twenty four

1.3K 171 85
                                    

katil seonghwa didekati bersama senyuman lebar. sungguh, tiada perkataan yang mampu diluahkan untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. dapat melihat seonghwa bergerak seperti biasa dan bukannya terbaring kaku di atas katil betul betul merupakan perubahan yang besar!

"seohee, sini la" panggil seonghwa seraya menepuk ruang yang kosong di katilnya. lalu langkah seohee diatur ke arah seonghwa dan dia meletakkan punggung di situ.

"awak—" seohee berhenti bercakap.

"eh janggal pula guna saya awak bila awak dah sedar ni" dia ketawa kecil. seonghwa memuncungkan bibirnya.

"tapi kalau guna sayang tak awkward kan? ehehehe" eh menyempat pula si seonghwa ni.

"awak.. dengarkan apa yang saya bebelkan selama awak tak sedarkan diri?"

seonghwa mengangguk yakin. di bibirnya terukir senyuman sinis seraya mengangkat sebelah keningnya ke arah seohee.

"kenapa?"

"takdelah.. kita tanya je kan. saya taknaklah ulang banyak banyak kali" cover malu pula si seohee ni. pandai pula nak malu malu, kalau tidak.. huh!

"saya ni nak je balas masa awak kata macam macam tau. saya nak pegang tangan awak, nak peluk cium awak. rindu. rindu sangat" seonghwa menarik tangan seohee lalu digenggamnya erat.

"saya sepuluh kali ganda rindukan awak, hwa"

tiba tiba sahaja pintu wad terbuka dari luar tanpa salam mahupun signal membuatkan seohee hampir terjatuh dari katil. laju dia menarik tangannya dari pegangan seonghwa dan berdiri di sisi katil seperti tiada apa yang jadi. kedua dua mereka berikan pandangan ke arah pintu, melihat siapa yang mengganggu saat saat romantik mereka.

nampak je puan park aka mak mertua 'kesayangan' dia tu masuk, terus dia memandang tempat lain seraya keluhan kecil terlepas dari mulutnya. nanti ada la tu benda tak kena tu.

"anak omma dah bangun! omma ingat omma bermimpi tadi masa ada orang inform kat omma yang hwa dah sedar" terus puan park meluru ke arah seonghwa yang sedang elok duduk. namun seonghwa seperti tiada perasaan teruja langsung untuk berjumpa dengan ibunya selepas lama tidak bersua muka. pelukan ibunya juga tidak dibalas.

"seonghwa ada sakit kat mana mana tak?" soalnya prihatin selepas memeluk anak tunggalnya itu. sempat puan park menolak seohee supaya ke tepi lalu dia duduk di tempat seohee tadi.

seohee berkali kali cuba menyabarkan hatinya. tak mahulah buat hal pula kat sini, pada waktu yang menggembirakan ini di depan seonghwa.

"hwa, saya keluar kejap"

malas mahu menghadap ibu mertuanya itu, dia mahu memberikan ruang kepada dua beranak itu. dia dah nampak dah muka seonghwa tak bagi dia pergi, tapi sengaja seohee buat buat tak faham. sempat lagi dia balas dengan muka 'eh mak awak layanlah sendiri'.

isteri tak guna betul hagajagsjaha.

ah lepas dia dah keluar nanti, mesti puan park tu mengutuk dia berdas das kat depan muka seonghwa. tapi peduli apa!

tutup sahaja pintu wad, dia hampir terlanggar seorang lelaki tetapi dia sempat mengelak ke tepi. wajah lelaki itu dipandang.

"eh seohee?"

"sunbae?"

ah apa pula ni.

-

"sunbae buat apa kat sini?" soal seohee sebelum wajah lelaki kacak di hadapannya dipandang.

"habistu awak buat apa kat sini?"

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now