Part 10(Hilang Kawalan)

1.9K 106 5
                                    

"Jadi,apa langkah kau yang seterusnya?"Soal Cikgu jorge.

Mereka sekarang berada di taman yang berhampiran dengan akademi.Ren yang termenung tersentak akibat disoal oleh Cikgu Jorge.

"Mungkin aku akan melatihnya terlebih dahulu di sini..."Jawab Ren.Telefon pintar diambil dari poket.

"Adakah dengan melatihnya dapat mengeluarkan kuasa cahayanya?"Soal Eren yang berjalan ke arah mereka.Dia baru saja tiba di situ.

"Bukan...."

Ren berhenti menjawab.Burung yang agak besar hinggap di bahunya.Senyuman terukir di bibirnya.Dia lantas membuka demensinya lalu mengambil sesuatu.Makanan yang terdapat di tangannya terus diberikan kepada burung itu.

"Kemarahan..."

"Keperitan..."

"Dendam..."

"Penyesalan...."

Namun Eren dan Jorge tidak memahaminya.Bangku di hadapan Ren di duduk.Menghadap ke arah Ren.

"Aku memperolehinya kerana melihat keluargaku diserang dan dibeku..."

"Cahaya itu datang dengan sendiri dan aku tidak dapat menolaknya kerana aku ingin segera melunaskan dendam aku...."Ren berkata.Namun jauh di sudut hati,wajah keluarganya yang dibeku meruntun hatinya.

"Aku melakukan kerja gila dengan menyerang kerajaan Zeref sendirian..."

"Aku kalah tetapi datang cahaya yang entah dari mana menyelamatkan aku lalu dihantarkan ke sini..."

Jorge dan Eren mengangguk faham.Namun terdapat persoalan di mindanya.

"Siapa Zeref?"

"Dewa Kegelapan..."

Mata Eren dan Jorge terbeliak.Air liur ditelan kesat dan Ren hanya memandang kosong ke arah mereka.

"Jangan kau pasang wajah itu.Terlalu hodoh..."

Namun pukulan dari Eren dan Jorge tepat di badannya.Ren hanya tergelak.

****

Dua robot besar dihadapannya dipandang tajam.Tangan kanan dan kirinya lantas terbakar dengan api hitam.

Matanya juga bertukar menjadi mata naga sehingga menakutkan Kiy dan yang lain.Tanpa sempat mereka berkelip.Eym pantas menghancurkan robot itu dengan sekali penumbuk.

Robot kedua dituju,dia terus menghayunkan kakinya!Kepala robot itu hancur!Berpuluh robot menghampirinya!

Karu dan sebilah pedang berwarna putih dikeluarkan!Tanpa sempat mereka melangkah ke arah Eym,kepalanya sudah hilang!Pergerakan Eym sangat pantas!

Hirisan angin juga kedengaran!Kedua-dua bilah pedang Eym mengabungkan angin dan api!

Udara di dalam bilik latihan itu bertukar sesak akibat aura yang menakutkan dari Eym.Izz sensei memerhati dari sebalik cermin.Wajahnya menunjukkan kerisauan.

Namun ki Eym semakin lama semakin meningkat.Wajah Izz sensei bertukar pucat.

"Gale!Kiy!Mia dan Carl!Hentikan Eym!Dia akan hilang kawalan!"Jerit Izz sensei kuat.Kerisauannya semakin memuncak.

Wajah Vane juga menunjukkan kerisauan.Mereka yang dipanggil mengangguk faham.

Kiy muncul di hadapan Eym.Wajah Eym dipandang gerun,Eym tenggelam dalam kegelapan.Dia terus mengeluarkan tangan batu dari bilik latihan itu.Mencengkam kaki Eym,Gale juga terus menghentak lantai!Tanah terus menuju ke arahnya dengan laju!

Namun mereka tahu,walaupun mereka bergabung.Tetap tidak dapat mengalahkan Eym.Tanah yang dihasilkan oleh Gale dihancurkan dengan mudah.Mia dan Vane muncul di hadapannya.

