two

1.6K 204 19
                                    

dalam perjalanan ke rumahnya, seohee berperang dengan diri sendiri. matanya fokus kat jalan, tapi fikirannya entah ke mana.

"betul ke aku ni eh? ke aku dah mereng jugak macam mamat tu?" soalnya sendiri.

tapi kalau nak patah balik pun memang tak boleh.. memang tempah maut la dia gamaknya! lagi lagi dengan kata kata seonghwa sebelum dia keluar dari pejabatnya.

"siap siap malam ni, aku jemput kau kat rumah. kita jumpa parents aku. kalau aku tak nampak batang hidung kau, siap!"

"macam la aku takde kaki nak pergi jalan sendiri. tapi aku bukan tahu pun rumah dia kat mana kan? ah mampus dia la" seohee menyepak batu kecil untuk melepaskan geram sehingga terkena motor yang diparkir di tepi.

"oops-"

-

pintu almari dibuka. mata melilau mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. tapi kalau difikirkan balik, kenapa dia nak kena beria sangat bersiap.

ke sebab dia tengah dapat watak fake girlfriend anak orang kaya, so dia pun terikut ikut sekali nak kena pakai benda mewah? eleh, dalam almari ni bukan ada baju yang nampak mahal pun.

"kalau nak tangkap harimau, kena la masuk sangkar dia dulu kan? sabar seohee sabar, kau boleh punyalah. fake girlfriend je pun. mamat tu bukannya berperasaan pun"

tiba tiba seohee menghentak hentakkan kakinya di atas lantai sebelum menyerabaikan rambut. fuh stres betul ni.

"macam mana aku boleh terus terlibat dalam hidup lelaki yang bunuh adik aku ni? ugh. gila kau ni, seohee. memang gila!"

"kenapa seonghwa juga yang aku pilih untuk jadi fake boyfriend aku? bodoh aku ni pekat sangat ni haih" seohee menggigit bibir bawahnya.

kemudiannya, seohee menarik nafas dalam dan melepaskannya.

"tenang seohee, tenang" dia cuba ukirkan senyuman, tapi terasa pelik.

lalu seohee pergi ke arah cermin, dia lihat gambarnya bersama adiknya beberapa tahun lepas.

"yeon.. betul ke apa yang eonnie buat ni? niat eonnie cuma untuk tolong yeon balas dendam. takde sebab lain pun"

"apa apapun- yeon doakan yang baik baik ya untuk eonnie?"

it's okay, as long as aku tak sukakan seonghwa. selagi tu takpe. fake girlfriend je seohee. tak lebih pun. seohee cuba tenangkan dirinya sendiri.

"aku harap parents dia takdela teruk macam anak dia tu pun-"

-

seperti yang dijanjikan, er agaknya boleh tukar kot ayat tu. seperti yang disuruh seonghwa, seohee pun menunggu kehadiran seonghwa di hadapan apartmentnya. dah gaya macam girlfriend tunggu boyfriend jemput. tapi itula, pembetulan, sekadar fake sahaja ya.

pon pon!

seohee memandang kereta yang menghampirinya. lalu kereta mewah berwarna hitam itu berhenti tepat di depannya. tingkap pemandu dibuka, lantas wajah seonghwa terjegul keluar.

"kau tercegat apa lagi? cepat ah"

dia baru je berhenti depan aku, pastu dah memekak pula. dalam diam, seohee merungut di dalam hati. mampu mengutuk diam diam je, nak kata depan depan tu hm nanti nantila.

baru seohee ingin membuka pintu belakang, cepat cepat seonghwa menghalang.

"sedap kau je nak duduk belakang. ingat kau mem besar nak buat aku macam driver kau? sedar tak kau tu menumpang?"

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now