fourteen

1.2K 188 41
                                    

serba salah seohee memandang seonghwa yang hanya fokus pada pemanduannya daripada tadi. lain macam bila seonghwa diamkan diri macam ni. dia marah ke?

"hwa—"

"—kenapa diam?"

"kau tak suka aku bersuara pun kan?" balas seonghwa dingin.

tolonglah pulangkan seonghwa dia yang suka cari gaduh tuuuu. terasa nak menangis seohee bila jadi macam ni.

eh bodoh apanya nak kena menangis sebab seonghwa layan aku macam ni? eii gila.

walaupun sudah menidakkan, tetap juga seohee rasa macam tu. dia menggigit bibir bawahnya.

"kau marahkan aku?"

"kalau aku marah pun kau tak kisah pun kan? jadi takde sebab untuk aku rasa macam tu" balas seonghwa yang masih juga tak memandangnya.

"pasal tadi tu— kau tak maksudkannya kan?"

"nope, aku memang maksudkannya" akhirnya seonghwa menoleh memandang seohee dengan pandangan redupnya.

laju seohee melarikan pandangannya ke luar tingkap. terasa berbunga perasaannya tatkala itu. tapi dalam masa yang sama, terasa perjalanan ke kafe pada masa tu terlalu lama. tak pernah rasa lama macam tu.

sampai sahaja di hadapan kafe, cepat cepat seohee keluar daripada kereta tanpa berkata apa apa. seonghwa yang memerhatikan tingkahnya dari dalam kereta ketawa kecil.

comel.

kabut juga rupanya seohee ni bila kena macam tu.

-

seohee mengerling jam tangannya. dia bersandar pada kerusinya sebelum bingkas bangun. ada barang yang perlu dicari di rumah lamanya. nak jual rumah tu, masih sayang. di situ tempat dia membesar, lagipun masa depannya tak dapat diramal. kotkot kena halau dari rumah seonghwa tu nanti, ada jugalah tempat dia nak berteduh.

seohee mencapai beg tangannya. sengaja dia keluar awal sebab dia tahu seonghwa akan menunggunya pada waktu yang tepat di hadapan kafe. kalau boleh, seohee taknak balik dengan seonghwa tu. sudahlah memang sebelum daripada seonghwa confess tu pun keadaan tak berapa nak baik, inikan pula keadaan selepas seonghwa confess. memang taklah nak berdua duaan!

"eh? puan nak pergi mana laju laju?" tegur yoojung apabila melihat seohee tergesa gesa keluar.

"aaa saya nak pergi keluar kejap. nanti kalau seonghwa datang, dia tanya saya mana awak cakap je saya dah balik eh? saya pergi dululah. urgent! okey bye!"

yoojung yang sedang mengelap meja tersengih. comel aje bos barunya tu. walaupun selalu je dingin, tapi tak boleh nak dinafikan yang dia seorang yang comel. ee patutlah bos suka!

-

"macam mana kau boleh masuk dalam kotak ni? aih" seohee menggeleng kecil sambil tangannya mengusap novel yang sudah lama dicarinya. tuptup dia termasukkan dalam kotak barang barang seoyeon rupanya. patutlah cari kat semua tempat takde.

lantas matanya tertancap pada satu buku tebal yang terletak elok di dalam kotak tersebut. yang pastinya, tu bukan buku dia. mungkin buku seoyeon.

"kalau aku baca pun tak salahkan? seoyeon dah takde pun" seohee menoleh kiri kanan, walhal memang takde siapa pun dalam rumah tu selain dia. perlahan lahan dia mengambil buku yang lebih kurang seperti diari milik seoyeon dari dalam kotak lalu membukanya. sebenarnya dia nak baca sebab berkemungkinan seoyeon ada tulis tentang kenangan mereka dahulu. mungkin dapat mengubat sedikit rasa rindunya.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now