sixteen

1.3K 187 54
                                    

no one

langkah seohee untuk keluar mati sebaik sahaja terpandangkan seonghwa yang bersandar pada kereta di hadapan kafe. belum waktu balik kerja lagi, dia ni dah tercegat depan kafe. gila dah ke?

lantas seohee cuba berfikir positif atau lebih kepada taknak perasan, dia menganggap seonghwa tunggu orang lain. lalu seohee menyambung semula langkahnya dan menghiraukan seonghwa yang daripada tadi memerhatikannya.

"nak pergi mana tu?" soal seonghwa apabila seohee berjalan melepasinya walhal dia dah siap tunggu betul betul depan kafe dah.

"lunch"

"dengan siapa?"

"mak kau"

riak wajah seonghwa berubah. buat apa seohee keluar makan dengan mak dia? benda yang amatlah memusykilkan. setahunya, puan park memang tak sukakan seohee. jadi, kenapa nak kena keluar sama sama kalau dah tak suka? talam dua muka?

seonghwa mengeluh perlahan namun keluhannya dapat didengari seohee. seonghwa jadi tak sedap hati, dia tahu puan park tetap berdegil dan ingin memberitahu seohee tentangnya walaupun dia sudah mengugut ibunya sendiri. sengaja puan park menggunakan alasan lunch untuk bertemu seohee sebab kalau nak jumpa tiba tiba macam pelik pula kan?

"kenapa? tak suka?"

seonghwa mengangkat kepalanya untuk memandang seohee. segera dia menggelengkan kepala bersama senyuman kecil.

"baru nak ajak kau lunch"

seonghwa dipandang biasa, namun dalam hati seohee, dia tak habis habis menyumpah seonghwa kerana tak putus asa nak merapatkan hubungan mereka. lunch apahal pula? pergi dengan orang lain la ish sibuk je.

"oh nanti nanti jela" seohee memusingkan badannya untuk meneruskan perjalanannya namun seonghwa menahan lagi.

"aku nak ikut"

"tak payahla. buat apa?" halang seohee dengan kerutan di dahinya. yang ni pula takut kalau seonghwa ada kat situ dan tiba tiba je puan park terlepas kata depan seonghwa, habislah dia. walhal dia tak tahu yang seonghwa memang dah tahu niat asalnya mengahwini seonghwa.

"tu pun mak aku kan? apa masalahnya?"

seohee terdiam. dah seonghwa bagi alasan macam tu, tak boleh nak buat apa dah walaupun dia memang langsung tak rela untuk seonghwa ikut dia.

"suka hatilah" putus seohee namun dia masih tercegat di situ.

"tunggu apa? naiklah"

seohee menggelengkan kepalanya perlahan.

"pergi asing bolehkan?" soalnya lagi.

seonghwa memicit batang hidungnya kejap. pening dengan sikap seohee yang sekarang ni entah kenapa nak menjauhkan diri. kalau dulu asyik nak bergaduh, sekarang terasa kosong pula sebab seohee dah tak banyak nak berinteraksi dengannya.

"kenapa kau degil sangat ni, woo seohee?"

"aku tak peduli kau nak kata apa. suka hatilah" usai itu, seohee berpaling. taknak sekereta dengan seonghwa. kalau boleh bila dia balik rumah tu nak berkurung je dalam bilik. taknak keluar langsung.

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now