three

1.5K 193 64
                                    

"kau dah dengarkan apa yang bapak aku kata tadi?"

"tapi aku janji nak jadi girlfriend kau je, bukan jadi isteri kau!"

gila, memang gila! takkan aku nak kahwin dengan seonghwa pulak kot.

seonghwa berhenti berjalan lalu memandang aku tanpa reaksi.

"aku dah katakan yang fake girlfriend aku bukan macam fake girlfriend orang lain? aku dah siap bagi hint yang kau sendiri sanggup risikokan hidup kau sendiri. so tu bukan salah aku"

seonghwa ni.. memang takde perasaan langsung! haih sejak bila je seonghwa ni berperasaan kalau bab bab macam ni.

"kau ni langsung tak kisah ke nak kahwin dengan aku?"

"terpulang, aku tak kisah kahwin dengan kau sebab kau ni boleh buat apa je. lagipun kehidupan kau ni tak penting"

dia ni tak pernah terfikir ke yang kotkot aku yang ada kehidupan tak penting ni boleh mempengaruhi hidup dia?

"tapi aku dah siap kata yang kau tak boleh nak patah balik dah kan? so nak taknak, kau kena jugak kahwin dengan aku. for your information, aku tak terima dan takkan terima apa apa alasan daripada kau"

pendapat aku memang langsung tak penting eh dalam hidup dia? oh lupa, kenapa pula pendapat si penghutang ni nak kena penting untuk dia kan huhu.

"kalau aku kata aku taknak jugak?"

"well- rasanya kau tahu kot apa yang aku akan buat" dia tersenyum sinis.

park seonghwa... kau ingat aku betul betul ke taknak kahwin dengan kau? kalau setakat atas kertas, huh peduli apa aku.

"okay then. tapi aku kahwin dengan kau, kira hutang adik aku semua kosong. deal?"

dia memandang aku dengan muka yang berkerut. lama dia pandang aku sebelum pandang ke tempat lain sambil menarik nafas sebelum dilepaskan kasar. lalu dia memandang aku semula.

"okay, deal"

aku tak sangka senang sangat dia setuju dengan syarat aku. tapi apa apapun kau dah masuk jerat aku, park seonghwa.

-

kaki aku melangkah masuk ke dalam rumah anak anak yatim. aku memerhatikan keadaan sekeliling. kecoh terdengar daripada suara kanak kanak yang berlari berkeliaran.

bergembira selagi boleh, dik. bergembira selagi kau tak faham maksud kehidupan yang sebenar.

aku tersenyum nipis sebelum mendekati kumpulan kanak kanak yang sedang bermain di kawasan lapang di hadapan rumah.

"dah sampai pun seohee" tegur wanita yang berusia dalam 40-an yang bekerja di sini. senyuman manisnya menyapa pandangan aku.

aku sekadar menghadiahkan senyuman yang seikhlas mungkin aku boleh. dia memeluk bahu aku sekejap sebelum mempelawa aku ke arah kanak kanak yang sibuk bermain.

"saya masuk kejap, seohee mainla dulu dengan budak budak ni"

"okey" aku menyoroti langkah miss kim ke dalam rumah sebelum tumpuan aku beralih kepada kanak kanak perempuan yang tiba tiba sahaja menangis. cepat aku mendekatinya.

"yura okey tak? sakit mana?"

dalam keadaan yang masih menangis kuat, dia menunjukkan ke arah lututnya yang sudah terkoyak. sempat aku mengeluh melihat lututnya yang sudah berdarah.

"yura tunggu sini. eonnie pergi ambik ubat kejap"

usai aku mengambil ubat dari miss kim, terus aku mengambil langkah ke arah yura semula yang sudah surut tangisannya.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now