twenty two

1.2K 170 69
                                    

seohee memeluk sejambak bunga ros putih. kakinya melangkah mendekati rak rak yang elok tersusun bekas abu di dalamnya. kemudian, dia letakkan jambangan bunga di atas rak bahagian seoyeon.

"seoyeon-ah.."

"eonnie datang ni" baru sahaja cakap macam tu, hati seohee sudah mula diserang sebak. dadanya sakit apabila mengenangkan keadaan seoyeon sewaktu dia masih hidup. mengapa berlakon okey sedangkan seoyeon sebenarnya sedang bersedih? apa gunanya dia seorang kakak sekiranya dia tak boleh menenangkan adiknya sendiri?

"eonnie tahu eonnie memang tak layak pun nak jumpa seoyeon dalam keadaan macam ni. eonnie banyak buat salah kat seoyeon.. eonnie rampas kebahagiaan seoyeon lepastu eonnie boleh tayang muka tak malu"

"saat eonnie dah takde sesiapa kat dunia ni, hadirnya seonghwa. walaupun kehadiran dia tu dimulakan dengan rasa benci yang meluap luap, tapi eonnie tak dapat nak tipu perasaan eonnie yang sebenar benarnya. eonnie tak boleh nak tipu yang perasaan sayang makin kuat lepas hidup sebagai isteri dia"

"eonnie sedar masa tu eonnie masih ada seonghwa. tapi sekarang- eonnie takut kalau seonghwa ikut jejak langkah seoyeon. apa akan jadi dengan eonnie? eonnie boleh bergantung harap dengan siapa je lagi, yeon? eonnie dah takde sesiapa lagi dah" bahu seohee terhenjut henjut menahan tangisannya daripada menjadi semakin kuat.

"i know i'm such a bad sister, dah jadi macam ni pun masih tak tahu malu. tapi yeon.. macam yang seoyeon pernah suruh eonnie buat dalam diari tu.. eonnie cuba jaga seonghwa walaupun eonnie dah terlambat sikit. eonnie akan jaga dia betul betul macam mana eonnie jaga adik eonnie sorang ni. eonnie akan sayang dia sepenuh hati eonnie macam mana eonnie sayangkan seoyeon"

"so yeon jangan marah eonnie ya? yeon boleh panggil eonnie selfish and so on, tapi tolong benarkan eonnie sayangi dia sepanjang hidup eonnie. eonnie tak minta banyak yeon, tu je yang eonnie minta"

"terima kasih, woo seoyeon. terima kasih sebab banyak berkorban untuk eonnie.. eonnie pergi dulu"

-

a month later..

lengan seonghwa yang masih kaku dilap dengan menggunakan kain basah. senyuman kecil terukir di bibir seohee. sudah menjadi kebiasaannya buat macam ni setiap hari memandangkan seonghwa masih tak sedarkan diri.

"hwa, lenguh tau tangan saya tiap tiap hari buat macam ni kat awak. cepatlah bangun, pergi mandi sendiri. ni asyik lap lap je, mesti dah kepam bau awak ni ee ada budak busuk laaa" seohee tergelak kecil. dah macam orang gila kalau orang tengok dari luar, duk tergelak sorang sorang.

tapi hakikatnya, seohee cuba menutup rasa sedihnya. dia mengharapkan yang jenakanya menerima gelak ketawa dari seonghwa, namun seperti sebulan lepas, seonghwa hanya diam.

"hei park seonghwa, awak memang tak rindu eh nak tengok muka saya? dah sebulan tau awak tak tengok muka saya ni. asyik dengar suara je, tu pun belum tentu awak ingat nanti hm. apahal pula saya yang dapat tengok muka awak hari hari ni yang rindukan awak?" wajah seohee yang tadinya terukir senyuman menjadi masam semula. mulut sengaja dimuncungkan muncungkan.

selesai sahaja dia mengelap badan seonghwa, seohee meletakkan kain basah ke dalam bekas semula untuk dibawa ke dalam tandas.

"nanti awak dah sedar tu tolong hargai banyak eh saya ni yang lap badan awak ni. ee budak busuk ni, dah besar besar pun nak orang mandikan jugak" pada mulanya seohee ingin pergi ke tandas untuk cuci semula tuala yang digunakan tadi, tapi niatnya terbatal apabila dia ternampak cecair jernih mengalir dari tubir mata seonghwa.

"orang panggil budak busuk pun menangis ya? ish cengeng ah dia ni" seohee tersenyum, namun senyumannya jelas hilang serinya.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now