ten

1.2K 183 39
                                    

keluar sahaja seohee dari tandas, dia terkejut apabila melihat seonghwa sedang bersandar pada dinding di tepi pintu masuk tandas wanita.

"kau buat apa kat sini? gila ke apa tunggu depan pintu?"

"tunggu kau la. lama sangat" seonghwa menarik tangan seohee lalu digenggamnya perlahan.

"ish apa kau ni!" seohee mahu menarik semula tangannya, namun seonghwa menjegilkan matanya. tiba tiba je seonghwa ni nak buat skinship bagai dah pekena?

"biarlah macam ni, biar orang orang tua tu tahu ingat yang kau isteri aku. memang aku tak suka kau, tapi aku tak suka orang sentuh hak aku. faham?"

"tch- lepas kau gunakan aku, kau nak cakap pasal hak pulak?"

"gunakan apa kau ni?" hampir bersambung kening seonghwa. tak faham dengan sikap seohee yang tiba tiba ni.

"kau kahwin sebab nak mewarisi harta je kan? kau takut harta pergi kat abang tiri kau"

ya, nampak macam seonghwa anak tunggal. memang dia anak tunggal, tapi dia ada abang tiri. siapa sangka.. seonghwa sebenarnya anak luar nikah hasil daripada ibunya dan encik park. tak lama selepas itu, isteri pertama encik park meninggal dunia lalu encik park mengahwini ibu seonghwa.

"kau jangan nak menuduh eh, seohee" seonghwa melepaskan tangan seohee. geram pula dengan dia ni.

"salah ke apa aku cakap? benda betul kan. sebab tu kau tak kisah kahwin dengan aku! lepas kau dapat apa yang kau nak, kau nak ceraikan aku kan?"

perkataan cerai membuatkan dada seohee sakit. dia tak sukakan seonghwa pun! kenapa nak kena takut...?

"for your information woo seohee, kau yang gunakan aku sebab nak lunaskan hutang kau. jangan lupa yang kau sendiri volunteer untuk jadi girlfriend aku, kan?" seonghwa tersenyum sinis.

ya, memang seohee tak lupa pun tentang perkara tu. dia yang gatal nak mulakan, kononnya jadi fake girlfriend seonghwa je pun. punyalah berani, last last jadi bini juga.

"doesn't mean kau patut ambik kesempatan macam tu"

"yela aku ambik kesempatan kan" sengaja seonghwa menyindir. malas nak bergaduh dengan seohee di tempat terbuka macam ni pun ada juga. dorang dua ni kalau bergaduh dah tak peduli kat mana pun. asal boleh gaduh tu gaduh jela.

"macam mana la lintah darat macam kau ni jadi pengarah? ew"

"jangan lupa aku sambung belajar dulu. lagipun aku dah malasla nak sambung jadi lintah darat tu. buat habis duit je"

seohee mencebik. dah tahu sambung belajar dulu tu yang jadi lintah darat kenapa? tak pasal pasal menyusahkan hidup orang lain ugh.

"apa apapun aku cakap, tak payah nak tunjuk baik sangat depan orang tua sekalian tu. dorang jauh lagi miang dari yang kau sangka. tu dia baru sentuh tangan kau tadi, dah kalau kau tinggal sorang sorang, mahunya sentuh tempat lain pulak"

mata dikecilkan memandang seonghwa.

"kau jeles eh?"

"eh mana ada!" kalut seonghwa menidakkan sangkaan seohee tadi.

"aku ni walaupun bekas lintah darat tapi jiwa ni nak melindungi wanita tau"

aish ada ada jela seonghwa ni.

"kau pandang aku sebagai perempuan..." tiba tiba sahaja ayat tu terlepas dari bibir seohee.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now