Part 23(Secret)

1.3K 89 1
                                    

KIY POV

Aku memandang ke arah Eym yang berjalan di hadapan aku. Pejam celik sudah 5 tahun aku mengenalinya.

Aku sekarang berada di mansion Eym. Dia membeli mansion sebesar istana dan aku tidak tahu dari mana datang duitnya.

Eym mengarahkan aku dan yang lain tinggal di mansionnya kerana bimbang keselamatan kami. Mansion milik Eym cukup lengkap dengan bilik latihan,padang yang luas,kolam renang yang besar dan mempunyai 26bilik.

"What's the problem? Eym? "Soal aku ingin tahu.

"Zeref sent thousands of troops to attack us.... "Balas Eym tanpa memandang wajah aku. Kami sekarang dalam perjalanan untuk ke bilik perbincangan.

Aku terkejut seketika. Jadi peperangan semakin menghampiri kita?

*************

Eyman melangkah menghampiri seseorang diikuti oleh Kiy. Eym tersenyum lalu menyapa lelaki yang berjubah emas di hadapan mereka.

"It's been a while, Indra Aragon... "

Si lelaki yang dipanggil Indra memandang ke arah Eym. General yang berada di Indra memandang bengis ke arah Eym.

"Kurang ajar! Kau memanggil raja dengan nama! "Jelas dia ingin menarik pedangnya.

"It's been a while, Rayzen Arayza. Behave yourself, Zaro. Master Zen lebih tinggi kedudukan dia daripada kita... "Indra menyapa semula dan juga sempat mengarahkan generalnya menjaga adab.

Jelas Zaro terkejut. Kedudukan Zen lebih tinggi daripada Raja?!

Eym tersenyum sinis memandang Zaro. Wajah terkejutnya membuatkan Eym ketawa kecil.

"Berani kau! "

Zaro terus menyerang Eym tanpa sempat Indra menghalang. General lain berwajah pucat melihat Zaro menyerang Eym.

"Zaro! Jangan! Nanti kau akan mati! "

Pedang ditarik lalu dilibas ke arah Eym! Namun Zaro terkejut kerana pedangnya seakan-akan terhenti.

Pedang milik Zaro mempunyai soul. Soul itu juga menyebabkan pedang itu semakin kuat. Disebabkan itu pedang itu tidak mampu menyentuh Eym kerana Eym dapat mengawal pedang yang mempunyai soul.

"Kenapa pedang aku tidak bergerak?! "Soal Zaro marah.

Indra mengeleng kepala melihat tindakan generalnya. Nafas dihela perlahan.

"Pedang kau tak mampu cederakan dia... "

Eym mengangkat tangannya lalu mengenggam sesuatu. Tiba-tiba pedang milik Zaro muncul di tangannya. Zaro terkaku, pedang yang mempunyai soul di dalamnya hanya setia pada satu keturunan. Jika orang lain selain keturunan dia memegangnya, dia akan menjadi lumpuh serta merta.

Eym terus melemparkannya ke udara. Indra mengeluh melihat tindakan Eym. Sesuatu mula muncul dari langit, Indra terus menjarakkan diri.

SHINNGGGG!!!!

Pedang itu jatuh tepat di hadapannya. Ketakutan mula menguasainya.

***********

Wajah Eym dan Indra terlihat serius. Mereka berdua sekarang ini berada di sebuah bilik yang agar besar. Eym telah memagarkan bilik itu supaya tiada seorang pun yang dapat mendengarnya.

"Aku mahu kau rahsiakan ini, Indra. Kau sanggup? "Soal Eym memandang tepat ke arah Indra.

Indra mengeluh lemah. Badan disandarkan pada kerusi. Tangan diletakkan pada muka..

"Aku tak fikir aku mampu,Zen. Ini soal hidup dan mati! "Balas Raja Indra senada.

"Aku tahu, Indra. Tapi ini je cara yang dapat aku lakukan... "

"Kau pewaris raja dewa, Zen. Kekuatan kau sangat Agung. Memiliki kuasa kegelapan dan cahaya, kau adalah pewaris yang terkuat... "Indra berkata dengan kuat. Jelas kekesalan di dalam nadanya.

"Menyeru kuasa itu memerlukan bayarannya.. Jadi Indra, boleh kau rahsiakan ini daripada orang lain? "Soal Eym berharap.

"Baiklah, aku setuju. Aku lakukan semua ini demi kau, Zen... "Indra berkata dengan nada lemah. Wajahnya sangat kesal.

Eym tersenyum nipis. Bahu Indra ditepuk perlahan.

"Aku mahu Zayren menjadi pengganti aku. Boleh kau laksanakan? "

************

Di dalam bilik latihan.

"Nampaknya kau semakin lemah, Gale. "Kiy berkata sinis. Iris matanya bertukar menjadi coklat gelap.

Gale bengang sebentar. Auranya juga semakin ditingkatkan. Izz memerhati dengan serius, ditepinya iaitu Jorge memerhati skrin.

Dua sahabat itu mula hilangkan diri. Pergerakannya amat pantas sehingga Izz tidak mampu melihatnya dengan mata kasar. Dia terpaksa guna mata spirit beastnya iaitu Ryaken.

"GINGA PUNCH! "

"THOUSANDS OF PUNCHES! "

Kiy terseret ke belakang akibat ditumbuk bertubi-tubi. Riak wajah Gale menunjukkan dia berpuas hati.

"GINGA ON, SECOND FORM... "

"DARK GINGA! "

Gale mengaru kepala apabila Kiy menyeru bentuk barunya. Dia senyum tidak bersalah.

"Yakwelah, dia bertukar la pulak... "

Senyuman Gale mula pudar, dia merenung tajam ke arah Kiy dalam bentuk sempurnanya.

"Shaki, sedia? "

Jelas bunyi seekor haiwan mengaum kuat. Spirit beast milik Gale adalah singa tanah. Kekuatannya hampir setaraf naga ginga milik Kiy.

"SHAKI ON! SAIYAN FORM! "

"KING OF LION! "

Izz dan Jorge berpandangan. Izz mengeluh manakala Jorge mengerut dahi.

"Dah melebih budak dua ekor ni... "

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now