twenty six

1.2K 168 94
                                    

"bak sini remote tu" pinta seonghwa. tangannya sahaja dihulurkan walaupun matanya langsung tidak menoleh memandang si isteri di sebelah dengan jarak 1 meter.

lambat lambat, seohee hulurkan juga remote dengan matanya yang tak dialihkan dari wajah seonghwa. sempat dia berdecit, lama juga marah seonghwa ni. malas nak bising bising, seohee bangkit dari duduknya dengan diam lalu dia melangkah ke laci berdekatan pintu. laci dibuka lantas sesuatu diambil di dalamnya.

"saya pinjam kereta awak dah alang alang awak pun tak boleh drive dah kan. saya tak minta kebenaran awak, saya cuma nak bagitahu awak yang saya nak keluar" beritahu seohee sambil menunjukkan kunci kereta seonghwa. tanpa menunggu balasan daripada seonghwa, dia terus menyarungkan kasutnya dan keluar.

seonghwa yang tadinya berniat taknak melayan seohee terus terkedu. tak menyangka yang tindakannya itu mampu membuatkan seohee keluar tanpa meminta kebenarannya seperti tu. sudahla keluar tak menunggu respon seonghwa.

"tch keluar nak jumpa jantan jantan tu la tu" lagi sekali, akhirnya tanggapan buruk juga yang melekat dalam kepala seonghwa.

weh, ni kalau seohee dengar ni, memang berlaku perang dunia ketiga la.

-

"tolong hias cantik cantik sikit eh. eh tak tak, cantik cantik banyak tau. saya nak suprisekan suami saya ni" sempat seohee tersengih sumbing kepada gadis di hadapannya. gadis itu menganggukkan kepalanya bersama senyuman kecil sebelum memulakan kerjanya.

seohee mengambil kesempatan untuk melihat barangan di dalam kedai itu. tengah khusyuk dia membelek barangan, tiba tiba telefon di dalam beg tangannya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. segera dia mengambil telefon dan melihat nama pemanggil sebelum mengangkat panggilan.

seonghwa cayunk💞
accept/decline

lambat lambat seohee mengangkat panggilan seonghwa. sengaja dia buat macam tu. biar seonghwa tu panas sikit.

"hm nak apa?" usai dia menekan ikon hijau, telefon diletakkan rapat ke telinga.

"pergi mana sampai tak reti nak balik?"

seohee mengerling jam di pergelangan tangannya. dahinya turut berkerut. rasanya dia baru keluar 2 jam lepas dan waktu pun tak malam lagi tapi seonghwa dah marah?

"saya dah kata tadikan yang saya keluar bukannya nak minta kebenaran awak, jadi saya rasa awak tak perlu nak tanya saya soalan bila saya nak balik"

"yang awak pinjam tu kereta saya! awak sedar tak?"

"yang awak nak marah saya pinjam kereta awak ni kenapa pula? awak dah boleh drive ke sampai tak bagi saya nak pinjam kejap? kalau saya naik teksi awak juga yang tak bagi, takkan saya nak call yeosang pula suruh jemput saya?"

"apa masalah awak ni hah?"

"patutnya saya yang tanya awak apa masalah awak nak kena soal saya macam macam. sebelum ni saya keluar rumah awak takdelah nak tanya macam macam. saya ni dah malas nak balas balik apa yang awak cakap. jangan risau, kereta awak tu elok je lagi. tak lama lagi saya balikla dengan kereta kesayangan awak tu"

tut!

terus seohee meletakkan panggilan. dia yang kononnya nak buat seonghwa panas tapi dia pula yang panas lebih. kenapa seonghwa jadi macam tu pula?

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now