twenty

1.2K 190 168
                                    

"doktor tak yakin yang pembedahan seonghwa akan berjalan dengan lancar tapi dia akan cuba yang terbaik untuk selamatkan seonghwa. seonghwa dah simpan lama penyakit dia sampai dah tahap kritikal. doktor suruh kita bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. kalau pembedahan berjaya pun, seonghwa mungkin ambil masa untuk sedar"

"kenapa kau tak bagitahu aku apa apa, yeosang?"

"saya dah cakap, tapi awak yang keras kepala, seohee. semuanya dah jadi macam yang awak rancang, tahniah"

keluhan kecil terlepas dari mulut seohee. sudah beberapa kali perbualannya dengan yeosang diulang tayang di dalam kepalanya.

"park seonghwa..." perlahan sahaja nama itu terbit daripada mulutnya.

"kau tak patut mati sekarang. aku masih tak puas hati dengan dendam aku. masih banyak lagi dendam aku tak lepaskan"

"so please.. tolong jangan tinggalkan aku sekarang" tanpa seohee sedar, setitis air matanya mengalir di pipi. tangannya digenggam kuat dengan matanya dipejam rapat.

"ni apa yang kau nak, seohee. apa yang kau tak puas hati lagi ni?" soalnya kepada diri sendiri.

"woo seohee!"

pantas seohee menoleh ke belakang. wajah heejin yang kelihatan marah memenuhi kornea matanya.

"dah puas hati you tengok seonghwa jadi macam ni?!"

"kau memang suka buat macam ni ya? datang datang terus sergah orang?" seohee cuba tunjuk yang dia langsung tak terkesan dengan pembedahan seonghwa. kenapa perlu rasa sedih kalau yang sedang berada dalam bilik pembedahan tu ialah pembunuh adiknya?

"tu semua tak penting! susah sangat ke you nak jaga hati seonghwa? kenapa you terus terusan letakkan bebanan ke atas dia? dia ada kanser, seohee. dia ada kanser! pesakit kanser tak boleh rasa stres. that's why i suruh you layan dia baik baik"

"kau tak perlu cakap panjang lebar dengan aku. buat bazir air liur je. benda dah terlambat pun kan?"

mulut heejin terlopong tanda tidak percaya kata kata seohee. sungguh, seohee ni langsung tiada perasaan!

"you memang tak takut kehilangan seonghwa ke? lelaki yang sedang dibedah tu, dia cintakan you separuh mati tapi ni yang you boleh kata? isteri jenis apa you ni?!" naik beberapa oktaf nada suara heejin. dia agak terkilan dengan seohee. bayangkan, dia pun boleh rasa macam tu dan kalau seonghwa yang terdengar semua ni?

"setakat hilang dia, aku dah tak rasa apa dah. aku dah hilang mak ayah aku, aku dah hilang adik aku. aku dah hilang semua orang yang aku sayang. aku dah tak takut apa apa lagi dah, heejin. dan biar aku ulang semula, lelaki yang kau tengah bela sekarang ni ialah pembunuh adik aku! kalau bukan sebab dia, aku takkan terjebak dalam hidup dia pun la!"

"tarik balik kata kata awak tu, seohee" tiba tiba sahaja yeosang muncul di belakang heejin.

"kenapa? kau takut sesiapa terdengar ke yang suami aku tu pembunuh?"

"seonghwa bukan orang yang macam tu!"

"habistu kau nak kata siapa yang bunuh huh? ada orang lain kat tempat kejadian? macam tu? aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang adik aku mati dalam pegangan seonghwa. kau tak perlu nak putar belitkan cerita la"

"betul la tu. ada orang lain yang bunuh seoyeon. seonghwa tak buat semua benda tu. saya dah lama nak bagitahu tapi saya diamkan bila seonghwa taknak bagitahu awak. see? dia sanggup hadap caci maki awak walaupun bukan dia yang buat"

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now