twenty three

1.3K 194 140
                                    

"heejin" panggil seohee dengan keadaan yang tercungap cungap selepas puas dia berlari ke situ semula. sudahla tadi lif penuh, nak tunggu lagi satu tu lambat pula. jadinya dia gunakan tangga kecemasan.

"seohee— doktor tengah cuba selamatkan seonghwa sekarang"

"macam mana boleh jadi macam ni? padahal aku baru je pergi kejap"

"i tak tahu, seohee. ya, i mengaku tadi i ada masuk tengok dia kejap. tapi tak lama lepastu tiba tiba mesin jantung tu berbunyi yang macam dalam drama kalau orang nak mati tu. i tak buat apa apa pun" nada heejin nampaknya betul betul cemas. mungkin dia serba salah sebab suruh seohee pulang tadi. kalaulah dia tak beri arahan macam tu..

seohee memandang cermin wad seonghwa yang sipi sipi sahaja boleh lihat keadaan di dalamnya setelah semua langsir ditutup rapat.

seonghwa.. tolong selamat. saya tunggu awak ni.

ingin sahaja dia menangis teresak esak di situ, namun tiada apa yang akan berubah. dia kuatkan dirinya untuk seonghwa yang sedang bergelut di dalam. dapat dilihat doktor dan jururawat sedang berhempas pulas untuk selamatkan seonghwa.

kalau betul ni takdir kita, saya terima wak. tapi jangan tinggalkan saya macam ni.

"i'm sorry, seohee"

seohee tidak membalas kata kata maaf daripada heejin malah dia terus pergi ke kerusi berhampiran lalu belakang tubuhnya disandarkan. tak henti henti dia berdoa untuk keselamatan seonghwa. tak dapat dibayangkan keadaannya sekiranya nyawa seonghwa betul betul ditarik pada masa itu.

kehidupannya takkan lengkap tanpa seonghwa.

jiwanya akan berasa kosong.

"seohee, i betul betul minta maaf—"

"senyap heejin sebelum aku halau kau dari sini"

terus heejin menikus selepas diberi amaran oleh seohee. ya, dia tak patut menambahkan tekanan yang dialami seohee. dia tahu seohee marah kat dia cumanya seohee tak tunjukkan sekarang. mungkin rasa risau melebihi segalanya sekarang.

pintu wad yang menempatkan seonghwa terbuka dari dalam dan seorang doktor keluar dengan rupanya yang agak serius. pantas seohee berdiri menghadapnya. telinganya sudah bersedia untuk mendengar berita yang bakal menggegarkan dunianya.

dunia yang bakal dia hadapi tanpa seonghwa di sisi. jika itu yang sudah tertulis untuknya, seohee terima semua seadanya.

"syukur, nyawa encik park berjaya diselamatkan. dia berjaya survive daripada krisis hidupnya sebentar tadi. saya rasa dia kuat sebab fikirkan puan yang tak henti henti menunggunya sedar walaupun peluang tu sangat tipis"

tubuh seohee hampir rebah ke lantai namun sempat dipegang oleh heejin. hatinya tak henti henti memanjatkan syukur kepada tuhan kerana memakbulkan doanya.

"mungkin encik park mengalami sedikit kejutan sebentar tadi, jadi saya harap puan dapat berikan dia sedikit peluang untuk bersendirian sekejap. lepasni baru puan boleh melawat dia"

seohee mengangguk laju. biarlah dia tak dapat tengok muka seonghwa sekejap, asalkan nyawa seonghwa betul betul dah selamat.

"kalau takde apa apa, saya pergi dulu" doktor yang bertugas menundukkan sedikit kepalanya, begitu juga dengan seohee dan heejin.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now