eighteen

1.2K 164 68
                                    

"bos sakit"

terngiang ngiang kata kata yeosang sewaktu terserempak dengannya tadi di kafe. entah buat apa yeosang kat sana, dia malas nak ambil tahu. terlalu banyak lagi perkara yang ingin difikirkan.

"aku sorang jeke yang tak tahu pasal tu?" sedikit kecewa rasanya apabila hal sebesar itu pun seonghwa boleh sorokkan dari pengetahuannya walhal sering kali seonghwa mengingatkannya tentang status suami yang dipegang seonghwa sejak beberapa bulan mereka mendirikan rumah tangga.

bayangkan, heejin yang kononnya bukan sesiapa tu pun tahu lebih pasal seonghwa. heejin tahu kat mana seonghwa berada sekarang selepas dihalau dan bagaimana keadaannya sedangkan dia langsung tak tahu. habistu dia yang 'isteri' ni tahu apa je?

lamunan seohee mati sebaik sahaja figura puan park mula memunculkan diri. dia menegakkan tubuhnya dan menayangkan muka serius. setelah perancangan haritu tak menjadi disebabkan seonghwa, akhirnya harini mereka bertemu semula.

"so how are you?" sengaja puan park berbasa basi sebelum dia meneruskan niat asalnya.

"dah terang terangan saya nampak sihat kat sini, tak perlu tanya" sinis seohee membalasnya.

"masih sihat lepas dah hancurkan hubungan i dengan seonghwa? you memang suka ya porak perandakan hubungan anak beranak? mentang mentanglah you dah takde parents"

sakit hati seohee, dia hanya mampu pendam kerana segala galanya akan dia balas semula dengan memutuskan hubungan puan park dan anak kesayangannya. selama ni, puan park sanggup buat yang terbaik untuk seonghwa. tapi tengok, seonghwa sendiri yang memutuskan hubungannya dengan ibu kandungnya sendiri.

"anak omma pun bakal takde parents juga. i mean.. well, tengok jela sekarang ni dah jadi apa kan? jangan pandang saya sebelah mata, puan park"

puan park menggenggam penumbuknya kuat. sakit hati dengan sikap menjawab seohee. memang tak guna menantu yang tak mengaku menantu dia tu!

"berapa you nak? i will give it. anything, and after that you kena pergi dari hidup kami. jangan kacau keluarga i dan seonghwa"

seohee tersenyum namun nampak menyeramkan.

"saya taknak apa apa. saya cuma nak tengok hubungan omma dengan seonghwa jadi macam hubungan saya dan adik saya"

"you gila!"

"up to you nak panggil saya apa pun sebab ya, saya jadi macam ni sebab seonghwa. remember" kemudian seohee bangun dari duduknya dan berpaling. namun beberapa langkah selepas itu, dia berhenti apabila puan park mengatakan sesuatu.

"tolong.. tolong lepaskan seonghwa dengan cara yang baik. he doesn't deserve this. i merayu.. tolonglah. i taknak tengok dia sakit lagi. i diamkan diri sebab seonghwa, tapi i minta kalini je. dia bukan tempat yang sepatutnya untuk you balas dendam" ingin sahaja puan park memberitahu seohee bahawa seonghwa sanggup berkahwin dengannya walaupun sedar yang seohee pasti akan membalas dendam. namun dia menahankan niatnya itu.

kata kata heejin terngiang ngiang semula di telinganya selepas mendengar kata kata yang amat susah untuk didengari keluar dari mulut puan park.

semua orang kata jangan balas dendam kat seonghwa.. kenapa? kenapa takde sorang pun yang faham perasaan dia yang sebenarnya?

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now