eleven

1.2K 181 38
                                    

"kau buat apa ni, seonghwa?!" laju sahaja seohee menarik yura ke belakang tubuhnya. tajam pandangannya ke arah seonghwa yang terpinga pinga.

"takkan dengan budak kecik pun kau nak buat macam mana kau buat kat adik aku?! kau memang takde hati perut ke?!"

terkebil kebil mata seonghwa memandang seohee. separuh daripada kata katanya memang tak difahami.

"aku cuba terima kata kata heejin yang kau tu takdelah teruk mana- tapi apa yang aku nampak tadi betul betul buat aku tersedar yang aku memang salah 100%"

"tak cukup lagi ke nyawa seoyeon kau ambik? takkan nyawa yura pun kau nak pertaruhkan jugak?" berkaca kaca mata seohee sewaktu menuturkannya.

sejak bila pulak aku nak pertaruhkan nyawa budak ni?

seonghwa berteka teki di dalam hati. tak sempat membalas kata kata seohee, seohee sudah menarik tangan yura pergi. tak lama kemudian, terdengar bunyi pintu rumah ditutup. seonghwa mengeluh perlahan sebelum meraup rambutnya ke belakang.

"kau dah buat dia menangis, seonghwa"

-

terkulat kulat yura memerhatikan seohee yang memandu dengan mukanya yang serius. naik seram juga dibuatnya. tak pernah pernah dia melihat keadaan seohee yang satu ni.

sebaik sahaja sampai di hadapan rumah anak yatim yang diduduki yura, seohee memarkirkan kereta elok elok. dia menoleh ke arah yura tanpa mematikan enjin kereta dahulu lalu senyuman kecil ditayang.

"eonnie marah yura ke?"

seohee menggelengkan kepalanya.

"kenapa eonnie nak kena marah yura pulak?"

"sebab pakcik tadi—"

"pakcik mana ni?"

"yang kat rumah eonnie tadi tu-" seperti takut takut sahaja yura bila bercakap tentang seonghwa. seohee mengangguk faham. barulah faham yang dimaksudkannya ialah seonghwa.

"pakcik tadi tu buat apa kat yura?"

"tadi eonnie lama sangat, jadi yura naik atas. yura nak bukak satu pintu tu pastu tiba tiba pakcik tu muncul. dia tiba tiba tanya yura macam macam. yura takut dengan terperanjat, yura menangislah" comel sahaja cara yura bercerita, tapi seohee tetap fokus dengan cerita yura.

dia ada perasan juga tadi yang mereka berdua berdiri di depan pintu bilik larangan seonghwa tu. yura cuba buka pintu bilik tu ke?

seohee termenung sebentar. dia cuba mentafsirkan situasi. seonghwa cuba buat apa sebenarnya pada yura? dia jadi emosi tadi apabila situasi tadi mengingatkan dia kepada adiknya. seonghwa yang menekup mulut seoyeon yang menangis teresak esak.

"eonnie.." panggilan yura membuatkan seohee tersedar semula.

"ya?"

"eonnie jangan marah pakcik tadi.."

"kenapa pulak? kan dia dah buat yura menangis tadi" soal seohee hairan.

"yura terkejut je sebenarnya. pakcik tu tak buat salah pun"

sudah, apa kena pula yura ni nak membackup seonghwa tu? sedangkan tadi dia yang menangis beria ria.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now