seventeen

1.2K 173 85
                                    

tangisan seseorang menyapa gegendang telinga seohee yang baru sahaja sampai di bangunan usang itu. matanya melilau mencari kelibat orangnya, dia pasti itu tangisan adiknya.

"seoyeon?" perlahan lahan kakinya melangkah ke hadapan. dia beranikan juga dirinya untuk mencari adiknya.

"eo- eonni.." lirih suara seoyeon memanggil kakaknya.

"seoyeon kat mana?"

tiba tiba sahaja suara seoyeon hilang. yang dapat didengari hanyalah suara seoyeon menggumam seperti seseorang menekup mulutnya. seohee berhenti di hadapan bingkai pintu yang sudah tiada pintunya. dapat dilihat dari jauh kelibat seoyeon bersama seorang lelaki yang sedang menekup mulutnya dari belakang.

"seoyeon!!"

dia berbalas pandangan dengan seoyeon. dapat dilihat jelas dari mata seoyeon yang dia cuba mengatakan bahawa 'terima kasih untuk segala galanya'. baru seohee hendak membuka langkah, langkahnya mati sebaik sahaja tubuh adiknya terkulai di hadapan matanya.

"woo seoyeon!!" pantas dia mendapatkan tubuh adiknya lalu diraihnya ke dalam dakapan.

"seoyeon.. bangun!"

"eonnie.. seo- yeon- minta- maaf, ya?" tawar sekali senyuman terakhir seoyeon tatkala itu. tangannya digagahkan jua menyentuh wajah kakak kesayangannya.

"seoyeon jangan cakap macam tu. seoyeon akan stay dengan eonnie kan?" air mata seohee yang menitis jatuh di muka seoyeon. kelibat lelaki tadi entah ke mana hilangnya, sudah tidak dipedulikan.

"eonnie cari- seonghwa please..."

seonghwa? bukan ke tadi yang tekup mulut seohee dari belakang tu seonghwa? kenapa nak kena cari dia pula?

"no! kenapa pula?"

"tolonglah eonnie.. ni permintaan terakhir seoyeon. tolong cari seonghwa" dalam kesakitan, masih juga seoyeon kuatkan diri untuk meneruskan kata kata.

membulat mata seohee apabila tangan seoyeon yang memegang wajahnya tadi terkulai ke atas lantai. bahu seoyeon digoyangkan perlahan dengan harapan yang seoyeon masih bergerak. namun hampa, dadanya yang tadi naik turun sudah tidak bergerak. semuanya menjadi kaku. darah sudah memenuhi seluar yang dipakai seohee.

terkejut seohee saat matanya melihat darah tak henti henti keluar dari luka di perut seoyeon. sejak bila pula seohee ditikam?

"seoyeon—"

"hyah woo seoyeon!"

seohee terbangun dari tidurnya. entah bila dia terlelap semula pun dia tak pasti. dia mengesat mata yang basah. entah kenapa bayangan tentang hari tu bermain semula dalam mimpinya.

sejak daripada haritu, seohee mencari seonghwa seperti yang disuruh seoyeon walaupun tidak pasti untuk apa. namun dia mencari seonghwa untuk membalas dendam.

dan dendamnya hampir terlangsai.

-

awal awal pagi lagi seonghwa sudah tercegat di dapur. angin dia baik sangat kot pagi tu, yela dapat tidur dengan bini malam tadi.

dengar je bunyi tapak kaki di tangga, dia cepat cepat berpusing. senyuman lebar terukir di bibirnya walaupun muka seohee dah garang semacam pagi pagi.

"err seohee, jom makan" ajak seonghwa. tetapi balasan seohee hanyalah pandangan tajam. seonghwa jadi pelik, kenapa angin seohee berubah macam ni sekali? bukan ke malam tadi elok je?

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now