Part 6(Kejutan)

1.7K 106 0
                                    

Cikgu Jorge mengusap peluhnya yang mengalir di pipi.Badannya terluka cukup parah,wajah Eym dikerlingkan.

"Aku rasa ini bukan sparring dah Cikgu Jorge..."

"Ini dah betul-betul berlawan dah ni.."Eym berkata kuat namun diabaikan sahaja oleh Cikgu Jorge.

"Nampaknya aku perlu akhiri dengan cepat..."Ujar Eym dalam hati.

"DRAGON TECHNIQUE!"

"TWIN DRAGON ARTS!"

Eym menghilang lalu menumbuk kuat tepi Cikgu Jorge.Dia terus menghilangkan diri,serangannya amat pantas!

"Dari kanan..."Kiy berkata sambil melihat serangan terakhir Eym.

"Kiri..."

Eym muncul di kiri Cikgu Jorge lalu menumbuk kuat rusuknya dan terus menghilang.

"Penamat..."

Eym muncul dari depan.Cikgu Jorge tepat di hadapannya.Dua telapak tangannya dibuka dan diarahkan ke arah Cikgu Jorge.Sihir dilepaskan,dua kuasa bergabung!Cikgu Jorge tidak mampu berbuat apa-apa.Dia hanya mampu melihat sahaja,dia telah pun bertukar dengan naganya.

Tiba-tiba satu tangan menyentuh bahunya namun dia tidak mampu membuka mata.Bunyi letupan kuat muncul!Bangunan tempat mereka bergegar hebat,mulut Kiy dan yang lain melopong.

Cikgu Jorge tidak merasai sebarang kesakitan,tangannya mula menggosok badannya.Tiada apa-apa luka akibat kuasa Eym.

"Adakah aku dah mati?"Soal Cikgu Jorge sendirian.Perlahan-lahan dia membuka mata.

Dia terkejut kerana Eym di tepinya sambil memegang bahu.Kedudukannya juga berubah,dia lantas melihat serangan Eym.Dia tersenyum kelat.Eym menyelamatkannya.

"Aku tahu kau tidak menggunakan kuasa kau sepenuhnya budak.Aku kagum dengan kau..."

Eym berjalan ke arahnya.Wajah pelik dipamerkan.Adakah dia mahu meneruskannya lagi?

Tangannya mula menyentuh perut Cikgu Jorge.Luka yang parah kembali seperti sediakala.Cikgu Jorge terkejut.

"Tanda maaf..."Eym berkata perlahan dan terus berlalu.

****

"Eym, Gale, Ash, Carl, Mia, dan Kiy.Sila berjumpa dengan Tuan Eren sebentar..."

Carl merungut.Dia malas untuk bergerak,yang lain hanya mengeluh lemah.

"Apa pula kali ni..."Ujar Gale malas.

Bunyi kerusi ditolak kedengaran.Mereka terus memandang ke arah Eym.Dia sudah berdiri tegak,dia terus melangkah pergi.Carl dan yang juga mengikuti Eym.

"Baiklah kamu semua.."

Eym memandang tepat ke arah Cikgu Jorge yang tersenyum.Mula menyoal tindakan gurunya itu.

"Kamu semua telah dinaikkan menjadi pahlawan peringkat bronze..."Ucap Eren kuat.

"A-pa?"

"WTF!"

Semua orang terkejut tidak percaya!Manakan tidak,baru dua hari bersekolah mereka sudah dinaikkan menjadi pahlawan peringkat bronze!

"Kenapa tiba-tiba?"Soal Eym tiba-tiba.Wajahnya tidak memaparkan riak gembira.

"Cikgu Jorge telah menguji kamu dan layak untuk menjadi pahlawan peringkat bronze.."

Eym mengerling ke arah Cikgu Jorge dan dibalas dengan thumbs up.Carl melonjak gembira termasuk yang lain.

"Kamu semua boleh melakukan misi bersama Cikgu Jorge..."Ucap Eren sekali lagi.

"Kami semua?"

"Adakah kami tidak akan berpecah?"Soal Mia pula.

"Tidak,kamu semua boleh melakukan misi bersama..."Ucap Eren sambil tersenyum.

Eren memusingkan badannya.Kertas di atas meja kerjanya diambil.Membuka kertas itu.Dia tersengih,mengetuk kepala.

Eym memandang pelik.

"Maaf,aku tersilap cakap.Pelajar yang bersama Cikgu hanyalah Eym,Kiy dan Mia manakala yang lain bersama Cikgu Yeon..."

"Cikgu Yeon..."Ujar Gale pelik.

"Nanti kamu akan tahu juga..."

******

Eym memandang ke arah cermin sebuah bilik yang agak besar.Aura yang kuat datang dari bilik itu.Kiy dan Mia juga dapat rasainya.

Hanya mereka bertiga sahaja ketika itu manakala yang lain sudah memasuki kelas.Mereka perlu berbincang dengan Cikgu Jorge tentang misi.

"Eym!Kau nak pergi mana?"Soal Kiy apabila melihat Eym bergerak ke suatu arah.

"Jadi itulah Vane?"Soal Eym ketika mereka berada di sebalik cermin tempat latihan.

Seseorang membelakangi mereka.Wanita berambut merah,terdapat luka menyilang di belakang tengkuknya.

Arus elektrik berwarna merah mengalir di kakinya.Berpuluh robot dilepaskan ke arahnya.Gadis itu mengeluarkan belati yang juga berwarna merah.

Dia terus menghilangkan diri,robot itu terus menumbuk ke suatu arah namun gadis itu lebih pantas.Dia terus menikam belatinya ke tengkuk robot itu.Pedang yang panjang dikeluarkan,dia terus membelahnya.

"Kilat merahnya bukanlah kilat yang biasa..."Ujar seseorang di sisi mereka.

Kiy dan Mia terkejut dan gagal mengawal keseimbangan badan lalu terjatuh.Gadis itu berhenti berlatih apabila terdengar bunyi sesuatu.

Eym memandang ke arah seorang wanita di hadapannya.Mungkin seorang guru kerana mempunyai nametag di bajunya.

KEPADA SESIAPA YANG NAK AKU PROMOTE BUKU DIA BOLEH PM AKU.INSYAALLAH DALAM MASA TERDEKAT AKU AKAN PROMOTE

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now