Mereka bertiga terus bertinju!Serangan Vane dan Mia yang bergabung masih lagi mampu dipatahkan oleh Eym dengan mudah!

"Eym!Sedarlah!"

Namun,usai mereka berkata.Mereka terus tercampak ke belakang menghentam dinding.Vane menjerit kesakitan.

Carl yang telah menghasilkan lembing angin terus melemparkan ke arah Eym.Karunya dipegang erat!Lembing itu sangat laju namun dapat dilihat oleh Eym dengan jelas.

Eym terus melompat dan terus menghayunkan satu persatu!Lembing yang tajam dan pantas itu mampu dihancurkan oleh Eym dengan mudah?!

"Ini dah overpower sangat ni..."Ujar Carl tersenyum kelat.

Eym tanpa berfikir panjang terus melemparkan pedangnya ke arah Carl!Pedangnya menuju dengan sangat laju dan api hitam membara di bilahnya!

Carl tergamam.Tidak mampu berbuat apa-apa!Hanya mampu menantinya sahaja.

Tiba-tiba Eym muncul dihadapannya!Dia lantas mengenggam hulu pedang lalu menghayunkan ke arah lain.Semua di situ tergamam.

"Kau lambat bertindak,Carl.Nampaknya aku perlu melatih kau dengan latihan kejam..."Ujar Eym tersengih.Pedangnya dihilangkan.

Carl yang tersekat nafas melihat pedang Eym meluru dengan laju menghembuskan nafas lemah.Tiada daya untuk dia kekal untuk berdiri.

"Jangan terkaku!Selagi boleh elak,kau elak..."Ujar Eym lagi.

Kiy dan yang lain menghampirinya.Eym melepaskan baju yang dipakainya.Terdapat kesan hirisan.

Kiy tergamam termasuk yang lain.Badan Eym dipenuhi dengan kesan tikaman!Luka bersilang di tengah dada Eym amat jelas.

"Ehh!"Eym tersentak.Dia melepaskan bajunya!

Dia melihat ke arah rakannya.Malu menguasai diri apabila mereka memandang tepat ke arah badannya.Tangan disilangkan ke dada.

"Maaf,aku lelaki!"

"Eym bodoh!"Jerit mereka serentak.Izz hanya ketawa perlahan di luar bilik.

****

"Eym,kau tak marah lagi tentang apa yang abang kau kata.."Soal Kiy ragu-ragu.

Eym yang sedang menghirup kopi panas menghela nafas pendek.Kopi diletakkan.

"Walau macam mana sekalipun,aku tak boleh lari dari takdir aku.Kalau aku semakin lari,aku semakin takut untuk menerimanya..."

"Walau takdir itu amat memeritkan.Aku hanya mampu menerimanya dan senyuman aku yang akan menutupnya...."

Kiy mengangguk faham.Bahu Eym ditepuk perlahan.Bunyi pintu terbuka mengejutkan mereka dan terus menoleh.

Mia dan Vane sedang menanti di muka pintu.

"Kalau kau takut dengan takdir kau.Percayalah,kau tak perlu takut kerana kami sentiasa ada bersama kau susah senang..."Mia berkata sambil tersenyum.

"Jadi aku nak panggil kau apa ni?"Soal Vane pula.

Eym memandang Vane pelik.Panggil aku?

"Kau dah tahu nama kau yang sebenar?"Katil yang berada di hadapannya dilompat.Mia menjerit keriangan.

"B-belum..."Jawab Eym perlahan.

"Putera Rayzen Arayza..."Vane terus mengatakan nama sebenar Eym.

"Kalau panggil Putera Zen pun cantik!"Ujar Kiy ketawa.

Eym menjelingkan matanya.Wajah Kiy dipandang tajam.Tiada tanda-tanda berhenti ketawa dari Kiy.

"Power of rulers..."

Tiba-tiba mulut Kiy terkatup rapat.Tidak mampu mengeluarkan sebarang bunyi.Eym hanya selamba memandangnya dari tepi.Vane hanya ketawa manis.

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now