Part 30(Ex-Teacher)

1K 67 2
                                    

[EYMAN POV]

Suasana di Erasota menjadi senyap sunyi. Semua penduduk telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Para guardian telah bersedia di semua pintu masuk ke kota ini. Raja Kaizo hanya memerhati dari istana. Mulanya, dia juga ingin ikut bertarung. Namun aku memberinya cadangan supaya bertarung ketika pertengahan perang.

Aku mengetatkan perisai yang berada di tubuhku. Mia menunduk di bawah, memakaikan kasut pada kakiku. Jantungku berdegup kencang memikirkan perang yang akan tiba.

Mia menepuk kasut perisaiku sebelum memandang wajahku. Dia sedikit tersenyum memerhati wajahku yang kelihatan risau. Sekarang ini, kami hanya berdua di dalam khemah.

"Kenapa? "Soal Mia seraya duduk di sebelahku. Dia sudah bersiap dengan perisai di badannya.

"Jangan berperang... "Aku merisaukan dirinya. Teramat risaukan, sejak masa sekolah lagi. Dialah satu-satunya orang yang aku ada.

"Jangan risau. Saya akan hidup... "Mia membalasnya dengan senyuman.

Khemah dibuka dari luar. Aku memandang ke arah susuk tubuh yang baru sahaja masuk itu.

"Kiy, macam mana? "Soalku apabila dia menghampiri aku. Mia memerhati dari sisiku.

"Very bad... "Kiy mengusap rambut belakangnya. Dia menghela nafas kasar. Kerusi yang berada bertentangan dengan Eym diduduk.

"Kenapa? "Soal aku mengerut dahi.

"Rodan, Ghidorah dan Zodra telah diseru oleh pihak musuh... "

Aku terkejut seketika. Mereka adalah sang raksasa yang dibuang daripada istana kematian. Mereka juga merupakan watak penting dan juga sejarah yang menakutkan bagi umat manusia.

"Ghidorah? "

Ghidorah, naga kepala tiga. Naga malapetaka, menyerunya ibarat menghancurkan bumi. Ghidorah adalah raja sebenar elemen kilat.

Rodan, sang burung kegelapan. Sayapnya mengeluarkan larva. Sisiknya lebih keras daripada burung-burung yang lain.

Akhir sekali, Zodra. Sang pemangsa, Zora merupakan raksasa kala jengking. Racun yang dilepaskannya mampu mencairkan sesuatu. Tetapi kelemahannya adalah untuk menghasilkan racun paling berbisa itu memerlukan masa yang sangat lama.

"Kau beritahu ayah kau. Serang dengan semua askar. Raksasa itu tidak akan muncul pada awal perang... "

Kebiasaannya raksasa lagenda akan dilepaskan di saat akhir. Jadi aku amat yakin tentang itu.

"Baiklah... "Sebelum Kiyama membuka pintu khemah. Aku memanggilnya.

"Jangan guna seluruh kuasa kau. Peperangan yang sebenar adalah penghujung peperangan ini... "

Kiyama mengangguk faham. Dia terus keluar dari khemah.

Aku melihat ke sebelah. Mia juga melihat ke arah aku.

"Ikut aku jumpa raja. "Ajak aku seraya bangun.

Namun pergerakan aku terhenti seketika apabila seseorang mula memasuki ke dalam khemah kami. Seorang lelaki berpakaian putih berdiri sambil melihat aku.

"Sudah lama ye. Eyman Drager... "

Jelas aku terkejut melihatnya. Seseorang yang tidak disangka-sangka muncul di hadapan aku. Mia di sebelah hanya berdiam diri, dia tidak mengetahui apa yang sedang terjadi.

"Zora... "

Panggil aku dengan nada dingin. Hanya satu yang pasti, aku tidak menyukainya. Seseorang yang sangat pentingkan diri..

"Hahaha, mana sopan kau? Kau layan sebegini kepada cikgu kau? "Soal Zora lembut. Dia hanya tersenyum memandang ke arah aku.

"Kau hancurkan kepercayaan aku, Zora. Aku hanya berterima kasih kerana kau menjadi guru aku sahaja... "

Lelaki bernama Zora mengeluh lemah. Dia menghampiri aku yang merenung tajam ke arahnya. Tangan kiri diletakkan di atas bahu kiri.

"Aku minta maaf. Aku buat semua itu bersebab. A-aku"percakapan Zora terhenti seketika.

"Minta maaflah selepas perang nanti. Tapi aku tak yakin kalau aku akan hidup.. "

Tiba-tiba satu tamparan hinggap di belakang aku. Sangat kuat! Aku tersentak sebelum melihat gerangan yang berani menampar belakang aku.

"Jangan cakap seperti itu! Faham! Kalau tak saya sumbat ni dalam mulut awak! "

Zora ketawa kecil melihat gelagat Mia yang membebel. Aku hanya memekakkan telinga. Kalau tak, boleh cair tahi telinga aku.

"Dengar ke tak! "

"Dengar-dengar... "

*******************

[KIYAMAPOV]

Aku merenung tangan aku yang menggeletar hebat termasuk juga dengan kaki aku. Pertama kali aku akan ikut perang. Perang yang bakal menentukan masa hadapan.

"Ceh! Kat sini rupanya kau... "Satu suara mengejutkan aku.

Sekarang ini aku sedang berada di istana ayah aku. Ya, mungkin mengejutkan semuanya tapi mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka. Aku terpaksa merahsiakan tentang keluarga sebenar aku.

"Carl... "

Carl tersenyum memandang aku. Dia menghampiri sambil membawa sebilah pedang perak di tangan kirinya. Aku terasa aura sesuatu pada pedang itu.

"Nampaknya tekaan aku betul. Pedang ini bergetar apabila berdekatan dengan kuasa tuannya... "

Pada sarung pedang itu. Simbol naga tanah kelihatan berserta namanya sekali. Tiada sesiapa yang dapat menarik pedang itu dari sarung kecuali pemilik asalnya.

"Pedang a-aku? "Soal aku agak terkejut. Tiba-tiba diberi sebuah pedang.

Aku membelek pedang itu sambil mengusap sedikit. Namun apabila aku tersentuh pada pemegangnya. Pedang itu mengeluarkan aura tersendiri.

"Pedang itu sama hebat dengan pedang karu milik Eym. "

Aku tersenyum sendiri. Selamat datang wahai rakan seperjuangan.

"Jadi apa rancangan kau selepas perang nanti? "Soal Carl seraya duduk di sebelahnya. Beberapa batu dikutip lalu dilemparkan ke dalam sungai di hadapan mereka.

"Buat rumah sendiri dan selepas itu merisik Vane... "

Sudah lama aku inginkan rumah sendiri. Sampai bila aku nak duduk di rumah milik Eym. Selepas kahwin, aku mahukan privasi.

"ceh, kerja pun belum. Kau nak bagi Vane makan apa? kau? "Carl berkata dengan nada menyindir.

"Kau tak kenal aku ke? Carl. Aku anak Raja Badarlah.... "

Carl menepuk dahinya. Dia terlupa bahawa aku ni anak raja.

Lama tak update... Sory guys... Busy spm... Asyk tangguh je kerja.. Hahahaha

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Onde histórias criam vida. Descubra agora