Bab 20: Malang (Part 1)

64 4 3
                                    

Zyan yang baru selesai berbelanja sedang berjalan menuju keretanya.

"Alahai..berat betol lah barang ni. Kenapa lah banyak sangat tepung yang mak beli ni?! Nak buat donat gergasi ke?" -Zyan bergerak dengan perlahan dan berhati-hati membawa beg belanjanya.

Sesekali Zyan berhenti sebentar untuk berehat dan mengurangkan sakit tangannya yang lenguh.

"Lebih baik aku cepat. Aku dah dekat dah ni." -Batin Zyan.

Zyan melajukan langkahnya walaupun dia masih perlu melintas beberapa buah kedai termasuklah restaurant dan cafe. Niatnya ketika itu hanya satu iaitu supaya cepat sampai ke kereta dan lekas-lekas balik ke rumah untuk tidur.

"Hadoi! Mudah-mudahan lah orang tak tengok aku macam budak tadika heret beras..alamak.." -Batin Zyan.

Hampir saja Zyan melanggar beberapa orang yang lalu-lalang di situ.

"Sorry." -Perkataan yang keluar dari mulut Zyan sewaktu bahunya tanpa sengaja terkena orang.

Tiba-tiba..

"BUKKK!!" -Zyan jatuh terduduk setelah melanggar sesuatu.

"Haduiii..kerasnya dinding ni." -Zyan mendongak sambil mengurut dahinya yang sakit.

Terbuntang mata Zyan apabila melihat lelaki yang berdiri betul-betul di hadapannya. Lelaki itu merenungnya. Tangannya disilang ke dada.

Adam's pov:

Gila lah perempuan ni. Berani-beraninya dia suruh mommy paksa aku untuk lunch dengan dia. Tak malu betul. Ingat senang ke nak pikat aku?! Ni Adam Afrand lah. Setakat perempuan macam kau tu, hmphh berlambak lah kat luar sana. Padan muka aku tinggalkan. Gedik!

Lebih baik aku keluar.

"Bipp.."

Haish siapa pulak call aku ni?

Kyle?? Ada apa pulak dia call aku?

Baru je aku angkat panggilan si Kyle ni, tiba-tiba..

"BUKKK!!"

Aku menoleh ke arah orang yang baru melanggarku. Ish, budak mana lah yang tengah main kejar-kejar depan restaurant ni?

"I'll call you back." -Aku mematikan phoneku lalu pandanganku kembali ke arah perempuan yang masih lagi terduduk selepas melanggar tubuhku.

Tubuhku aku hadapkan ke arahnya yang sedang menggosok-gosok dahi. Kuat sangat ke badan aku ni?

End pov.

"KAU?" -Adam dan Zyan terkejut serentak apabila mata mereka bertentangan.

"Eh, makcik. Kau tak reti nak jalan elok-elok ke?" -Adam merenung Zyan.

"ISHHHHHH!! Yang kau tengah berdiri macam tunggul kat tengah jalan ni kenapa? Kau tengok. Tak pasal-pasal aku jatuh." -Zyan mencari-cari beg belanjanya.

"Suka hati aku lah nak berdiri kat mana. Kalau aku nak, kat atas kepala kau pun aku boleh lah, sewel!" -Adam membalas.

"ALAMAKKK!! TELUR AKU!" -Zyan mendapati beg belanjanya.

Pada mulanya, Adam hanya memerhatikan Zyan yang mengemaskan barang belanjanya yang berselarak kerana terjatuh tadi. Melihat Zyan yang berusaha memasukkan barangnya ke dalam beg belanja, timbul pula rasa bersalah di hati Adam.

"Meh, aku tolong." -Adam melutut sambil membantu Zyan.

"Tak payah. Bukannya banyak pun." -Zyan menolak namun tidak diendahkan oleh Adam.

"Telur tu dah pecah lah. Takkan nak masukkan jugak." -Adam melihat tray telur yang Zyan masukkan.

"Takpe. Yang pecah pun sebiji dua je." -Zyan dan Adam sama-sama berdiri.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now