twelve

1.2K 190 79
                                    

"kau keluar dengan yeosang eh tadi?"

tersentak seohee yang sedang fokus pada laptop di hadapannya. sudahla masuk tanpa ketuk, terus disergahnya pula. haih seonghwa, seonghwa.

"sejak bila pulak kau kisah aku keluar dengan dia ke dengan siapa ni?"

"ee aku tanyakan, kau keluar dengan dia ke tadi?" tiba tiba seonghwa berperangai seperti budak budak, kaki dihentak hentak apabila seohee tidak menjawab soalannya.

"dah kau yang suruh dia hantar aku pergi kerja kan? apa masalahnya?"

terkebil kebil mata seonghwa memandang wajah seohee yang sudah dipenuhi dengan tanda tanya.

haah la, aku yang suruh yeosang hantar dia.

"ish! dahla!"

apahal pulak mamat ni nak marah marah bagai ni?

berkerut kerut dahi seohee tengok perangai seonghwa yang memang tak dapat diramal tu.

"kau ponteng kerja eh?" terbit soalan tu dari mulut seohee dengan matanya yang dikecilkan memandang seonghwa.

mana taknya dia fikir macam tu. dah seonghwa tu tercegat depan dia walaupun belum pukul 11 pun lagi.

"mana ada!"

"weh tak baik tau makan gaji buta. tak berkat weh tak berkat. aku ni walaupun bodoh buat kerja pun tak makan gaji buta weh. even tu syarikat ayah kau pun tak baik weh jangan begituu" bebel seohee tiba tiba.

"ee bukanlah! a- aku ada kerja sikit kat kawasan ni pastu singgahla kejap"

makin sepet mata seohee memandang seonghwa. tersumbat ke apa telinga dia ni? lain macam pula seonghwa kata nak singgah sini kejap.

"kau—"

"ha? apa apa?" kalut seonghwa menyoal.

"—biar betul kau singgah untuk tanya pasal tu je?"

"m- mana ada! aku nak beli air la boo"

seohee mencebik meluat. seonghwa ni makin lama makin pelik perangai dia. selalu sangat gagap bila kena soal. perangai pun makin lama makin kebudak budakan walaupun kadang kala menyakitkan hati la juga perangai dia tu.

"dahtu? dah beli airnya ke belum?"

"on the way kat bawah tu kot. dahla, aku nak masuk office balik. taknakla dikatakan makan gaji buta pulak huh!" macam mana cara dia masuk tadi, macam tu juga dia keluar. datang tanpa isyarat, keluar secara tiba tiba.

"annoying siot dia ni. main sindir sindir pulak ee"

-

seohee membuka pintu penumpang sebaik sahaja kereta yang dipandu yeosang berhenti tepat di depannya. usai dia masuk, yeosang menyapanya dengan lambaian.

"tadi bos datang jumpa awak eh?"

"macam mana kau tahu?"

"yoojung bagitahu yang bos datang pastu terus naik, langsung tak tegur. jangan kata tegur, pandang pun tidak. muka tegang semacam. gaduh lagi ke?"

oh.. yoojung.

yoojung, salah seorang pekerja kafe. si kecil molek yang dijumpai seohee sewaktu pertama kali datang ke kafe tu.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now