twenty seven

1.3K 200 78
                                    

kota seoul masih sibuk walaupun jam sudah mencecah ke jam 12 malam. kelihatan ramai anak muda yang masih bebas berkeliaran tanpa kebimbangan. sekurang kurangnya mereka tak perlu fikir tentang perasaan suami yang ditinggalkan di rumah.

seohee yang terasa mabuk sedikit ketawa kecil. terasa kelakar apabila memikirkan yang dia menghabiskan masa mudanya untuk bekerja dan sekarang dia perlu melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun dia masih muda.

"saya rindukan awak yang dulu, hwa. maafkan saya buat awak jadi macam ni"

"saya tak patut keluar rumah melulu macam ni tanpa izin awak"

"tapi saya tak tahan awak tuduh saya macam macam. macam ni ke rasanya bila saya tak habis habis tuduh awak yang bunuh seoyeon?"

apakan daya, dia sudah terlambat. dia tahu dia terlalu ikutkan emosi semasa meninggalkan rumah tadi. niatnya untuk memujuk seonghwa, tapi lain pula jadinya. makin keruh hubungan mereka.

"kalau aku kaya sebelum kahwin dulu, mesti aku tengah having fun macam dorang"

"tapi takpelah, aku ada seonghwa. kan?" seohee tersedu. dia tak larat untuk menangis kerana dia sudah berjanji untuk tak menangis lagi. lagipun asal dapat masalah je, dia nak kena menangis. dia sudah lali dengan semuanya.

"malam ni, saya tidur luar ya hwa? tadi awak marah saya kan?" seohee bangun lalu dia berjalan dalam keadaannya yang separa sedar itu ke rumah lamanya. rumah yang terlalu banyak menyimpan kenangannya di situ.

"maafkan saya, park seonghwa"

-

"mana pulak ni aku letak benda alah tu halahh" seonghwa menggaru keningnya yang tidak gatal sambil matanya melilau mencari barang kepunyaannya.

"entah entah kat kereta aku letak pastu tak ingat ish. tak pun seohee tu terbawak masuk dalam kereta" tak habis habis lagi dia nak salahkan seohee yang tak tahu salahnya tu.

lantas seonghwa mengambil kunci keretanya dengan harapan untuk menjumpai barang yang dari tadi dicari. kunci dibuka dan pintu kereta hadapan dibuka terlebih dahulu. tak jumpa juga, dia buka pintu belakang pula. dah semua tempat sampai bawah kerusi pun dia cari takde juga, seonghwa dah menggaru kepalanya.

"kat but la kot"

akhirnya seonghwa melangkah keluar dan but kereta pula dibuka. tangannya terus kaku sebaik sahaja matanya tertancap pada belon belon yang berterbangan keluar dari but kereta.

"jadah apa pula aku letak belon dalam ni?" terkebil kebil mata seonghwa cuba mengingati kelakuannya sebelum ini. tapi dia dah lama tak guna kereta. maksudnya ni memang kerja seohee!

"adu buat sepah la perempuan ni—" kata katanya terhenti apabila dia terbaca ayat park seonghwa pada satu kertas dan dibawahnya ada satu kotak.

seonghwa rasa ragu ragu nak ambik. tapi tangannya tetap juga mengambil kotak daripada but kereta. lantas penutup dibuka dan diletakkan ke tepi.

di dalam kotak, terdapat gambar mereka berdua bersama semasa mereka melawati taman tema sebelum insiden seonghwa koma. itulah kali terakhir mereka spend time bersama sebelum seonghwa tak menyedarkan diri buat masa yang agak lama.

seonghwa mengambil pula segulung tali leher yang diikat bersama reben sebelum kertas yang terselit di situ diambil dan dibaca.

seonghwa sayang,

saya minta maaf buat awak marah tak tentu pasal. saya tahu memang saya gali kubur sendiri sebab cari pasal dan biadab dengan awak padahal saya dah janji nak jaga awak elok elok.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now