Part 14(Penyucian)

1.6K 109 3
                                    

Suasana di colloseum itu bertukar seram!Erin meningkatkan ki nya!Lucas bergerak laju lalu muncul di sebelah Clara.Serigala di hadapan Erin direnung tajam.

"Jangan!kau tak akan dapat melepasinya..."Kata Clara apabila melihat adiknya ingin berlawan dengan serigala putih itu.

Kilat merah menyambar kuat!Jeritan Erin mengegarkan langit!Batu mula bertebangan.

"Apa yang perlu kita buat?"Soal Alaina sedih apabila kakaknya menjadi sebegitu.

"Kuasanya sangat kuat!Tiada yang mampu menghalangnya!"Kata Clara.

"Masih ada..."Semua orang memandang ke arah Ren.Riak wajahnya sangat serius.

"Siapa?"

Tiba-tiba,seseorang muncul dengan kelajuan cahaya!Rambut merah beralun dengan laju!Riak wajah yang dingin menjadi santapan mereka.

Muncul pula yang lain,rakan-rakan kepada Eym.

"Iaitu adik aku..."Kata Ren tersengih.

Riak wajah Alaina,Clara dan Lucas mula berubah!Tidak percaya akan ucapan daripada Ren.

"Jangan cakap!"

"Ya,aku sudah menjumpainya..."

"Adik bongsu kita!Rayzen!"Sambung Ren.

Mereka terkaku!Wajah Eym ditatap dalam-dalam.Perlahan-lahan tangan Clara menyentuh pipinya.Alaina juga menghampirinya dan hanya Lucas yang terkaku tidak bergerak.

"Zen?Adakah itu kamu?"Soal Clara menahan tangisan.

Eym memerhati wajah Clara.Dia gembira kerana dapat bertemu semula dengan adik beradiknya.Pelukan daripada Clara dan Alaina dibalas.

Namun Erin yang melihat menjadi sakit hati!Emosinya mula tidak stabil.Kilat yang kuat menyambar kerusi penonton sehingga hancur.

"Kenapa Erin seperti itu?"Soal Vane.

"Kerana Erin yang sebenar masih lagi berlawan untuk mendapatkan tubuhnya..."Jelas Clara yang masih lagi memandang ke arah Erin.

"REN!KE BELAKANG..."Jerit Alaina kuat apabila kilat milik Erin semakin tidak terkawal.

Eym terus bergerak ke hadapan.Aura daripada Erin tidak mampu menyentuhnya.Dia hanya bergerak selamba ke arah Erin.

"Oi Kak!Tak sakit tekak ke?"Soal Eym sengih.

Tiba-tiba muncul pancaran laser berwarna putih dari langit!Lucas dan yang lain tersentak.Laser itu terus menjunam lalu menghentan Eym.

"Eym!!"Ren menjerit kuat.

Erin juga tersentak.Dia melompat berundur ke belakang.Tanduk tajam melekat di dahinya.Bajunya seperti kelawar.

"Jadi itulah bentuk puteri dewa kegelapan?"

Alaina mengangguk.Dia memandang ke arah Eym dengan risau.Namun bahunya dipegang oleh Mia.

"Jangan risau.Itu kuasa dia..."

*****

EYM POV.

Perlahan-lahan cahaya yang mengelilingi aku memudar.Badanku mengeluarkan debu emas.

"Nampaknya aku kembali mengunakannya..."

Perisai ini pernah aku gunakan ketika bertarung melawan Raja Syaitan namun bentuknya masih belum sempurna.

Kak Erin masih di hadapan aku.Matanya menyala merah.Hembusan nafasnya penuh kegelapan.

"Come to me..."Provok Aku.

Kak Erin meluncur laju!Aku terus bergerak pantas ke tepinya.

"FIST ANCIENT DRAGON!!!"

****

"FIST ANCIENT DRAGON!!"

Tumbukan emas milik Eym menghentam pipi Erin sehingga tercampak jauh lalu melekat di dinding.

Eym membuka kekuda.Ren serta yang lain berada di dalam pelindung yang dicipta oleh Eym sebelum bertarung.

"Tunjukkan kuasa sebenar kau!"

Erin mengerang kuat!Dia melangkah perlahan lalu menghilangkan diri!

Eym terus menahan serangan dari belakang!Tangannya ligat menahan serangan bertubi-tubi dari Erin.

"DARK CYCLONE BLAZE!!"

Semburan api dari tangan Erin tidak sempat ditahan oleh Eym lalu tercampak sedikit ke belakang.

Serigala berwarna putih hanya berdiam diri melihat Erin bertarung.Apa motifnya yang sebenar?

"Fuhh.... Boleh tahan kuasa kau"Eym tersengih.Perisainya mula berubah bentuk!

"Kenapa perisainya seperti itu?"Soal Alaina ingin tahu.

"Itu perisai lebih kearah keseimbangan..."Jelas Mia.

"Perisai milik Eym mempunyai tiga jenis.Iaitu serangan,pertahanan dan Keseimbangan..."

"Wah!Perisai seperti itu pun ada!"Ujar Vane teruja.

Tiba-tiba di hadapan mereka muncul bulatan dan mempunyai lima bintang.Mereka agak terkejut namun selepas mengetahui siapa yang melakukan,mereka merasa lega.

"FIVE LIGHT SWORD FROM HEAVEN!!"

Muncul lima pedang bersinar putih di hadapan Eym.Erin tersentak,aura yang dikeluarkan oleh pedang itu menakutkannya.Eym menjeling tajam.

"LIGHT CHAIN!!"

Rantai berwarna emas mengikat Erin.Eym terus mengarahkan rantai itu ke tengah bulatan.Erin menjerit kesakitan kerana rantai itu menyerap kuasa kegelapan.

"....Down...."

Lima pedang itu terus menacap pada kelima-lima bulatan bintang.Erin mula mengelupur ketika cahaya itu mula masuk ke dalam badannya.

"ANCIENT TECHNIQUE!!"

"THE PURIFICATION OF SIN!!"

"ARGHHHHHHH!!!!"Jerit Erin kuat.Badannya seakan terbakar seperti berada di cahaya matahari!

Ren menekup mulutnya.Hatinya menjadi sebak melihat Erin menderita kesakitan.Clara senyum kelat,melihat adiknya seolah-olah terbakar meruntun hatinya.Namun apakah daya,ini semua untuk kebaikannya.

Gale memandang ke arah Carl.Pelbagai persoalan di benak mindanya.

"Bukankah penyucian memerlukan jumlah kuasa yang banyak?"Soal Gale ingin tahu.

Izz sensei yang juga berada di situ memandang ke arah Gale.

"Jumlah kuasa yang dipunyai oleh dewa biasa berbeza dengan manusia..."

"Dan bagi Eym pula,dia adalah dewa yang istimewa.... Kuasanya tidak terbatas..."Jelas Izz sensei.

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Onde histórias criam vida. Descubra agora