Part 26(Love?)

1.2K 85 4
                                    

Hari yang sudah mendung menjadi semakin mendung. Daya kuasa seseorang meningkat pesat! Mereka berdua berada di hutan yang luas. Demensi yang mereka berlawan sebelum ini terpecah.

"Aku pernah rasa apa yang kau rasa! Lebih sakit dari itu! "Jerit Eym seraya melepaskan daya kuasanya.

Kiy dan rakan yang lain bergegas ke lokasi di mana Eym berada. Jelas muka Ren kerisauan. Daya kuasa ini bermakna Eym sedang marah! Dia dapat mengecam daya kuasa satu lagi. Raja Kaizo!

"Cepat sebelum apa-apa berlaku... "Arah Izz. Ada yang menaiki kereta dan motor. Ada juga yang terbang.

Faren memandang Eym dengan gerun. Daya kuasanya seakan seorang dewa. Namun Eym sememangnya adalah dewa.

"Lebih baik kau menyerah sekarang sebelum menyesal.. "Eym berkata dengan nada kuat. Jarak mereka lebih kurang 50 meter.

Eym memandang ke suatu arah. Lima daya kuasa dikesannya. Dia mengetahui lima daya kuasa itu. Dia kembali memandang Faren.

"Aku tak akan menyerah! "

Eym menghilang menyebabkan Faren tersentak. Dia mencari daya kuasa milik Eym namun tidak di kesannya.

"Menyerah, Faren! Kau tak akan menang! "Jerit King Kaizo kuat dan kesal. Jika dia tahu perkara ini berlaku. Dia tidak akan sesekali memberi Faren meminjam tubuhnya. Terpaksalah dia menanggung impaknya.

"Aku akan menang! Dia cuma manusia-"

"Dia dewa! "

Faren merengus geram. Raja Kaizo tidak percaya dia akan menang.

DOMMMMM!!!!

Faren tercampak jauh menghempas gunung tinggi. Dia memuntahkan darah. Perut dipegang kuat. Sangat sakit!

"Tumbukan dia sekuat ini?!" Faren terus bangun apabila daya kuasa Eym menghampirinya.

DOMMMMM!!!

Mereka berdua bertarung sekali lagi! Faren didesak teruk oleh Eym. Badannya seperti disiat ketika menerima tumbukan dari Eym. Dia cuba membalasnya namun ditepis dengan mudah! Eym terus menjarakkan diri setelah melihat Faren seperti melemah.

"5 naga Agung? "Soal Eym dengan sinis. Irisnya menjadi merah gelap! Gigi Eym menjadi semakin tajam.

"Secret technique of drager clan! "

Mata kanan Eym bertukar menjadi bentuk Bintang berdarah. Faren tidak lepas dari memandang mata itu. Mata yang paling digeruni oleh semua orang. Bentuk enam Bintang berdarah!

"Drager Zon! "

"DEADLY SUN DESTROYER!!!! "

**********

Kiy memandang ke arah Raja Kaizo yang terbaring dengan luka parah. Pendarahannya sangat teruk dan sebahagian anggota badannya patah. Tapi mereka tahu itu bukanlah kesalahan Eyman.

Pintu bilik ditolak seseorang mengejutkan mereka yang berada dalam bilik itu. Arima iaitu ketua guardian melangkah masuk bersama dua orang yang lain.

"Bagaimana dengan tuanku? "Soal Arima apabila matanya bertembung dengan mata Kiyama.

"Dah melepasi tahap kritikal. Mungkin dalam dua hari dia kembali pulih. "Izz menjawab dengan nada separa berbisik. Kerana sekarang ini mereka berada di hospital.

"Hanya sedikit kuasa yang dia gunakan tapi dapat membuatkan naga agung dan tuanku cedera parah. Kekuatannya sangat melampaui kita. Bersyukur kerana dia berada di pihak kita... "Arima berkata seraya duduk. Dia tersenyum seketika.

Izz dan Kiy mengangguk setuju. Mereka tidak dapat bayangkan jika Eyman berada di pihak jahat. Dengan kekuatan yang dia ada. Erasota sudah menjadi debu.

"Mana Zen? "Soal Arima apabila matanya tidak menangkap susuk tubuh itu.

"Entah, selepas pertarungan itu. Dia terus ke rumahnya.. "

**************

"Kau okay? "Soal Mia menghampiri Eym yang sedang mandi di kolam. Dia menghampiri sambil membawa tuala untuk Eym.

"Ok, bagaimana dengan Raja Kaizo? "Soal Eym yang berada di bucu kolam.

"Dah melepasi tahap kritikal.. "Mia menjawab dengan nada kelat.

"Aku berlebihan apabila lawan dengan naga itu. Dia membuatkan aku teringat tentang Atok Kai dan Kak Elmiya... "Eym berkata dengan nada perlahan. Air menitis laju dari kepalanya.

"Aku faham. "Mia selalu menjadi teman setia apabila Eyman kesunyian. Mia tersenyum walaupun pahit. Eym hanya menganggapnya sebagai kawan.

"Mia... Maaf sebab aku buatkan kau menunggu lama... "Eym berkata seraya menghampiri Mia. Dia mengerut dahi apabila Eym meminta maaf.

"Kenapa? "

Jari dipetik lalu muncul api kecil membakar lantai di tepi tempat Mia berada. Terdapat beberapa tulisan di situ. Tiba-tiba air mata Mia mengalir deras. Dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangan. .

"I love you too... "Perkataan yang berada di atas lantai itu.

Eym hanya ketawa kecil. Dia juga malu apabila meluahkan perasaannya sendiri.
Wajah Mia yang tertutup dipandang. Wajahnya merah menahan malu.

Eym tersenyum. Mungkin ini kali terakhir dia bersama dengan Mia.

************

Kiy seperti mencari sesuatu yang hilang. Semua tempat dicarinya namun tidak dijumpai. Vane melangkah menghampirinya, dia mengerut dahi.

"Apa yang awak buat ni? "Soal Vane pelik.

Kiy terus berpaling apabila Vane menyoalnya. Senyuman ditarik, Vane dihampiri.

"Cari cinta kita... "

"Werkkkk.... "Vane membuat gaya seperti nak muntah.

Vane dan Kiy baru sahaja menjadi pasangan. Cara Kiy mengoda Vane amatlah memalukan. Namun Vane menerimanya.

"Awak nampak Eym? "Soal Kiy.

"Shuhhh!! "Vane menyuruh Kiyama diam.
Dia terus menunjukkan ke arah kolam renang. Pasangan itu sedang bergelak ketawa bersama.

Kiy terkejut seketika sebelum kembali tersenyum. Eym menerima Mia yang sudah lama memendam perasaannya kepada Eym. Walaupun ramai yang berkenan dengan Mia kerana wajahnya seperti bidadari itu. Dia tetap dengan keputusannya.

"Bila jadi? "

"Baru je tadi.. "

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now