eight

1.2K 243 64
                                    

"kau pergi mana tadi keluar office awal tapi tak balik rumah pun?"

seohee yang sedang mengemas barang tersentak, terkejut dengan sapaan seonghwa yang tiba tiba. seohee menoleh kejap, terlihat seonghwa sedang menuju ke arahnya.

"pergi beli barang jap" seohee meneruskan semula kerjanya tadi, menyusun barang barang yang dibelinya tadi ke dalam peti sejuk dan kabinet.

seonghwa memerhatikan seohee yang bergerak ke kiri dan ke kanan dengan tangan kanannya di dalam poket seluar.

"banyak pulak duit kau"

aik baru je gaduh pagi tadi. ni tiap tiap hari nak gaduh. ingat tegur tu dah okey dah, tapi dicarinya pasal lagi. dengki apa pun tak tahulah.

"banyak ke tak, nak taknak kena beli jugak. takkan kau nak suruh aku makan angin berlaukkan habuk je dalam rumah ni?"

"ala cakap jela, nanti aku suruhla yeosang tu belikan makanan kat luar"

"tiap tiap hari makan luar je. bosanlah"

hengko tahu, 4 hari dorang kahwin ni, 4 hari tu makan luar. adoi mana dia cekup duit pun tak tahulah.

"ehem lain kali keluar office awal tu bagitahu la yeosang. nak pergi mana mana tu cakap je dengan dia, nanti dia bawakkan. nanti kau balik sesat satu hal pulak"

eleh dia ni macamlah aku budak lagi.

seohee menjeling seonghwa dalam diam.

"kenapa semua benda nak kena bagitahu dia? dia suami aku ke?"

bRO—

"hah? ada ke aku kata macam tu?"

"dah kau suruh aku bagitahu semua benda kat dia. alah tak payah risaulah, takdenya aku sesat kat sini. dah 4 hari aku tinggal sini, dah hafal jalan dah"

"sejak bila pulak aku risau kat kau?" seonghwa mengerutkan dahinya.

"lah tadi tu bukan kau risaukan aku ke?" selamba je muka seohee.

"ee mengarutlah kau ni. perasan nak mampos"

ele kau tunggula pasni kau yang sibuk risaukan aku. nak berkepit 24 jam ee.

^kalau jadila rancangannya hm.

"ha ha okey" sungguhla seohee tu nak mengejek, sengaja dia kata macam tu. kemudian dia mengambil bahan bahan yang mahu digunakan. dah nak masuk waktu makan malam, baik dia masak.

"aku naik dulu"

baru seohee berpusing, seonghwa dah lesap dari belakangnya. guna turbo ke apa naik atas?

"baru nak ajak makan sekali" seohee memuncungkan mulutnya.

ehh jangan salah faham ehh. seohee ni walaupun dia keras kepala, dingin, biadab dan seangkatan dengannya, tapi dia masih berhati perutla. takdenya dia nak masak untuk dia sorang je walhal ada manusia lain dalam rumah tu. sedar dirila jugak yang diri tu hanya menumpang.

"nanti dia turun tu pandai pandai la kan? takkan tak turun pulak" lantas seohee menyambung niatnya tadi untuk memasak makan malam. ya, entah apa angin dia harini baik sangat nak masakkan untuk si seonghwa tu sekali.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now