Part 9(Kebenaran yang menyakitkan)

1.7K 101 0
                                    

"IZZ SENSEI..."Jerit Mia kuat dan terus berlari memeluk cikgunya suatu tika dulu.

Namun Eym masih lagi terkaku.Wajah lelaki disebelah Eym tidak asing baginya.Wajah itu selalu datang dalam mimpinya.

Lelaki itu juga terkejut melihat Eym.Beg ditangannya terjatuh,wajah kegembiraan terpancar.

Mia hanya memandang pelik.Adakah Eym mengenalinya?

"Setelah sekian lama..."Lelaki itu berkata sambil berjalan perlahan-lahan ke arah Eym.

"Abang dapat juga mencari kamu..."Lelaki itu terus memeluk badan Eym.

Air mata kegembiraan mengalir laju.Tanpa henti.Eym lantas memeluk kembali.Riak wajahnya bertukar gembira.

Izz sensei hanya tersenyum melihat dua beradik itu berpelukan.Cikgu Jorge dan Cikgu Hary melangkah ke arahnya.

"Nampaknya kita berjumpa semula..."

"Rakan seperjuangan..."

****

"Selepas lima tahun ibunda kami menghantar Eym ke bumi..."

"Ibunda mengarahkan kami lima beradik untuk mencarinya sebelum Zeref dapat menjumpainya.Namun hanya saya yang tinggal manakala yang lain hilang apabila kami diserang oleh anak buah Zeref..."Jelas Ren,abang Eym.

Eym termanggu seketika apabila mendengar perjelasan dari abangnya.Namun persoalan tentang empat adik beradiknya terlintas dalam kepalanya.

"Adik beradik?Di mana mereka?"Soal Eym gelisah.

Ren memerhati Eym.Rambut Eym diusap lembut.

"Hanya kamu yang mengetahuinya..."

Eym memandang pelik ke arah abangnya.Aku?Tahu?

Ingatan aku kembali ketika aku berbual bersama atuk di taman.Sebuah surat dan arahan.

""Air bertemu air,pokok menjadi saksi.Batang pokok mengukir hati."

Perkataan itu masih diingatinya!Wajah Ren dipandang dalam-dalam!

"Apa yang adik kata?"Soal Ren pelik.Tiba-tiba adiknya berkata sebegitu.

"Itu adalah tempatnya!"Ujar Eym bagi menyakinkan abangnya.

"Baiklah,kalau macam tu.Selepas pertandingan itu kita akan mencarinya..."Ren berkata sambil dia melangkah untuk mengambil begnya.

Ren cuba mengambil sesuatu didalam begnya lalu dilemparkan satu gambar ke arah Eym.Gambar itu melayang ke arah Eym dan dia terus menangkapnya.

Eym tersentak,tangannya mengeletar.Itu adalah gambar keluarganya bersama dan bayi di tangan ibunda itu jelas dirinya.Parut yang berbekas di leher bayi menyakinkan dia bahawa bayi itu adalah dia.

"Tapi kenapa Kak Elmiya pun ada bersama?"Soal Eym pelik.

Ren tersentak.Apa!

"Adakah Miya tidak memberitahunya?"Soal Ren di dalam hati.

Izz sensei dan yang lain pun pelik melihatnya.Kerana Elmiya pernah memberitahunya kalau Eym hanyalah adik angkatnya.

"Sebenarnya,Miya adalah anak angkat ibunda dan ayahanda.Semasa kamu dihantar ke bumi,Miya juga ikut serta kerana arahan ibunda dan rela hatinya..."Jelas Ren.

"Tapi kenapa dia rahsiakannya?..."Soal Eym gementar.

"Dan..."

"KENAPA DIA MATI!!"Jerit Eym agak keras menyentakkan mereka di situ.

Eym bangun dan terus berlari keluar dari bilik itu.Ren hanya memandang kosong manakala Mia dan Vane ingin mengejarnya.

