Part 24(Zeref)

1.2K 79 0
                                    

EYM POV

Jantungku mula berdegup kencang sejak akhir-akhir ini. Aku menghela nafas berat.
Aku mendongak ke arah langit, peluh di badan kerana berlatih dibiarkan mengalir.

"Kau yakin yang kau mampu kawal identiti kedua kau? "Soal Izz yang baru sahaja tiba. Aku memerhatinya dari ekor mataku.

"Setakat ini, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.... "Aku membalas tanpa memandang wajahnya.

Izz mengosok belakang tengkuknya yang tidak gatal. Aku hanya berdiam diri mencari ketenangan..

"Kenapa kau mempunyai kuasa kegelapan? "Soal Izz pelik. Ya, semua orang pelik kerana aku mempunyai dua kuasa utama iaitu kegelapan dan cahaya.

"Kerana aku adalah kelahiran semula Monarch Shadow. Penguasa tertinggi kegelapan... "Kebun bunga di hadapan pintu pagar dipandang oleh aku. Bunga-bunga yang berwarna-warni membuatkan aku tenang.

"Sejak bila? "

"Sejak aku berjumpa dengan Farzel dan selepas itu segalanya berubah... "

Tanpa menunggu lama, aku terus bangun apabila Alaina menghampiri aku sambil membawa tuala. Entah mengapa, aku seperti tidak percaya gadis cantik seperti Alaina adalah kakak kepadaku.

"Zen.... "Alaina melambai-lambai ke mukaku apabila aku seperti berada di dunia lain. Aku tersentak seketika, dia tersenyum sambil menghulurkan tuala kepadaku.

"Mana Ren dan Lucas? "Soal aku memandang sekeliling padang. Biasanya mereka akan melepak di pondok ini.

"Berlatih... "

Aku mengangguk faham.Aku memandang ke suatu arah. Jelas dua kuasa sedang bertembung dengan sengit. Aku terus berlalu ke dalam rumah agamku.

**********

"Apa ni, Lucas? Lemah! "Ren menjerit di hadapan Lucas. Di kedua-dua tangan Lucas kelihatan dua pucuk pistol.

Lucas bergerak pantas. Ren tidak sempat melakukan apa-apa ditembak bertubi-tubi dari tepi! Ren terus menumbuk tanah.

"FIRE WALL! "

"THOUSAND OF BULLETS! "

BOOMMM! BOOOMMMM! BOOOMMMM!

Ren terdesak ingin keluar dari hujan peluru. Jelas dia bengang apabila peluru itu seakan tiada henti.

"SHITT!! "

"RAIN OF LARVAE! "

Wajah Lucas pucat apabila hujan larva ingi menghentamnya! Serangan ke atas Ren dihentikan! Dia pantas membuat pelindung.

DOMMMM! BOOOMMMM! KEBABOMMM!!

Rumah agam milik Eym bergegar kuat seperti gempa bumi melanda rumah mereka. Carl yang baru sahaja asyik dengan lenanya kembali tersentak, dia mengusap matanya.

"Memang dua orang ini jenis tidak reti nak menahan diri ke? "

Kembali ke pertarungan tadi. Ren tersengih apabila Lucas muncul di sebalik asap dengan wajah hangus. Baju di badannya sudah terbakar.

"Hahahaha, sed-.... "Belum sempat dia ingin menghabiskan kata-katanya. Eym muncul lalu mencengkam mukanya. Dia terus menghempas ke lantai sehingga terjadi rekahan.

Lucas dipandang oleh Eym dengan renungan tajam. Pandangannya seperti ingin membunuh seseorang. Wajah Lucas yang hangus bertambah pucat apabila melihat wajah ngeri Eym.

"Cuba kau try toreh muka Lucas. Confirm tiada darah... "Cadang Izz. Dia baru sahaja tiba di sini. Letupan tadi membuatkan dia terkejut. Kiy mengangguk setuju, confirm tiada darah.

"Hai, brot-her. Sihat? Tin-ggal dekat mana sekarang ni? "Soal Lucas tersekat-sekat. Dia cuba menyimpul senyuman manis ke arah Eym.

Kiy, Izz dan Clara menepuk dahi. Tindakan Lucas membuatkan mereka bertiga tidak percaya.

"Baru kali ni aku dapat lihat Lucas ketakutan... "

"DARK NEBULA! "

Wajah mereka bertiga memucat. Mereka sekarang ini betul-betul berada di belakang Lucas. Lucas jelas tergamam, apabila laser itu semakin menghampirinya. Dia sempat mengaktifkan kuasanya lalu melarikan diri.

"SEVEN TITAN WALLS! "

Kiy menumbuk lantai dengan kuat. Tujuh dinding gergasi muncul ingin menahan serangan laser itu. Namun, jelas wajah Kiy kembali pucat. Laser itu dapat menembus pertahanannya dengan mudah! Satu perkataan sahaja dalam kepalanya,empat huruf.

"LARI!!!!"

Laser itu menghancurkan apa-apa yang berada berdekatan dengannya. Eym tersengih, dia memandang ke arah tiga manusia di hadapannya. Kuasa tingkat S! Kuasa itu mampu menghancurkan ribuan askar! Tapi Eym hanya menggunakan serangan itu pada tingkat rendah tapi mampu membunuh seseorang.

"Memang kau nak bunuh aku ke lahanat! Anak murid bodoh!" Izz menjerit kuat sehingga urat-urat hijau di dahi dan lehernya menimbulkan diri.

***********

Istana yang agak besar tersorak di dalam hutan tebal. Luarannya agak kotor dan berserabut dengan akar-akar pokok. Tapi siapa sangka istana yang usang ini didiami oleh seseorang.

Sang raja kegelapan, Zeref. Merupakan dewa Agung pada masa dahulu. Seorang yang dihormati dan diagungkan. Zeref mempunyai keistimewaan iaitu mempunyai sayap yang besar.

Dia menjadi jahat bukan kehendaknya sendiri tapi paksaan seseorang yang jauh lebih menakutkan darinya. Dia terpaksa melakukannya demi keselamatan anggota keluarganya. Disebabkan itu, dia hanya membekukan sahaja istana itu.

Zeref memandang kedua tapak tangannya. Jelas dia bukan jenis suka membunuh, para dewa yang hilang bukanlah dibunuh olehnya melainkan hanya disembunyikannya.

Zeref mengeluh lemah. Ada ketika, dia ingin membunuh diri kerana tidak tahan dengan kekejaman yang bukan darinya tapi anak dan isterinya akan berada dalam bahaya.

Ketika dia mengetahui Zen akan menyerangnya. Senyuman yang telah sekian lama menghilang kembali terukir. Dia bersyukur anak saudaranya akan kembali dan akan mengalahkan dirinya.

Tapi senyumannya tidak bertahan lama apabila Kova iaitu seseorang yang memaksanya menjadi kejam dapat mengetahui tentang Zen.Dia menginginkan Zeref supaya bermati-matian melawan Zen. Jika tidak, anak dan isterinya akan menjadi korban.

Jauh di sudut hatinya. Dia menginginkan Zen membunuhnya dan mengalahkan Kova serta menyelamatkan anak dan isterinya walaupun nyawa dipertaruhkan.

*******

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now