Part 5(Cikgu Jorge)

1.8K 92 1
                                    

Awal permulaan mereka amat baik.Rencana berjalan dengan lancar.Eym menongkat dagu dan memikirkan rancang untuk seterusnya.

"Boleh aku duduk?"Soal seseorang.

Eym mengerling wajahnya itu.Kepala mengangguk setuju.Lelaki itu lantas duduk apabila dibenarkan oleh Eym.

"Apa yang cikgu Jorge mahu?"Soal Eym.

Cikgu Jorge hanya ketawa melihat wajah dingin Eym.Badan disandarkan ke belakang.Tangan diletakkan di atas kepala.

"Aura yang kau keluarkan..."

"Sangat kuat sehingga rakan aku gementar..."Cikgu Jorge berkata sambil tersenyum.

Eym mengetahui maksud "rakan" itu.Wajah dipalingkan ke arah cikgu itu.

"Maaf..."

Cikgu Jorge hanya tersenyum.

"Mungkin aura kamu terlalu kuat sehingga tidak mampu menutup sepenuhnya..."

"Eym,cikgu nak uji kamu..."

"Uji?"

******

Ruang yang diperkuatkan dengan sihir dan besar cukup mempersonakan Eym

Rakannya yang cukup juga berada di situ untuk menyaksikan ujian Cikgu Jorge.

"Sparring dengan Cikgu..."

Cikgu Jorge membuka kekudanya manakala Eym masih lagi berdiri tegak.Aura mula keluar dari badan Cikgu Jorge.Berwarna biru dan sejuk.

Cikgu Jorge terus menumbuk lantai.Rekahan ais menghampirinya.Api diaktifkan,hitam.Salji itu mula menghilang apabila api Eym diaktifkan.Cikgu Jorge terkejut.

Cikgu Jorge mula menghilangkan diri.Eym terus menahan sesuatu.Serangan bertubi-tubi dari Cikgu Jorge tidak mampu mencederakan Eym.

"Elemen Salji tapi mampu bergerak pantas..."Gale berkata.Pelik.

"Itu bukan disebabkan elemen dia.Itu kebolehannya sendiri."Terang Ash

Yang lain mengangguk faham.

Api Eym terus membara apabila Cikgu Jorge semakin mengila menyerangnya.Ruang tersebut mula bertukar panas.Eym terus menghilangkan diri.Cikgu Jorge lantas berpaling lalu membuat pelindung namun dia tercampak akibat diserang dari arah belakang!

Cikgu Jorge tergamam!Dia dapat rasa aura Eym disebabkan itu dia melakukan pelindung namun Eym menyerangnya dari arah belakang!

"Kau boleh juga.."

Aura Cikgu Jorge mula meningkat pesat!Eym hanya melihat sahaja.Perlahan-lahan Cikgu Jorge bertukar.Perisai berwarna biru melekat di badannya.

"Fang...Farzel..."Kedua naga itu mengangguk faham.

"Bila pula giliran aku?"Soal Tech bengang.

"Kalau aku guna kau.Hancurlah akademi ni.."

Api dan angin mula mengelilingi Eym!Rakan dan gurunya terkejut!Dua elemen!Api dan angin perlahan-lahan menghilang.Perisai hijau dan merah lengkap di badan Eym.Dua kepala naga di sebelah kiri dan kanannya.

"Kalau kau tak guna kami pun kau boleh menang..."Fang berkata perli

"Hahahah,aku ingin mencubanya..."

Cikgu Jorge mula bergerak laju diikuti oleh Ais di belakangnya.Eym terus menghilang lalu muncul di belakangnya.

"DRAGON CLAW!!"

Cikgu Jorge terus tercampak ke hadapan.Eym sekali lagi muncul di hadapannya.

"DRAGON FIST!!"

Wajah Cikgu Jorge ditumbuk kuat sehingga menghancurkan lantai!Kuasa Eym teramat kuat.Perisainya tidak mampu menahan kuasa Eym.

Dia kembali bangkit.Darah mengalir laju di mulutnya.Wajahnya hanya tersengih,tidak ada wajah yang ingin membalas dendam.

"FROZEN ARCH!"

Anak panah laju ke arah Eym namun Eym hanya berdiri tegak.Dia hanya menepis sahaja anak panah itu.Mia dan yang lain jelas terkejut.

"Kau tak mampu beri saingan,Jorge.."

Jorge hanya tersengih bersalah.

"Budak tu terlalu kuat dan jika kau pun tidak mampu melawannya..."

"Biar aku pula mengambil alih.."

Iriz mata Cikgu Jorge bertukar biru.Auranya mula berubah.Eym hanya memerhati dari depan,dia mengetahui yang di hadapannya bukan Cikgu Jorge.

"Boleh tahan kau budak.."

Eym memandang ke arah Cikgu Jorge dengan bersahaja.Anak matanya menikam anak mata Cikgu Jorge.

Cikgu Jorge menghilangkan diri lalu muncul dihadapan Eym.Tumbukan terus diberikan,Eym juga membalas tumbukan itu.Dampakkan yang kuat berlaku.Cikgu Jorge terus menyerang Eym tanpa henti.

****

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