,matanya bertukar sayu.

"Membalas dendam..."Eym berkata dengan perlahan namun didengari oleh yang lain.

"Apa?"

"Kenapa?"Soal Kiy pula.

"Mana kakak kau?Eym?"Soal daripada Carl menyentakkan Eym.

Soalan yang maut itu membuatkan Eym menelan air liur.Perlahan-lahan air mata mengalir tanpa disedari Eym.Semua orang tergamam apabila air mata Eym perlahan-lahan menitis.

"Kak Elmiya....S-sudah tiada..."

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now