Part 20-(Arayza bersaudara)

1.5K 88 1
                                    

Lelaki berbaju biru melangkah ke sebuah bilik. Sebilah pedang besar melekat di belakangnya.

"Raz sudah dikalahkan... "

"APA! "Jerit lelaki itu terkejut.

Mereka adalah sebuah organisasi yang diperintahkan untuk mencari pewaris dewa. Mereka telah dihantar oleh dewa kegelapan dan telah diberi latihan yang cukup keras sebelum tiba di bumi.

"Jadi dia dah dikalahkan! Hancur rancangan aku! "Jerit lelaki yang berada berhampiran meja dan juga selaku ketua di situ.

Lelaki yang bersandar berhampiran dengan dinding hanya mendiamkan diri. Lelaki yang dikenali sebagai Vaz itu melangkah pergi dari bilik itu.

"Dia nak pergi ke mana? "Soal Ren. Seorang lelaki yang duduk bersantai di atas kerusi sambil menghisap rokok.

"Biarkan dia! "

*****

"Vaz, kau dah periksa runtuhan itu? "

"Dah tapi nampaknya sfera itu telah dimusnahkan... "Vaz berkata dengan alat seperti telefon model lama melekat di telinganya.

"Ok, teruskan misi pencarian. Jangan terlibat dalam sebarang pertarungan. Faham! "Que yang juga ketuanya berkata dengan tegas!

"Maafkan aku. Nampaknya sudah terlambat... "Vaz berkata sambil memandang ke suatu arah.

"Apa! Apa yang kau cakap! "

"Maafkan aku Que..."

Vaz menghela nafas pendek. Langkah seseorang menghampirinya. Vaz memusingkan badannya.

"Nampaknya kita bertemu lagi... "

"Zairen Arayza... "

"Evaz Yuri... "

******

Kiy menghela nafas pendek. Perbincangan dengan Eym dan yang lain membuatkan dia rusing. Zeref sudah mula menghantar bala tentera ke bumi.

"Apa yang kau fikirkan? "Soal Carl yang sentiasa ada bersamanya. Gale dan Vane juga berjalan bersama mereka.

"Entahlah... Banyak sangat dalam fikiran aku sekarang ini... "Keluh Kiy lalu memandang ke depan.

"Kau janganlah fikirkan sangat.. Kalau ikutkan... Zen yang paling rusing... "Gale berkata.

"Hahaha, sejak bila kau panggil Eym ni Zen? "Soal Kiy ketawa.

"Eh kau jangan main. Dia tu pewaris raja dewa. Jadi aku tak nak lah dicop derhaka... "Gale membalas dengan senyuman.

"Hahaha... Mengarutlah kau... Eym pon tak suruh panggil nama itu... "Balas Kiy ketawa.

Namun tiba-tiba Eym muncul dihadapannya membuatkan mereka terkejut. Vane memegang dadanya yang berdetak laju manakala Carl sudah jatuh ke lantai.

"Memang kau ni tak pernah tahu adat menyapa orang ke? "Soal Kiy dengan nada perlahan.

"Kau bisik pun memang aku dengar... "

"Memang nak suruh kau dengar pun... "Balas Kiy bersahaja.

Muka Eym mula berubah. Dia tersenyum sambil mengaru kepala. Carl sudah lama ketawa melihat Eym yang dibahan oleh Kiy. Bukan senang nak tengok sahabat lama ni bergurau.

"Kenapa kau muncul tiba-tiba ni? "Soal Gale apabila tiada percakapan lagi antara mereka.

"Ouh.. Aku terlupa.. Kiy, aku nak mengajak kau ke suatu lokasi.. "Belum sempat Kiy berkata. Mereka berdua terus menghilangkan diri lalu muncul di hutan.

"Eym!!!! "Marah Kiy dan Eym hanya ketawa selamba.

Tiba-tiba Kiy berpaling. Aura yang kuat dirasainya. Aura yang sangat gelap.

"Kenapa aura abang kau pun ada? "Soal Kiy apabila dia juga merasai aura Ren.

"Mereka sedang bertarung.. "

"Jadi apa yang kau nak lakukan? "Soal Kiy lagi.

"SUPRISEE!!! "

Jerit Eym kuat ditengah-tengah perlawanan itu. Vaz dan Ren terhenti melakukan serangan dan Kiy menutup mukanya dengan tangan.

"Apahal kau bangang sangat ni Eym! Sikit-sikit cukuplah tapi ni dah lebih ni! "Marah Kiy.

Ren juga terkejut dengan kehadiran Eym. Namun selepas itu dia tersenyum,dia amat memerlukan bantuannya. Dia juga merasai aura Kiy lalu memandang ke arahnya. Dia sedikit pelik kerana Kiy seperti memarah sesuatu.

"Hahaha, it's be honor to meet you. Rayzen Arayza, pewaris dewa... "

"Nampaknya aku bertemu dengan Arayza bersaudara ya... "

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now