Part 27(Mission)

1.1K 86 3
                                    

Gale memerhati Carl yang sedang berlatih dengan sebuah robot. Setiap serangan yang dilakukan seringkali dielak oleh robot itu.

Di tangan kanannya secawan nescafe yang dibuatnya sebentar tadi. Dia juga mencari Kiy dan Eym namun tidak dijumpainya. Malas mahu mencari, dia bersama dengan Carl sahaja.

"Leka nampak... "Satu suara Agak garau mengejutkan Gale yang sudah ingin lena. Matanya dikesat sebelum pandangannya jatuh kepada lelaki itu.

"Tuan Arima... Apa khabar? "Soal Gale tersengih. Agak terkejut melihat ketua guardian Erasota berada di situ. Nescafe yang belum disentuhnya dihulur dengan ragu-ragu.

"Hahaha, tak apa. Saya dah minum tadi... "Arima berkata apabila melihat Gale menghulurkan secawan nescafe itu.

Gale menghela nafas lega. Dia terus minum tanpa ragu-ragu. Kelazatannya membuatkan Gale seperti tidak sedarkan diri. Hanya secawan nescafe.

"Mana Ren? Saya mahu berjumpa dengannya. Ada hal mustahak.. "

"Ouh... Abang Ren mungkin berada di bilik keluarga.... Atau ruang tamu... "

Arima mengangguk perlahan. Senyuman diberikan sebelum dia melangkah ke suatu arah.

***********

"Betul ke kat sini? "Soal Vane ragu-ragu. Dia melihat sekeliling. Penuh dengan hutan.

"Betul la... Kot... "Kiy memandang ke batu-batu yang membentuk sebuah pintu gerbang.

Dia dan Vane diarahkan oleh Eym untuk pergi mengambil pokok suci yang terdapat di Marun. Sebuah bandar yang terbiar, dia juga diarahkan membawa balik seorang gadis.

Kiyama mengaru kepala. Gadis kecil? Siapalah yang duduk di bandar terbiar. Dia menyumpah seranah Eym.

"Kiyama! Sini! "Panggil Vane dari jauh. Dia berada tepat di hadapan gerbang itu.

Kiyama memandang ke arah Vane lalu bergerak menghampirinya. Vane menyentuh gerbang itu dan tangannya menghilang. Dia dan Kiy berpandangan.

"Demensi lain? "

"Maybe? "

Kiyama terus melangkah masuk diikuti oleh Vane. Dia tergamam apabila sebuah bandar terpampar di hadapannya. Hutan yang tebal sebentar tadi sudah menghilang.

"Jadi inilah bandar terbiar? "Soal Kiy. Matanya meliar memandang sekeliling. Bandar itu sangat luas.

Vane bergerak perlahan diikuti oleh Kiy dibelakang. Vane menghentikan langkah apabila sebatang sungai terdapat di hadapannya namun Kiy yang asyik memandang sekeliling terlanggar Vane sehingga termasuk ke dalam sungai.

Wajah Kiy terkaku seketika. Vane menjerit geram, rambut yang menjulur di dahinya dialihkan ke tepi. Dia merenung tajam ke arah Kiy.

"Erkk... Sorry-sorry.... Tak nampak! "Kiy cuba membantu Vane keluar dari sungai itu. Nasib airnya cetek.

Dia menghulurkan tangan ke arah Vane. Senyuman jahat terukir di bibir Vane. Dia terus menariknya sehingga jatuh ke sungai. Kiy terkejut sebelum cuba naik semula ke darat.

"Sorry! Tak nampak! "Sindir Vane. Dia memandang ke jambatan yang menyeberangi sungai itu.

Kiy memandang bajunya yang basah. Dia mengeluh, dia tidak membawa baju untuk ditukar.

"So far, we have to look around first... "Vane memerhati bandar di hadapannya.

Kiy mengangguk setuju. Baju lengan panjangnya dipecat. Di badannya hanya tinggal singlet berwarna hitam sahaja.

"Damn, you look very hot! "Mata Vane bersinar terang.

Kiy menutup badannya dengan kedua-dua tangan.

"Pervert girl! "

Vane ketawa kecil. Si lelaki berambut hitam itu tersenyum melihat Vane ketawa. Sejak dia mula mengenali Vane. Satu senyuman pun susah untuk terukir di bibirnya.

Kiy dan Vane tersentak. Dia dapat merasakan dua daya kuasa sedang bertembung. Tanah bergegar kuat.

"Jom cepat!"

Setibanya Kiy dan Vane di tempat perlawanan itu. Seorang gadis tercampak berhampiran mereka.

Lelaki yang bertarung dengan gadis sebentar tadi memandang tajam ke arah Vane dan Kiy.

"Ha-lang dia! Dia... Mahu curi pokok itu! "Gadis itu berkata dengan nada tersekat. Vane pantas mendapatkannya.

"Awak jaga dia... "

Kiy mahu ke hadapan. Sang lelaki berambut hitam merenung tajam ke arah lelaki berambut merah di hadapannya.

"Budak-budak Zen? Huh! "

Saat daun mencapai tanah. Mereka berdua terus bertarung! Sang lelaki itu tersentak dengan kekuatan Kiy, dia terus meningkatkan daya kuasanya.

DUSHHH!!!

DUSHHH!!!

BOMMMM!!!

DUSHHH!!!

Si lelaki berambut merah tercampak jauh ke belakang. Tangan Kiy berasap apabila menumbuk lelaki itu.

Kiy terus menyeru sesuatu di tangannya.

"DRAGON BOW! "

Kiy bersedia dengan posisi memanah. Anak panah ditarik sehingga ke dada. Aura berwarna hijau keluar dari anak panah itu.

"THOUSAND OF ARROWS! "

Satu anak panah berpecah kepada ribuan lalu menyerang lelaki berambut merah itu. Dia tidak sempat membuat pelindung. Jeritan keras kedengaran.

*********

"Kakak Vane dan Abang Kiy kawan kepada Abang Eym ke? "Soal si gadis kecil. Luka yang besar sudah dirawat oleh Vane. Tiada luka parah yang dikesan.

"Ya... "

Kiy sibuk memerhati sekeliling. Dia dapati bahawa masih ada lagi manusia yang tinggal di bandar terbiar itu. Pokok suci yang diarahkan oleh Eym untuk mengambilnya telah pun diselesaikan oleh mereka.

"Boleh tahan kuat busur milik awak... "Vane berkata selepas lama berdiam diri.

"Tapi tidak sekuat milik Eym.... Busur kematian... Busur paling ditakuti... "

Vane mengangguk setuju. Dia pernah mendengar cerita tentang remaja lelaki yang mampu menyeru busur itu. Namun dia tidak menyangka yang dia itu adalah Eyman.

"Nama adik apa? "Soal Vane memandang ke arah gadis kecil itu.

"Ariana Belezron... "

"Belezron? Huh. Sama macam kawan kami. Carlen Belezron... "

"Itu abang saya... "Si gadis kecil berkata dengan nada perlahan.

Mata Vane dan Kiy membulat.

"What!!! "

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now