1 | Starbucks

40K 1.7K 145
                                    

It's not surprise that I got lost in your emerald green eyes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


It's not surprise that I got lost in your emerald green eyes...

Ruth B- Dandelions (Slow Version)
Minat dengar lagu ni kalau tulis story ni🤣 boleh dengar sambil baca kalau nak baca nanti. Thank you✨

MULA: 20 JULY 2020
TAMAT: 27 AUG 2021

CHARACTER AESTHETICS

JARI jemari runcing itu menyisih di rambut light brown sambil kepala sedikit ditunduk ke bawah. Kaki berjalan dengan laju sambil melonggarkan tali leher uniform sekolah di lehernya.

Rimas.

Hari ini sepatutnya merupakan hari pertama dia bersekolah kembali di Malaysia tetapi lain pula yang terjadi apabila kakinya melangkah jauh dari arah sekolah walaupun kereta pembantu sudah menghantar di hadapan pagar.

"Hantar jelah dekat mana pun, aku buat hal juga." Kening diangkat apabila tersedar kelakuannya diperhati ramai orang.

"Baru dapat mata agaknya. Tak pernah tengok orang ponteng?" Soal Dryan Wyatt dengan selamba ke arah beberapa orang gadis kelihatan tidak berhenti memandang dirinya.

Walaupun dia masih bersekolah dan baru berusia 17 tahun tetapi rupa paras Dryan Wyatt sudah pun menarik perhatian. Hanya dia yang salah faham tujuan mereka melihat dirinya yang masih beruniform sekolah.

Nafas kasar dihela sambil dompet dikeluarkan. Apa apa pun baju lain mesti dibeli untuk ditukar.

SUDU di dalam bekas Blueberry Greek Yogurt with Granolas dicucuk berkali kali dengan bosan sambil makan. Keluhan dilepaskan apabila memandang ke arah sepinggan Apple & Egg White Sandwich di hadapannya. Langsung tidak disentuh termasuk Hazelnut Signature Hot Chocolate itu.

Tengku Nuryn Delisha mengalihkan pandangan ke arah Caramel Signature Hot Chocolate yang sudah hampir habis namun tiada tanda tanda yang lelaki itu akan datang.

"Awak buat saya macam ni lagi kan, Ariq?" Sudah hampir sejam menunggu tetapi manusia bernama Ariq itu langsung tidak muncul. Jangankan figuranya, bayang pun tidak kelihatan. Sekali lagi makanan sarapan kesukaan lelaki itu dibiarkan dengan lama.

TING!

Pesanan mesej masuk dari nama kenalan 'My Future💖🙈'

My Future💖🙈
I'm so sorry, Reen. Saya ada hal terdesak tadi yang mama minta buat. Awak dekat sana lagi ke?

Saya dah balik....

Saya minta maaf sangat. Saya janji lepas ni saya belanja awak makan. Petang nanti awak sibuk tak?

BANG!

Tiba tiba ada yang mengetuk meja Starbucks. Kelihatan seorang budak lelaki dengan selambanya duduk bertentangan dengan kerusinya lalu mencapai sekeping sandwich dengan selamba.

Tergamam Nuryn Delisha dibuatnya dengan kelakuan lelaki kacukan ini. Bayangkan kalau tiba tiba ada manusia yang tidak dikenali datang duduk di hadapan kita dengan selamba? Tambahan pula, manusia ini dengan selamba anak cucu moyang badaknya dia mengunyah dan makan makanan orang lain?

"Aku nampak kau tak makan jadi aku makankan. Kenapa? Tak suka? Pergi beli lain." Sekeping RM 50 dilemparkan ke arah Tengku Nuryn Delisha. Dahi gadis itu semakin mengerut sebelum benar benar memandang ke arah gerangan manusia ini.

Tergamam buat kali kedua.

Sepasang mata hijau emerald Dryan Wyatt bertembung dengan sepasang mata hitam bersinar Nuryn Delisha. Gadis itu tersedar jantungnya berdegup laju. Kebanyakan perempuan pun akan begini apabila bertembung mata dengan Dryan Wyatt tetapi Nuryn segera menyedarkan dirinya.

Dia sudah ada seseorang di hati. Tidak mungkin dia tertarik walaupun wajah lelaki ini sungguh mendebarkan perasaan.

"Kau nak aku cungkil mata kau? Dah takde tempat lain nak tengok ke?" Nada dingin sejak tadi menemani lelaki di hadapannya.

Nuryn berdecit perlahan, mengutuk lelaki ini dalam hati. Mana tidaknya sudahlah makan makanan orang sesuka hati walaupun beri duit.

Percakapan pun dingin dan pandangan tidak mesra. Kurang ajar. Sudah nasib berjumpa dengan orang  tak siuman pagi ini. Jika dibawa violin bersama pasti dihayun sudah ke arah lelaki ini. Geram.

"Kau tak reti beli sendiri ke?" Dia memberanikan diri untuk menyoal kembali. Apa yang dia dapat dahulu bukan jawapan tetapi rengusan.

"Aku malas tunggu dan beratur. Lagipun kau bukannya makan pun. Aku cadangkan kau ambil duit tu dan baki lepas tu senyap. Paling tak pun, blah dari sini. Semak mata aku je." Terus terkedu Tengku Nuryn Delisha. Sabar semakin lama semakin nipis. Siapa yang datang ganggu siapa sebenarnya ni?

Nafas dihela. Dia tidak kisah tentang makanan Ariq itu lagipula dia sudah menipu lelaki itu dengan mengatakan dia sudah pulang. Bukan apa cuma terluka dengan Ariq yang sering datang lewat setiap kali perjumpaan mereka.

Lelaki itu juga sering sibuk dengan tugasan sekolah namun hubungan mereka baik baik sahaja walaupun kadang kadang kelihatan suram, sepi dan sunyi.  Jauh termenung teringatkan Ariq, air yang disedut sudah habis.

Perlahan lahan dia bangun sambil mencapai bekas yogurt tadi. "Kau ambil duit kau, aku taknak pun. Aku pergi dulu." Perlahan lahan kakinya melangkah keluar dari pintu Starbucks. Dryan Wyatt memandang ke arah duitnya yang diletakkan di atas meja. Dua belah bahu diangkat, dia tidak kisah.

Tiba tiba meja diketuk dengan tangan seorang manusia lengkap berkot hitam. Dryan mengangkat wajahnya.

"Dekat sini rupanya Tuan Muda Dryan."

TO BE CONTINUED


Pendek je sebab dah pukul 3 pagi >_< Nanti author edit lain dengan blurb semua. Minta support story baru🥺💖 Thank you yang sudi vote & komen💖

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now