Part 19-(Kekuatan Kiyama)

1.4K 100 0
                                    

Kiy memandang kawasan hutan di hadapan mereka. Dia tersenyum disebalik topeng hitamnya. Dia memeluk tubuh, iris matanya mula bertukar hijau. Aura yang kuat mengalir keluar dari tubuh Kiy. Carl hanya memandang dari sisi, tidak mahu memasuk campur.

ROAARRRRRR!!

Tiba-tiba dua ekor serigala muncul! Serigala itu bereaksi dengan aura yang dikeluarkan oleh Kiyama.

"Nampaknya betul tekaan Eym. Mereka sudah mula turun ke bumi... "

"Nak aku tolong? "Soal Carl melangkah ke pokok berhampiran dengan serigala itu.

"Tak perlu. Aku ingin menguji kekuatan aku... "

Serigala itu mengaum kuat! Kiy tepat berada di depan matanya! Darah membasahi giginya dan matanya mencerlung tajam.

"Dragon Form... "

Aura putih juga mula keluar dari tubuh Kiy. Putih dan hijau mula bercampur. Carl yang berada di tepinya bersiul kagum. Bukan selalu melihat Kiy dengan bentuk naga barunya.

"WHITE GINGA!! "

DOOOMMMMM!!!

Impak dari kekuatan Kiy sehingga menghasilkan debu yang kuat. Carl terbatuk-batuk.

Muncul seorang lelaki berzirah putih. Dua pedang melekat di belakang badannya. Serigala yang ingin maju mula menghentikan langkahnya.

"Kenapa? "Aura Kiy semakin meningkat pesat!

Kiy melangkah sebelum menghilangkan diri!

DOOMMMMMM!!!!

Salah satu dari serigala itu tercampak jauh lalu menghempas gunung yang berada berhampiran!

"Perghhh, pedih betul... "Carl berkata dengan muka berkerut kerana melihat tumbukan kuat Kiy.

"Carl, penyerunya ada pada arah jam 12..." Kiy memberitahu kepada Carl melalui telepati.

Carl mengangguk faham. Dia cuba mengesan di arah itu. Dia tersenyum sinis, lelaki berjubah menutupi muka bersembunyi di sebalik pokok.

"Kau nak ke mana? "Soal Carl apabila lelaki itu mula melarikan diri.

Tiba-tiba lelaki itu menyerangnya dengan api!

"Oppsss, pengguna api rupanya.. "Carl berkata setelah mengelak serangan api itu.

"Aipp, jangan lari... "

Carl terus menyeru kurungan di atas lelaki itu. Lelaki itu mula gelisah.

"Lepaskan aku! "Jerit lelaki itu kuat.

"Bukan minta pada aku tapi dia... "

Lelaki itu terkejut apabila Kiy mengheret serigala seruannya! Kiy terus melemparkan berhampiran dengan lelaki itu.

Tiba-tiba mereka berubah tempat. Lelaki itu terkejut kerana dia berada di tempat yang asing. Padang yang luas dipandangnya.

"Siapa yang hantar kau ke sini? "Soal Kiy selepas menghilangkan bentuknya.

Lelaki berjubah itu masih mendiamkan diri. Tidak mahu menjawab pertanyaan Kiy. Kepalanya memandang ke bawah.

"Jawablah! "Marah Carl.

Tiba-tiba lelaki itu menyerang Kiy! Namun Kiy sempat bertindak. Dia mengelak serangan lelaki itu.

"Kau! "Auranya mula kembali! Bentuk Kiy sebelum ini kembali semula.

Lelaki itu terkejut. Dia terus mengeluarkan wap berwarna oren. Menutupi seluruh badannya.

Dia memandang tajam ke arah Kiy dan terus berlari ke arahnya.

"Kau lari ke mana? "Soal Kiy yang sudah berada di tepinya.

Lelaki itu terkejut kerana Kiy menghilangkan diri sekelip mata!

"GINGA PUNCH.. "

DUSHHHHHH!!!

lelaki itu tercampak jauh ke belakang! Dia termuntah darah! Namun dia segera bangun, api mula membakarnya.

"Serangan terakhir? Huh... "Soal Carl memandang sahaja ke arah mereka berlawan. Dia tidak membantu kerana Kiy sudah cukup melawan lelaki itu.

"Dark technique! "

"LASER BEAM! "

Pancaran laser berwarna hitam meluru laju ke arah Kiy. Carl mula risau dari tepi namun tidak bagi Kiy. Dia terus mengeluarkan pedang kembarnya dari belakang.

"TWIN SWORD! GINGA SLASH!!!! "

SHINGGGGGGG!!!!

Dua libasan maha besar mula meluru laju ke arah lelaki itu! Laser yang tadi hancur apabila terkena dengan libasan itu! Libasan itu masih meluru laju ingin menyerang lelaki berjubah yang berada di hadapannya!

"TIDAKKKKK!!!! "

kiy mula memasukkan semula pedang ke dalam sarung yang berada di belakang badannya. Carl menepuk tangan kagum dengan kekuatan Kiy.

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now