Part 16(Mimpi ngeri)

1.8K 104 7
                                    

Serigala putih itu hanya mendiamkan diri.Sebenarnya,nama serigala itu adalah Ken.Dia serigala dari kaum yang baik namun dipaksa untuk melakukan kejahatan.Dia berjumpa dengan Erin,dia berusaha untuk melindunginya kerana Erin juga dipaksa oleh dewa itu.Disebabkan itulah ketika Eym menyerang Erin,dia tidak menghalang kerana dia mahu Erin disembuh.

"Jadi... Apa yang perlu kita lakukan?"Soal Ren risau.

Tiba-tiba Ken mara ke hadapan.Ren tersentak namun berjaya mengawalnya.

"Aku akan keluarkannya dari mimpi ngeri..."

"Mimpi ngeri?"Soal Clara.

"Ya,Itulah kuasa aku.Mampu mengawal minda seseorang dan memasuki ke dalamnya..."

Izz sensei tergamam.Ken dipandang dengan riak wajah tidak percaya.

"Adakah kau serigala putih sembilan roh?!"Soal Izz sensei.

Ken mengangguk.Sebenarnya,maksud serigala putih adalah serigala dari puak terkuat dan merupakan rakan seperjuangan raja dewa ketika dulu.Maksud sembilan roh adalah serigala yang mendapat kepercayaan dewa dam mampu mengawal semua roh haiwan.

Ken mengeluarkan berbola putih di tangannya.Dia memerhati sekeliling lalu memandang ke arah Ren.Dia mengucap sesuatu dan dapat ditangkap oleh Ren.

Dia mula berundur ke belakang termasuk yang lain.

"Maafkan aku.... Tuan...."

Lalu dia menghempaskan berbola itu masuk ke dalam badan Eym.Badannya mengerang kuat!

Ken terus menarik berbola tersebut kembali.Namun berbola itu bertambah besar dan aura hitam terdapat di dalamnya.

Badan Eym kembali kepada sediakala.Ren terduduk,dia bersyukur Ken mampu menolongnya.

"Apa benda itu?"Soal Kiy hairan.

"Ini adalah sebahagian daripada mimpi ngeri,penderitaan dan kesan luka padannya..."Jelas Ken sambil membawa berbola itu ke hadapan mereka.Dia juga terkejut melihat berbola itu sangat besar.

"Pasti penderitaan yang dia alami sangat hebat..."Ujar Ken dalam hati.

Ren cuba menyelami tangannya namun hanya seketika sebelum menarik semula tangannya.Dia terduduk,badannya seolah-olah terbakar!Dia mengerang kuat!

"Abang Ren!!Kenapa?!"Soal Clara cemas apabila melihat Ren terduduk.

"S-sakit..."

Lucas juga mara kehadapan.Berbola yang berisi hitam di dalamnya dipandang dalam-dalam.Dia melepaskan keluhan kecil.Tangan dihulurkan ke dalam berbola itu.

Namun tiba-tiba mimpi ngeri memasuki kepalanya!Badannya sangat sakit!Bermacam-macam mimpi ngeri yang dia alami walaupun hanya sekejap!

"ARGHHHHH!!!!"

Ken terus menarik Lucas jauh dari berbola itu.Wajah Ken mengerut kerana badan Lucas berdarah dan tangannya seolah-olah terkena api.

"Ken.... Adakah ini penderitaan yang Eym alami?Seorang diri?"Soal Ren bersusah payah kerana badannya masih lagi terasa sakitnya.

"Ya,namun ini hanyalah sebahagian kerana kuasa Eym menyekat aku untuk mengambilnya..."

"Penderitaannya terlalu berat.... Walaupun sekejap,aku sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dialami oleh Eym..."

Tiba-tiba Kiy maju ke hadapan membuatkan ramai pelik melihatnya.

"Sebagai kawan rapatnya... Aku juga ingin merasakan kesakitan yang dia alami sepanjang hidupnya..."

Turut serta iaitu Gale,Carl,Ash dan juga Izz sensei.Eym adalah muridnya,dia juga ingin mengetahui kesakitan yang Eym alami.

Kelima-lima lelaki muda itu terus memasukkan tangannya ke dalam berbola itu.Apabila tangannya masuk separuh,kelihatan tangan mereka mengigil menahan kesakitan.

Wajah mereka seperti menahan sesuatu dan pastinya mimpi ngeri menghantui mereka.

"S-sakit..."Kiy berkata namun tangannya masih lagi dalam berbola itu.

Ken menghala tangannya ke arah berbola itu.Dia terus mengenggam dan berbola itu hilang serta merta.Kiy dan yang lain terjelupuk jatuh.

****

Suara erangan seseorang mengejutkan Izz sensei yang bersandar di kerusi pelawat.Wajahnya dikalihkan ke arah katil Eym.

Dia tersenyum nipis apabila melihat Eym sudah mula sedarkan diri.Kerusi di tepi katil Eym di duduk.Matanya tepat memandang wajah Eym.

Setelah beberapa kali mencuba,Eym berjaya mencelik matanya.Seluruh ruang di pandang oleh Eym sebelum pandangannya jatuh pada Izz sensei.

"Berapa lama?"Soal Eym sambil cuba bersandar di hujung katil.

Izz sensei mengeluarkan jam tangannya.Matanya memandang ke arah jarum jam.

"2Hari 6Jam...."Jawab Izz sensei.

Eym tersenyum kelat.Nafas dikeluhkan.

"Mana yang lain?"Soal Eym lagi apabila tiada orang lain melainkan Izz sensei di dalam ruang itu.

"Ada di luar...."Jawab Izz Sensei perlahan.

"Jadi..."

Eym memandang ke arah Izz sensei.

"Bagaimana keadaan kau?"Soal Izz sensei.

Eym mengeluh kecil.Bantal kecil di bucu katil di ambil lalu diletakkan di atas riba.Dia terus menongkat dagunya.

Izz sensei hanya memerhati perbuatan Eym.

"Baik..."

"Lepasni kau akan pergi jauh..."Izz sensei berkata.

"Hah!"Eym tersentak.

"Seseorang datang ke sinj.. Dia dari kerajaan kau... Kecederaannya amat parah... "

"Namun apa yang diberitahunya mengejutkan kami... Mereka ingin menghancurkan kerajaan kau secepat mungkin... "Sambung Izz sensei.

"Tapi kenapa?! "Soal Eym marah.

"Untuk membina kerajaan mereka..."

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now