Part 11(Pertandingan)

1.9K 114 2
                                    

"So korang dah bersedia?"Ren berkata sambil berjalan ke hadapan enam orang muridnya.

Wajah seorang demi seorang dipandang.Eren hanya memerhati dari jauh.Harapannya agar akademinya akan menjadi juara.Izz sensei dan Cikgu Jorge sibuk membantu Ren manakala Cikgu Yeon menjadi pembantu pengetua Eren.

"Sedia!"Ujar mereka berlima kecuali Eym.

Eym sibuk membalut tangannya dengan tali yang telah disediakan bagi mengurangkan impak apabila mereka bertarung tangan.Wajahnya teramat serius termasuk yang lain.

"PERHATIAN KEPADA WAKIL SEMUA AKADEMI!SILA BERKUMPUL DI TENGAH GELANGGANG!"Arah pengacara majlis dengan kuat.

"Nampaknya ini sama seperti dulu..."Kata Kiy kepada Mia.

"Cuma kejohanan ini lebih besar dari yang dahulu..."Balas Mia sambil memerhati Eym membalut tangannya.

Kiy mengangguk setuju.Carl dan Gale dihampiri,bertanya khabar tentang mereka.

"Buat apa aku nak takut.Aku kan kuat..."Kata Carl bangga.

Kiy memutarkan bebola matanya.Vane dihampiri,satu rantai diberikan.Vane memandang pelik ke arahnya.

"Hadiah untuk awak..."Kata Kiy tersenyum.

Carl dan Gale bersorak dari belakang.Tangan diangkat ke atas gaya melambai-lambai.

Kiy tersenyum malu termasuk Vane.Dia lantas memakai rantai itu di leher.

"Terima kasih..."

*****

Eym,Kiy dan Mia berada di bahagian lain manakala Gale,Carl dan Vane pula berada di bahagian lain.Mereka mula berpisah.

"Kau gementar?Kiy"Soal Mia apabila melihat tangan Kiy seolah-olah gementar.

Kiy hanya mengangguk.Dia amat gementar kerana berada di hadapan semua orang.Namun dia hanya gementar dan berdebar sekejap sahaja.

Eym memerhati dari tepi.Tiada tanda-tanda dia mahu berbual dengan Kiy dan Mia.Monitor di hadapan dipandang.

"AKADEMI AQUA VS AKADEMI YAMATO!"

Sorakan dari para penonton bergema.Tiada kerusi kosong yang tertinggal dan semuanya dipenuhi oleh orang.Keadaan gelanggang itu dipenuhi dengan bunyi.

Eym,Kiy dan Mia mula masuk ke tempat pertandingan.

Terdapat ruang yang besar di tengahnya iaitu gelanggang tempat mereka berlawan.Berbentuk segi empat tepat,diperkuatkan dengan batu sihir yang kuat.Penonton akan dilindungi oleh perisai plasma.

Tiga orang lelaki tepat di hadapannya.
Wajahnya juga sangat serius.

"EYM!KIY DAN MIA"

"CALE!RON!YUN!

Tiga Vs Tiga.

LOCENG MULA BERBUNYI.

Salah satu dari mereka terus bergerak pantas menyerang Mia!Mereka terus bertarung dengan tangan kosong!Seorang lagi mula untuk menolong rakannya!

Namun belum sempat dia hendak menolong.

DUMMMM!!!

Wajahnya selamat mencium lantai!Eym berada di tepinya.

"Jangan sibuk bila orang berlawan..."

Ron mengerang kesakitan.Perlahan-lahan dia menegakkan badannya.Pipinya jelas kemerahan.Wajah Eym dipandang tajam!

"KILLER FIST!"

Di tangan kirinya muncul sihir yang berwarna putih salji!Ron terus menumbuk kuat muka Eym!

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now