Bab 2: US

110 3 0
                                    

Hari yang dinanti telah tiba. Flight ke US akan berangkat pada jam 8:00am. Zyan sudah pun bangun subuh-subuh untuk bersiap dan melaksanakan solat subuh sebelum berangkat ke lapangan terbang bersama keluarganya.

Setelah sampai di lapangan terbang kira-kira jam 7:05am, Zyan dan keluarganya menikmati sarapan di restaurant yang terdapat di lapangan terbang tersebut.
Zyan membuka Whatsappnya untuk memberitahu kawannya, Sarah, bahawa dia sudah berada di lapangan terbang.

Zyan:
Sar. Aku dah sampai dah. Aku dan keluarga aku sarapan dulu kat restaurant ni ha. Lapar pulak aku.

Sarah:
Ok, Zy. Aku otw ni. Aku pun nak makan kot. Tak sempat breakfast tadi.

Sepanjang berada di lapangan terbang, Zyan ditemani keluarganya menunggu giliran flight nya. Hal ini kerana Zyan belum pernah ke luar negara dan ini bermaksud penerbangan Zyan ke US ini adalah penerbangan pertama nya. Kawan sekerja Zyan yang akan bersamanya selama di US pun kini terlihat bersama keluarga masing-masing menunggu flight mereka. Sempat lagi Zyan dan kawan-kawannya berlambaian.

"Zyan pergi dulu ye mak, abah. Zyan mintak restu kamu semua. Doakan Zyan semoga selamat sampai dan balik." -Zyan menyalam tangan kedua ibubapanya.

"Ye lah..kamu jangan risau. Mak dan abah sentiasa doakan kamu. Kamu bila sampai kat US tu nanti elok-elok perangai, jangan buat hal pulak. Hati-hati kalau nak pergi mana-mana, suruh kawan kamu tu temankan. Dengar tu Zy?" -Pesan Puan Faridah.

"Betul kata mak kamu tu. Ingat Zyan Aluna, tu negara orang. Ni first time kamu pergi luar negara, jangan sakai sangat naik pesawat tu. Malu pulak kawan-kawan kamu tu nanti." -Sempat lagi Encik Faisal menyakat anaknya.

"Ye lah mak, abah. Zyan ingat semua pesan mak dan abah tu." -Kata Zyan.

"Satu lagi, Zy. Jangan lupa oleh-oleh untuk aku ye hehe. Jangan lupa tau?!" -Gurau Shireen.

"Ish, kau ni, kak. Aku pergi sana tu nak kerja lah bukan nak vacation. Tengok lah nanti aku carikan selipar jepun murah untuk kau." -Zyan bergurau lalu bersiap mengangkat semua barangnya.

"Zyan pergi ye mak, abah, akak." -Terasa berat Zyan melangkah untuk meninggalkan keluarganya walaupun hanya untuk 3 hari. Maklum lah. Zyan kan anak bongsu.

"Ye lah, nak. Hati-hati. Dah sampai nanti jangan lupa hubungi kami." -Puan Faridah, Encik Faisal dan Shireen melambaikan tangan kepada Zyan sebagai tanda selamat jalan.
Begitu juga sebaliknya. Zyan melambaikan tangan ke arah keluarganya sebagai tanda selamat tinggal sebelum bersedia bersama kawan-kawannya untuk menaiki pesawat.

Setelah selamat menaiki pesawat dan berada di tempat duduk penumpang, Zyan memandang ke arah tingkap pesawat tersebut. Terasa berat dan sayu baginya untuk meninggalkan keluarganya. Memang tak sah baginya merasa janggal ketika duduk di tempat duduk penumpang dengan hanya ditemani kawan sekerjanya.
Inilah penerbangan pertama dalam seumur hidupnya. Terlintas dipikirannya akan wajah kedua ibubapanya dan kakak sulungnya. Mengenang kembali akan kesusahan hidup yang telah mereka lalui. Inilah saat untuknya membantu keluarganya.

"Zy. