six

1.3K 186 29
                                    

sepanjang majlis berlangsung tadi, seohee terpaksa berpura pura gembira walhal dia kalau boleh nak lari. seonghwa pun ikut je pura pura. dah boleh dapat award dah dorang dua ni, pandai sangat berlakon.

selesai sahaja majlis, seohee memandang seonghwa dengan pandangan mautnya. geram dengan sikap seonghwa tadi. kalau ya pun nak pura pura yang dorang tu happy couple pun tak perlula kiss walaupun kat pipi! dahla seonghwa sentuh seohee sikit pun dia lap balik dah macam jijik sangat, inikan pula seonghwa kiss. alahaiiii mahu disamaknya balik tu.

"kau kenapa duk tenung aku macam tu? tak puas hati lagi?"

"ya memang aku tak puas hati pun!"

"kau faham tak yang sekarang ni kita tengah pura pura je depan orang?"

"and now orang takde depan kita pun kan? suka hati aku lah nak buat perangai macam mana pun"

"dan ya, kalau ya pun aku rasa tak payahla sampai nak kena cium pipi aku! aku tak bagi kau kebenaran pun untuk buat macam tu" sambung seohee.

"habistu kau nak suruh aku buat bodoh je dengan suara orang ramai tu? kau tak fikir ke yang dorang akan syak benda bukan bukan nanti?"

"tapi—" kata kata seohee dipotong.

"kau ingat aku hamak sangat ke nak buat macam tu? huh dasar perempuan perasan" seonghwa tersengih sinis sambil menjeling seohee. tangannya ralit membuka tie.

genggaman tangan seohee sudah sampai ke kemuncaknya. geramnya tak terkata. kesalahan tu pada seonghwa, tapi diletaknya pula pada dia.

"aku nak pergi jumpa seoyeon" kata seohee sebelum pergi tanpa menunggu balasan seonghwa. dia hanya memberitahu, bukan meminta izin. siapa seonghwa untuk diminta izin nak berjumpa dengan adik sendiri?

belakang tubuh seohee yang masih berpakaian pengantin dipandang sehingga bayangan seohee hilang di sebalik dinding.

"dasar degil"

-

seohee menapak perlahan ke rak yang menempatkan bekas abu milik seoyeon. sempat dia singgah di rumah tadi untuk menukar bajunya. rimas pun ada juga.

"seoyeon-ah.."

"eonnie minta maaf sebab terpaksa kahwin dengan dia"

"tapi eonnie dah jadi isteri dia— baru je tadi"

"seoyeon tahu.. eonnie selalu berangan nanti eonnie kahwin seoyeon kena ada untuk tengok eonnie dan jadi wakil keluarga kita. eonnie dah takde orang lain dah dalam dunia ni. eonnie nak cari suami yang baik, kerja elok, takde rupa pun eonnie tak kisah. janji dia layan kita berdua elok" senyuman tawar terbentuk di bibir seohee.

namun tak lama kemudian senyumannya mati.

"tapi tengok apa yang dah jadi? sudahla seoyeon takde, suami pun baiknya jauh sekali. kerja pula entah macam mana tah tu. layanan dia? dia layan kita berdua teruk. seoyeon pergi pun sebab dia"

"eonnie jahatkan sebab pilih dia?"

"tapi eonnie takde pilihan lain"

"eonnie terpaksa kahwin dengan lelaki yang seoyeon sayang.. walaupun dia tu jahat. tapi eonnie jauh lagi jahat. eonnie kahwin dengan crush adik sendiri, sekaligus penyebab adik eonnie pergi"

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now