Part 25(misunderstanding)

1.4K 93 20
                                    

Rumah Agam Eym(1:00Pm)

Raja Indra memerhati sekumpulan lelaki datang menghampirinya. Eym di tepinya memandang lurus ke arah seorang lelaki.

"Raja Erasota, Raja Indra Aragon.. "Sapa lelaki yang berpakaian ala raja. Di tepinya kelihatan tiga orang lagi yang memakai baju sama sepertinya.

"Raja Badar, Raja Kaizo Pentagon.. "

"Raja Oragi, Raja Momota.. "

"Raja Delan, Raja Arthur Fardragon... "

Seorang demi seorang menghulurkan tangan lalu disambut Eym dan Raja Indra sambil tersenyum.

Raja Kaizo memandang ke arah Eym dengan kerutan dahi. Raja Momota memandang pelik ke arahnya.

"Kenapa Kaizo? "Soal Momota pelik.

"Ermm, tak apa ke bersikap sebegini dengan pewaris raja dewa? "Soal Kaizo dengan nada perlahan. Eym ketawa kecil dan Indra hanya tersenyum.

"Aku belum jadi raja lagi. Jadi Raja bolehlah bersikap bebas dengan aku... "

Momota dan yang lain mengangguk faham. Meja yang sudah disediakan dihampiri. Raja Indra mempersilakan mereka duduk.

"So, bila Zeref akan menghantar tenteranya? "Soal Arthur. Tangannya lincah memegang sudut. Nasi di hadapannya dipandang penuh minat. Belum sempat Yang lain ingin memegang sudut. Arthur terlebih dulu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"2 minggu lagi... "

Arthur tersedak apabila mendengar jawapan Eym. Air berwarna merah di hadapannya diraih lalu meminumnya dengan rakus.

"Hahaha, sorry. Sebenarnya 3 hari lagi... "Jawab Eym ketawa kecil.

PFTHHH!!

Nasi Yang baru sahaja dimakan tersembur kembali. Nasi berterabur di hadapannya.

"Hahahaha, Zen! Habis tersembur Arthur... "Raja Kaizo ketawa kecil. Nasib baik dia tidak terkena semburan itu.

"Zen! "Raja Arthur memandang tajam ke arah Eym. Tawa kecil terlepas apabila Eym cuba untuk serius.

"Hahaha, minta maaf. Sebenarnya dalam 2 minggu lagi. Kita kena bersiap sedia lebih awal... "

"Memang gempaklah muka Raja Arthur bila tersembur. Baru nak rakam.. "Indra mengenakan Raja Arthur Yang mana mukanya jelas kemerahan. Malu mungkin.

"Nah" Eym memberi iphone miliknya kepada Raja Indra. Raja Arthur mengerut dahi.

"Wah, Zen! Bila kau rakam ni? "Soal Raja Kaizo apabila terpandang rakaman dalam iphone itu.

"Aku undurkan masa... "

Walaupun mereka berempat adalah raja. Di kerajaan sendiri. Rakyat sudah tahu betapa tegasnya mereka berempat. Namun apabila mereka bersama. Perangainya macam kanak-kanak.

************

Eym Pov

"Ni rumah atau istana? "Soal Raja Kaizo. Memandang tepat ke arah rumah aku.

"Hahaha, mungkin lebih kepada istana... "Balas aku sambil tersenyum memandang istana aku.

"Oh ya, Zen. Aku nak bawa kau jumpa spirit beast aku... "

Aku mengerut dahi memandang ke arah Kaizo. Nak bawa aku? Tapi kenapa?

"Kenapa? "Soal aku.

"Sebab dia kenal Shadow Monarch. Jadi dia nak melihat pewarisnya. "

Aku mengangguk faham. Aura  dan daya kuasa yang dikeluarkan oleh Raja Kaizo tiba-tiba berubah. Pandangan tajamnya seperti seekor naga Yang memandang musuhnya. Ya, naga langit. Merupakan 5 naga agung Yang ada. Menguasai elemen angin.

"Monarch Shadow? "Soal Raja Kaizo Yang bertukar identiti.