"Jangan..."larang Izz sensei.Wajahnya beriak tenang.

"Kenapa?"

"Dia hanya pergi bertenangkan diri.Mencari udara yang segar...."

"Jiwanya menjadi kacau kerana terlalu banyak rahsia sudah dia ketahui.Dia tidak mampu menerimanya..."

Ren termanggu seketika.Wajah yang berada di situ dipandang.

"Kamu semua nak tahu nama sebenar Eym?"Soal Ren memandang wajah Mia.

Mereka di situ mengangguk ingin mengetahuinya.

"Putera Razyen Arayza...."

"Itulah nama sebenarnya,nama keluarga kami adalah Arayza..."

"Nama aku pula Putera Zairen Arayza.Merupakan anak sulung Raja Arayza..."

Semua di situ tergamam.Anak sulung?!

"Jadi kau adalah pewaris Raja Arayza?!"Soal Eren terkejut.

Ren hanya senyum kelat.

"Pernah kau baca tentang The Legend Of White Dragon?"Soal Ren.

"Merupakan buku paling terkenal sebelum ini.Tentang seorang bayi lelaki yang jatuh dari langit..."Mia berkata kerana dia pernah membacanya.

"Hidup bersama atuk dan kakaknya..."Mia terus mengetuk kepala.Tidak mengingatinya.

"Yang akhir sekali aku ingat adalah badan budak lelaki menjadi separuh naga dan akhirnya menjadi raja manusia..."

Usai cerita dari Mia.Cikgu Jorge terfikir sesuatu.Dia menjerit kuat,yang lain memandang pelik ke arahnya.

"Ren!Jangan cakap yang budak itu adalah Eym!"Cikgu Jorge berkata dengan wajah yang terkejut.

Ren mengeluh perlahan.Semua di situ menanti jawapannya.Kebenaran yang diucap oleh Cikgu Jorge.

"Betul namun bukan raja manusia tetapi raja dewa.Menguasai ruang masa,semua elemen dan ruang demensi..."

"Eym adalah dewa yang terkuat dan disebabkan itu ramai yang takut apabila dia naik takhta.Jadi mereka menyerangnya untuk menghapuskan Eym."

"Adakah kerajaan kau masih lagi ada?"Soal Izz sensei pula.Ingin mengetahuinya.

"Kerajaan kami dibeku oleh Zeref,namun mereka masih lagi bernyawa dengan kuasa cahaya ayahanda kami..."

"Hanya Eym yang mampu mengembalikan keadaan.Kuasa cahaya yang dimilikinya sangat kuat dan langka..."

"Kuasa cahaya?Adakah yang berwarna putih itu kuasa cahaya?"Soal Mia ketika teringat tentang Eym yang pernah mengeluarkan kuasa berwarna putih ketika berlawan dengan Nia.

"Bukan,itu hanyalah kuasa naganya sahaja.Dia masih belum terima lagi kuasa itu..."

"Adakah kuasa cahaya itu sangat hebat?"Soal Vane ingin mengetahuinya.

"Kau tak tahu?Elemen cahaya adalah ibu kepada seluruh elemen.Jadi pengguna elemen cahaya sangat langka..."Jelas Cikgu Jorge.

"Cahaya milik aku belum dapat menandingi cahaya milik Eym...."

"Kenapa?"Soal Eren pelik.Peluh menitik dan pendingin udara pun tidak mampu menyejukkan mereka.

"Kerana Eym mampu menghancurkan sesuatu benda tanpa melihatnya.Boleh mengawal cahaya,dapat menggunakan semua elemen dan kebal terhadap semua racun."

Mereka di situ terkejut.Kiy dan Gale yang baru sahaja tiba tidak terkecuali.Mereka terkejut dengan kuasa sebenar Eym.

"Mungkin nampak berlebihan tapi itulah kuasanya yang sebenar.."

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now