Bab 17: Degil

76 4 7
                                    

Sampai saja di rumah, Zyan terus masuk ke biliknya. Penat sangat selepas seharian keluar rumah. Di tambah pula bila melayan perangai cik #dramasangat yang tak habis-habis lawaknya.

Zyan meletakkan beg tangannya di atas meja solek dan seperti biasa, shawl yang seharian terlilit di kepala dibuka. Zyan bergerak ke almari pakaian untuk mengeluarkan pakaian tidur sebelum masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai saja mandi dan menunaikan solat, Zyan meraih beg tangannya lalu duduk di birai katil. Dalam masa Zyan sibuk menyeluk-nyeluk beg untuk mencari phonenya, matanya tiba-tiba tertumpu pada sampul putih.

"Eh, ni...sampul yang aku ambik tadi." -Mata Zyan masih melekat merenung sampul tersebut.

Setelah mendapati phonenya, perhatiannya kembali pada sampul yang masih belum dibuka itu. Tanpa berlengah, Zyan terus membuka sampul tersebut.

"Duit?" -Dahinya berkerut.

"Haiii..duit sapa pulak ni? Nak dikatakan gaji, tak logik pulak. Nak kata duit hutang, tak kot. Manada orang berhutang kat aku. Hadoii! Pening lah macam ni. Dah lah tak letak nama pengirim." -Zyan mengeluh.

"Bip..! Bip..!" -Phone yang tadinya diletakkan berbunyi menandakan ada panggilan yang baru masuk.

Zyan's pov:

Siapa pulak call aku malam-malam macam ni? Tak tau ke sekarang ni aku tengah bengang dengan pengirim duit takde nama ni?!

Phone yang aku letak di atas katil tadi aku capai. Ye lah. Walaupun aku tengah bingung memerah otak sekarang ni, aku pun curious jugak nak tau siapa yang tengah call aku. Mana lah tau kalau-kalau panggilan tu urgent, kan?!

Aik?! Nombor ni tak dikenali. Fikir punya fikir, aku reject je panggilan tu.

Tak lama lepas tu, nombor tu tertera lagi kat skrin phone aku.
Hmm..jawab ke tak eh? Alah malas aku nak fikir panjang-panjang. Mungkin panggilan penting. Jawab je lah.

Unknown:
Assalamualaikum dan selamat malam, cik Zyan Aluna.

Aik, ni suara lelaki.

Waalaikumsalam. Boleh saya tahu awak ni siapa?

Alamak aii. Kenapa aku rasa tak sedap hati pulak ni?

Unknown:
Ni aku. Orang yang sama yang kau tepis tempoh hari.

Tenang je suara tu.
Berkerut dahi aku. EH! EH! JANGAN-JANGAN DIA NI..? TAPI MACAM MANA? APA DIA NAK PULAK NI? Hm..tepis pun tepis lah.

Kau ke? Mamat sengih? Adam Afrand si mamat pantai yang perasan handsome tu?

Aku selamba sambil muka dah sengih-sengih menahan gelak.

Unknown:
Diam lah kau, makcik sewel tukang langgar. Kalau suka cakap je lah.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now