Aku memandang tepat ke arahnya. Daun yang turun kerana musim gugur dibiarkan bertiup.

"Sky dragon, Faren.. "

"Adakah kau Yang membunuh Yuren? "Soal Faren dengan suara garau.

Aku tersenyum seketika. Yuren merupakan pasangan Faren. Mengikut memori tinggalan Monarch Shadow. Yuren mati disebabkan racun Yang terkandung dalam tubuhnya. Monarch Shadow sedaya upaya untuk membuang racun itu. Namun Faren tiba-tiba muncul lalu terjadinya Salah faham sehingga menjadi perang.

"Kalau aku kata tidak. Memang kau tidak percaya.. "

Faren memandang aku dengan renungan tajam.

"Aku memang selamanya tidak akan percaya pada kau. Kalau ikutkan, lebih baik aku bunuh kau sekarang ni. Manusia lemah.. "Faren berkata sinis. Auranya ditingkatkan. Pertarungan akan berlaku. Raja Kaizo memandang dengan risau dari dalam badannya.

"Bukan kau ke yang lemah? Tidak mampu menyelamatkan Yuren. Kau salahkan aku... "Aku menyindirnya. Aku sudah lama tahu keberadaannya di dalam tubuh Raja Kaizo. Namun aku hanya membiarkan sahaja.

"Sial kau! "

Faren terus melepaskan tumbukan ke arah aku. Namun aku terus menahannya dengan tangan kosong.

"Apa yang boleh aku lakukan supaya kau boleh maafkan aku? "Soal aku apabila wajahnya tepat di hadapan aku.

Jelas Faren terkejut kerana aku menahan dengan tangan kosong. Kerana kalau manusia biasa, mereka sudah lama terpelanting jauh walaupun ditumbuk dengan tangan kosong. Namun Faren telah mengumpulkan kuasanya pada tangan.

"Lawan aku.. "

"Baiklah kalau itu yang kau mahu... "

Tiba-tiba persekitaran mereka mula berubah. Faren sedar bahawa dia berada di dalam demensi yang dicipta oleh aku.

Faren memandang tajam ke arah aku. Senyuman tipis terukir di bibirku. Menghelas nafas berat.

BOMMMM!!

*******************

Faren menyerang Eym bertubi-tubi. Segala serangan diberikan namun Eym dapat menepis kesemuanya.

"Move on lah, Faren. Dia dah lama mati! "

"Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa! "Jerit Faren garau. Darah menitis di dahinya dibiarkan sahaja.

"Aku tak pernah rasa? "Soal Eym ketawa kecil. Daya kuasanya semakin meningkat! Aura membunuhnya mula menjadi luar biasa. Sang dewa mengamuk!

Faren terkelu seketika kerana daya kuasa Eym semakin meningkat. Sebelum ini, dia pastikan yang kuasa Eym hanyalah separuh dari kuasa monarch itu.

'Tech, Farzel... Aku memerlukan kuasa kau! "

"Cahaya dan kegelapan? Kau yakin mahu gunakan sekarang? "Soal Tech garau. Farzel hanya memerhati mereka berdua dari tepi.

"Ya, aku sangat yakin. Aku ingin mencubanya sebelum aku berlawan dengan Zeref... "Eym cuba menyakinkan Tech.

"Kau yakin kau boleh tahan identiti kedua kau? "Soal Farzel setelah sekian lama mendiamkan diri. Fang pula sedang enak diulit mimpi.

Eym merenung tepat ke arah wajah Farzel. Dia terpaksa mendongak kerana Farzel sangat tinggi.

"Apa yang kau takut sangat identiti kedua aku? "

"Identiti kedua kau sangat menakutkan Eym. Sangat menakutkan berbanding dengan kuasa raja dewa sekarang ini. Aku bersyukur yang kau tak tahu keseluruhan kuasa sebenar kau. "

"Baiklah, aku akan menolong kau... "

"Light and dark.... "

"Two of king dragon... "

Izz dan Raja yang lain sedang berbincang sesuatu tersentak. Daya kuasa Eym sangat kuat sehingga menembusi demensinya. Kiy juga terkejut.

"TWIN DRAGON SUPRA! "

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now