Bab 1: Sehari sebelum flight

177 5 0
                                    

Matahari sudah pun tinggi, jarum jam menunjukkan pukul 9:58am. Zyan masih tidur mati kerana keletihan bekerja. Besok dia perlu terbang ke US atas urusan kerja yang perlu dilaksanakan.

"Tok! Tok! Tok!" -Pintu bilik Zyan diketuk oleh seseorang dari luar.

"Zyan, bangun cepat! Dah lewat ni. Bukannya kamu nak pergi cafe ke? Sekarang dah pukul berapa dah ni?!" -Kedengaran suara Puan Faridah mengejutkan anaknya dari luar bilik.

Zyan tidak menghiraukan ketukan dan panggilan ibunya tersebut dan menyambung tidurnya semula. Puan Faridah merasa tidak puas hati kerana panggilannya tidak bersahut. Oleh itu, dia berusaha mengetuk pintu bilik dengan lebih kuat.

Zyan yang tadinya tidur semula terbangun dan terkejut akibat ketukan yang kuat tersebut. Dengan langkah yang berat Zyan berjalan menuju pintu biliknya dan membuka pintu.

"Kenapa, mak? Kenapa kejut Zyan pagi-pagi buta ni? Zyan masih mengantuk lah mak." -Zyan bercakap sambil menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk.

Puan Faridah mengeluh lalu menarik cuping telinga anaknya (tidaklah kuat mana).

"Ish, budak ni. Dah lewat ni pun dia kata pagi buta. Kamu kan nak pergi jumpa Emma pagi ni. Janji pukul 10 sekarang ni dah pukul berapa?! Kamu tu mandi pun macam mandi bunga." -Puan Faridah berleter.

"Adui! Adui! Sakit lah mak. Nak tercabut telinga Zyan ni ha. Yelah Zyan bangun lah" -Rayu Zyan agar Puan Faridah melepaskan telinganya.

"Dah, pergi mandi cepat. Nanti marah kawan kamu tu. Dah lewat dah ni. Lepas tu turun sarapan kat dapur." -Puan Faridah memulakan langkahnya hendak turun ke dapur.

"Hmm" -Zyan menutup pintu bilik selepas Puan Faridah hilang dari pandangan.

Phone yang berada di atas meja tidurnya diraih.

"Apa lah mak ni. Masih awal kot. Aku dah set alarm kat phone aku ni, kalau dah lewat pasti aku dengar dia bunyi. Meh aku tengok jam ni..
Ya Allah! Betul aku dah lewat. Dah pukul 10:05am dah ni alamak. Habis lah budak tu marah nanti." -Dengan tak tentu arahnya Zyan terus membuka Whatsappnya dan menghantar pesanan kepada kawannya Emma.


Zyan:
Weh, ses. Sorry lah aku lewat sikit. Aku baru bangun ni ha. Tunggu kejap ek, nanti aku sampai.

Emma:
Wei! Aku dah sampai dah ni. Bagusnya kau baru bangun. Cepat ah. Kau ni, nasib baik kawan. - - '

Selesai bersiap, Zyan Aluna terus bergegas ke dapur lalu menghirup vico panas dan mengambil sekeping roti untuk dimakan semasa dalam perjalanan.

"Zyan pergi dulu mak. Assalamualaikum." -Zyan menyalam tangan ibunya.

"Waalaikumsalam. Eh budak ni. Tak nak sarapan dulu ke?" -Tanya Puan Faridah.

"Tak payah mak. Nanti Zyan makan lah kat cafe. Bye, mak!" -Kata Zyan yang bergegas masuk ke kereta.

"Yelah. Bawa kereta tu elok-elok." -Puan Faridah.

Zyan terus menuju ke cafe dengan menaiki kereta Mini Coopernya.

Sesampainya di cafe, Zyan terus masuk dan bertemu kawannya, Emma.
Sesudah duduk, Zyan memesan makanan dan minumannya daripada seorang pelayan cafe tersebut.

"Weh ses, sorry lah aku lewat. Aku tertidur mati tadi. Hehe." -Kata Zyan dengan rupa tidak bersalahnya.

"Sedap je kau kata sorry. Aku yang dari tadi kat cafe ni apahal. Nasib baik aku tak kena culik oleh orang jahat mana entah." -Rajuk Emma.

"Yelah. Kan aku dah kata sorry. Aku dah set alarm dah tapi aku tak dengar lah dia bunyi." -Zyan menyalahkan alarmnya.

"Apa lah kau. Salahkan alarm pulak." -Emma.

"Hahah tapi kan kalau kau kena culik, dapat lah ex-crush kau tu selamatkan kau." -Usik Zyan.

"Giler lah kau. Tak nak aku. Kalau macam tu baik tak payah kena culik. Hmm yelah aku maafkan. Ha Zy, jadi ke kau nak pergi US esok?" -Tanya Emma.

Di tengah perbicaraan mereka, seorang pelayan datang untuk menghantar pesanan Zyan sebentar tadi.

"Terima kasih." -Kata Zyan kepada pelayan tersebut.

"Yep, jadi. Kenape?" -Zyan menyambung semula perbicaraan mereka yang terhenti sebentar tadi sambil menyedut minumannya menggunakan straw.

"Berapa lama kau kat sana? Seronok lah kau jumpa mat saleh cun kan ahahah." -Emma.

"Ish apa lah kau. Aku kat sana tu sebab kerja lah bukan nak cari calon. Tak lama pun dalam 3 hari. Lepas tu aku balik lah dan aku cuti 2 minggu!" -Zyan.

"Ahaha ok lah. Tapi kalau kau jumpa mat saleh cun kat sana jangan lupa aku eh ahaha" -Emma bergurau dan terus menyakat Zyan.

"Kau ni..yelah yelah nanti aku carikan kau mat saleh tua yang dah atok-atok ok?!" -Sakat Zyan.

Sepanjang hari itu mereka bergurau sambil hangout bersama.

Malam itu Zyan sibuk mengemaskan barang-barang dan pakaian untuknya selama di US nanti. Sampai lenguh seluruh badannya lepas mengemas.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora