twenty eight

1.8K 209 114
                                    

terkebil kebil mata seohee memandang siling bilik sebaik sahaja dia sedar. rasa macam ada sesuatu yang aneh. sakit kepalanya diletak ke tepi. bukan ke dia bergaduh dengan seonghwa dan dia keluar tak balik rumah malam tadi?

tapi sekarang ni.. dia kat dalam bilik seonghwa, atas katil seonghwa!

"apa jadi malam tadi eh?"

"takkan aku balik sini sendiri kot. bapak tak malunya" seohee menggeleng kepalanya laju. tak mungkin.. tak mungkin!

"yang penting, aku kena keluar dulu dari bilik ni sebelum seonghwa masuk" bergegas seohee bangun dan mengemaskan sedikit cadar sebelum dia bergerak pergi tanpa memakai selipar. tak sempat sampai pintu lagi, tiba tiba terdengar bunyi pintu bilik air terbuka.

"nak pergi mana tu?"

langkah seohee terus beku. perlahan lahan dia pusing ke belakang. rupanya pada waktu ini sudah tentulah amat mengerikan. serabai pun serabai lah.

kenapa aku tak dengar bunyi air langsung pun tadi? sejak bila pula dia kat dalam bilik air?

seonghwa sekadar memerhatikan isterinya sambil mengelap rambutnya yang basah. reaksi seohee betul betul nampak macam pesalah yang ditangkap sewaktu melakukan kesalahan.

"saya tanya, awak nak pergi mana terjengket jengket keluar?"

dahi seohee makin berkerut. macam mana seonghwa boleh cakap baik baik dengan dia sedangkan mereka bergaduh teruk semalam?

"awak demam ke? sakit kepala? sampai tak boleh jawab soalan saya dah ni" seonghwa menghampiri seohee untuk menyentuh dahi seohee namun cepat cepat seohee menahan dengan tangannya diangkatkan.

"ada apa apa jadi ke malam tadi?"

"jadi apa? jadi yang tu tu ke?" seonghwa tersengih.

ah yang faham tu fahamlah.

"bu- bukan yang tu"

"habistu? yang macam mana?"

"macam mana saya boleh balik sini?"

"saya la dukung awak balik. dahla tengah malam macam tu susah nak cari teksi. awak pula boleh tertidur masa saya tengah bercakap dengan awak. tak pasal pasal saya ingat awak pengsan"

"saya tertidur?!" seohee menunjuk ke arah dirinya sendiri dengan rasa tak percaya.

seonghwa sekadar mengangguk polos.

"nasib baik ringan"

"damn— apahal aku tak ingat semua ni?" pada mulanya seohee dah pegang tombol pintu untuk keluar. tak mampu nak berhadapan dengan seonghwa. satu, sebab rasa malunya. dua, sebab seonghwa nampak hot dengan rambut basah tu.

seonghwa menarik tangan seohee sehingga badan seohee berpaling dan mukanya betul betul tinggal seinci dari muka seonghwa. terbelalak matanya melihat jarak mereka.

"pergi mandi. saya tunggu kat bawah" sempat lagi seonghwa menghadiahkan kucupan pada dahi seohee sebelum dia yang membuka pintu dan keluar. seohee ditinggalkan dalam keadaan terkejut nak mati la kiranya.

"gila—" tangan diletakkan pada dadanya yang berdebar debar.

"jantung aku berdegup kencang sebab dia. sebab seonghwa"

-

seohee bangkit dari meja makan apabila telefonnya yang diletakkan di atas laci berdekatan tangga berdering. panggilan video daripada yoojung. aik, pepelik jela dia tu nak video call bagai. tapi seohee angkat juga, takut takut kalau ada kecemasan.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now