fifteen

1.3K 185 92
                                    

seonghwa memerhatikan seohee yang gayanya seperti mahu keluar. daripada fokus tengok tv, terus dia bangun.

"nak pergi mana?" soalnya. seohee berhenti melangkah dan memandangnya kosong.

"beli barang dapur. dah habis"

"naik apa?"

"teksi"

"eh wait wait! tunggu 5 minit!" pantas seonghwa bangun selepas mematikan tv dan berlari naik ke atas.

"apa kebenda dia ni?" soal seohee pelik dengan dahinya yang berkerut tetapi dia tetap menunggu. kotkot seonghwa ada nak suruh belikan apa apa ke.

tak sampai pun 5 minit selepas itu, seonghwa yang sudah siap sedia untuk keluar turun dan menghadap seohee dengan senyuman nipis.

"jom" ajak seonghwa.

"huh?" seohee memandang seonghwa dari atas ke bawah. jangan kata dia ni buat tabiat sudahla. tetiba aje jom.

"tadi kata nak beli barang dapur. jomlah"

"tapi aku boleh naik teksi—"

"benda kita boleh pergi sama sama, buat apa naik teksi? kan dah membazir tu. kau ni tak sayang duit eh?" seonghwa menundukkan badan seraya mendekatkan wajahnya dengan seohee. terbeliak mata seohee apabila seonghwa berbuat demikian.

"sa- sayang..."

"hah apa?" riak seonghwa jelas menunjukkan yang dia agak terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut seohee. bukan setakat seonghwa je, malah seohee berlipat kali ganda terkejutnya!

bukan dia nak panggil seonghwa sayang, tapi dia nak kata dia sayang duit!

"huh?" seohee sendiri terkedu dengan tindakannya tadi.

"k- kau- panggil aku sayang" tergamam seonghwa. dia menutup mulutnya dengan tangan.

"eh? bila masa?!" akhirnya seohee sudah dapat mengawal dirinya semula, lantas dia menjeling seonghwa geram.

"tadi"

"bu- bukanlah!"

"kau jangan tipu aku lah! tak baik tau bagi harapan palsu"

seohee mengusutkan rambutnya. masalahnya memang bukan niat dia macam tu pun daripada awal! dah tadi seonghwa sendiri yang tanya dia tak sayang duit ke, dia jawablah sayang! astagaaa seonghwa ni fikir pelik pelik pula.

"ee serabutlah dengan kau ni! suka hati kau lah nak fikir macam mana!" lekas seohee menuju keluar dengan beberapa hentakan kecil.

seonghwa tergelak kecil. sengaja mahu mengusik seohee. habis merah padam muka seohee tadi.

"e apa panggil orang sayang ni eish" seonghwa ketawa lagi sebelum mengikut langkah seohee. takut seohee kat luar tu tunggu lama sangat, kang silap silap dia pergi naik teksi pula. dah tak dapat nak berdua duaan.

-

woo seohee

aku mengerling seonghwa yang sedang menolak troli dalam diam. sesekali terdengar seonghwa batuk. bukan baru mula harini, tapi sejak beberapa hari lepas lagi. sebelum sebelum ni takdelah kerap sangat, tapi makin lama makin teruk pula.

kalau orang tak tahu apa yang terjadi sebenarnya antara aku dan seonghwa, mungkin nampaklah aku dengan seonghwa ni macam tipikal suami isteri yang pergi beli barang rumah sama sama. suami tolak troli, isteri ambik barang. tapi hakikatnya, no.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now