nine

1.2K 201 41
                                    

ting tong! ting tong!

"jap la aduuu tak sabar betul" seohee tetap merungut walaupun kakinya laju melangkah mendekati pintu utama. dia lihat ke dalam skrin, serta merta dia dekatkan muka dengan skrin untuk lihat dengan lebih jelas.

jeon heejin buat apa kat depan rumah seonghwa pagi pagi ni?

lah, kalau ya pun nak ada fair tunggu la dia keluar dulu, ini pagi pulak tu.

tapi tapi- apa apapun, siapa yang panggil heejin sebenarnya ni?

"aku yang panggil dia"

pantas seohee berpusing ke belakang. suara garau seonghwa pagi pagi ni eh buatkan seohee menelan liur. terperanjat sis kena sapa pagi pagi dengan suara macam tu yang muncul tiba tiba.

"kau panggil heejin datang sini? buat apa?" seohee berpeluk tubuh sambil menghadap seonghwa. dah lupa agaknya ada tetamu sedang menunggu kat luar tu.

seohee terkedu saat wajah seonghwa betul betul rapat dengannya secara tiba tiba. deruan nafas seonghwa pun masih terasa di telinganya. seohee tak pernah serapat tu dengan seonghwa-

"kalau ya pun bukak pintu dulu" seonghwa buat macam takde apa padahal dia baru je buat dada seohee berdebar dengan tindakannya tadi.

akhirnya, seohee dapat mengaturkan nafasnya selepas seonghwa jauhkan mukanya. rupanya seonghwa kedepankan badan sebab nak tekan skrin untuk buka pintu. tapi lain kali bagitahulah dulu, bolehla dia ke tepi bagi laluan. ini tidak, macam nak terkena serangan jantung dibuatnya!

kalau benci.. kenapa nak kena serangan jantung disebabkan jarak dorang tadi? aih musykil ni musykil.

"you all tahu tak i penat berdiri kat luar tu ish" terdengar bebelan heejin sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. beberapa beg yang nampaknya macam beg shopping diletakkan di atas lantai.

baru lepas shopping ke tu kak? tapi shopping mall mana yang bukak pagi pagi macam ni?

seohee memandang heejin dari atas ke bawah. budak ni, pagi pagi macam ni pun berlawa. tengok seohee, masih dengan baju tidurnya. tapi sejak bila je seohee nak berlawa sangat, pergi masuk office tu pun pakai baju biasa je. yang penting, kemas.

"lah kenapa seohee tak mandi lagi ni?" soal heejin.

apahal pula seohee nak kena mandi awal awal? baru pukul 10.15 pagi. majlis yang seonghwa katakan tu pukul 12 nanti. dia siap bukannya lama pun.

"memang kena mandi awal eh?"

"you tahu tak dah pukul berapa sekarang niii? nanti i nak siapkan you lagi"

bertambah kerutan di dahi seohee. siapkan apa pula? tak fahamla. pandangan tak mengerti diberi kepada seonghwa untuk penjelasan. seohee pasti, mesti ada kena mengena dengan seonghwa.

"oh- aku panggil dia untuk siapkan kau. takkan kau nak pergi majlis tu pakai seluar jeans dengan tshirt kau tu pulak. aku suruhla dia buat apa yang patut kat kau supaya nampakla macam menantu ceo sikit" laju seonghwa melarikan pandangannya.

"ah nanti nantila penjelasan tu. now, you pergi mandi sekarang. nanti dah siap i serbu je masuk bilik you" heejin menolak belakang badan seohee menuju ke tingkat atas. terkial kial seohee nak balas, kuat juga tolakan heejin ni.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now