five

1.2K 176 17
                                    

debuk!

seohee mengaduh kesakitan. dia menyentuh bahagian kepalanya. sakit! bayangkan dia baru je ditolak dengan pintu kaca.

"oh god! i'm sorry! you okey?" suara gadis yang lembut menyapa pendengarannya.

perempuan ni memang tak nampak ke aku tengah sakit sekarang ni?

ingin sahaja seohee menyumpah seranah perempuan di hadapannya. dia mengangkat wajah memandang wanita yang menolaknya dengan pintu tadi. buta ke tak nampak ada orang lalu depan tu?

"i serius minta maaf, i tak perasan you lalu— oh wait! kenapa i macam pernah nampak you eh?" heejin meneliti wajah seohee yang memandangnya tajam.

seohee mengamati wajah heejin lama sebelum terlintas kejadian di pejabat seonghwa tempoh hari. gadis yang baru keluar dari pejabat seonghwa lepas bergaduh dengannya. tunang seonghwa.

"aha! you yang nak jumpa seonghwa tu kan?"

"aku terima maaf kau tadi" kata seohee ingin mengubah topik sambil bangun dari duduknya. dia mengebas punggungnya. baru seohee ingin beredar, heejin menariknya semula.

"hei i tengah bercakap dengan you tau"

"bukan hal kau kalau aku nak jumpa seonghwa pun"

"i kenala tahu, i kan tunang dia. eh lupa, i dah jadi bekas tunang dia. you jumpa dia sebab nak mengorat dia ke apa?"

seohee mengeluh perlahan. dia cuma nak pulang ke rumah, nak berehat. tapi bala apa yang datang entah ni. perempuan ni kalau sibuk hal dia sendiri je tak boleh ke?

"kalau you still jumpa dia untuk try dia, i bagi amaran awal awal la eh. please la i tak minta banyak, cuma tolong jangan kacau bakal suami orang. seonghwa tu dah nak jadi suami orang dah tak lama lagi. i bet dia tak bagitahu you lagi, kan?"

seohee terasa nak ketawa. apa yang perempuan ni merepek? dia nak try seonghwa? mati hidup semula pun tak hingin dia nak buat macam tu.

"dah habis cakap? aku nak balik" seohee menyentap lengannya dari tangan heejin.

"hei i bagi you amaran ni. nanti jangan nak meroyan pula kalau isteri dia datang serang you"

"jangan risau, aku takkan kena serang dengan isteri dia tu. just boleh tak jangan jaga tepi kain orang? please mind your own business, miss" katanya sebelum meneruskan langkah ke rumahnya.

terkulat kulat heejin ditinggalkan keseorangan. belakang badan seohee dipandang pelik.

"dia langsung tak takut aku bagi dia amaran? what's wrong with this girl?"

-

tok tok!

seohee memandang ke arah pintu besar yang diketuk dari luar. tak lama kemudian, terjegul wajah pembantu seonghwa, iaitu yeosang di muka pintu. seohee menghela nafas lega, nasib baik bukan si seonghwa yang sejuk beku tu.

yeosang memandang kiri dan kanan, apabila sudah dipastikan yang jurumekap seohee sudah beredar, dia mendekati seohee.

"kenapa kau datang sini?" seohee mengerling wajah yeosang sebelum melihat pantulan dirinya pada cermin besar di hadapannya. dirinya yang sudah lengkap berpakaian pengantin dan wajahnya yang sudah berubah apabila dikenakan mekap dipandang.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now