Part 7(Cabar!)

1.7K 102 0
                                    

"Jadi kamulah murid baru yang mengalahkan Cikgu Jorge?"

"Sewaktu mendengarnya aku tidak percaya Cikgu Jorge akan kalah kerana dia adalah antara guru terkuat di sekolah ini..."

Eym hanya mendiamkan diri.Tangan dihulur ke arah Kiy dan Mia.Mengangkat dua orang itu bangun.

Bunyi pintu terbuka mengejutkan mereka.Seorang gadis keluar dan memerhati mereka.Gadis yang sedang berlatih tadi.Wajahnya sangat putih dan bersih.

Mempersonalkan Kiy.Dia kaku tidak bergerak.Mia terus menendang kaki Kiy untuk menyedarkannya.Kiy memandang bengang.

"Apa!"

"Jangan tengok sangat.Nanti terkeluar mata kau..."

Eym hanya memandang kosong lalu berpaling ke arah cikgu wanita dihadapannya.

"Jadi apa yang cikgu mahu?"

Vane hanya memandang dari tepi tanpa mencelah perbualan mereka.Wajah Eym diperhatikan dengan pelik.Siapa budak ni?

"Berlawan dengan aku..."

"Maaf,saya menolak..."Eym berkata seiring berpaling dari memandang Cikgu perempuan itu.

"Penakut..."

Kiy mengepal tangan.Ingin saja dia berlawan dengan wanita itu namun dihentikan saja niatnya.
Eym mengorak langkah untuk pulang ke kelas.

"Adakah semua keturunan kau penakut..."Wanita itu berkata sinis.Vane terkejut.

Wajah Eym yang putih mula bertukar merah.Wanita itu mempermainkan keturunannya!

"Baiklah aku terima..."

******

"Nama aku Nia dan aku bukan cikgu..."

Nia berada di depan Eym dengan pakaian yang sesuai untuk berlawan.

"Oh"Eym mengangguk faham.

Vane,Mia dan Kiy memerhati dari tepi.

"Jadi nampaknya keturunan kau bukan penakut ya.."

Serangan terhadap emosinya.Nia cuba memancingnya untuk marah.

Nia terus berlari lalu menyerang dengan tangan kosong namun tidak berjaya kerana Eym lagi handal darinya.Setiap serangannya dipatahkan dengan mudah oleh Eym.

"Sial..."

Nia terus berubah!Perisai merah berbentuk phoenix melekat elok di badannya.Iris matanya juga berubah.

Eym juga meningkatkan kuasanya.Aura berwarna putih mula muncul di badannya.Kiy dan yang lain terkejut.

"Nampaknya kau akan guna aku juga..."Tech berkata dengan sinis.

Perlahan-lahan dia berubah menjadi bentuk yang lain.Bentuknya sangat cantik dan bertopeng.Di belakangnya terdapat sayap naga yang cukup besar.

Aura yang kuat mula menyebar ke seluruh kawasan akademi.Ramai yang tidak mampu menahannya kerana Ki yang kuat itu.

Vane berpaut di tiang kerana tidak mampu menahan tekanan kuasa yang sangat tinggi ini!Nia juga terkejut dan dia juga tidak mampu menahan Ki gila itu.

"Bangun..."Ujar Eym dingin.

Nia bangun dengan perlahan.Peluh di pipi dikesat kasar.Air liur ditelan,tangannya gementar tak terkata.

Tanpa sempat dia memejamkan mata.Eym muncul di hadapannya,tumbukan terus di berikan pada perut Nia!

DOMMMMM!!!

Melanggar dinding dibelakangnya.Walaupun tumbukan Eym hanya lembut namun Nia terasa tulangnya patah sepatahnya.Darah mengalir dari mulutnya.

Eym hanya mengeluh.Kuasanya dihilangkan,dia menyesal menggunakan kuasanya kerana manusia biasa tidak mampu menahannya.Berjalan ke arah Nia yang menderita dengan senyuman kelat.

"Maafkan aku...Terikut emosi tadi..."

*****

Eym hanya menunggu dari luar sementara Nia masih lagi dirawat.Vane juga berada bersama dia,dihadapannya.Eym mengeluh lemah.Keluhan itu mengejutkan Vane.

"Jadi kaulah Top 1 dalam akademi?"Soal Eym tanpa memandang Vane.

"Y-Ye..."Jawab Vane takut-takut.

"Jangan takut...Aku tak akan cederakan kau..."Eym berkata lembut.

"Kau kelas mana?"Soal Eym lagi apabila suasana mula janggal.

"3Gold..."

"Adakah akademi ini adalah akademi terkuat dalam pertandingan pahlawan?"

"Tidak,akademi kita merupakan akademi keempat terkuat di bandar erasota..."

"Keempat?"

"Ye,semasa pertandingan berlangsung.Mereka di kedudukan tiga teratas yang hanya kekal sehingga akhir..."

"Bila pertandingan itu akan berlangsung?"

"Mungkin dalam masa satu bulan lagi..."Jawab Vane tanpa kekok.

Vane memandang pelik ke arah Eym namun di hanya membiarkan sahaja.Mungkin Eyn hanya ingin mengetahuinya sahaja.

"Aku juga ingin turut serta..."

"...HAHH!!!..."

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now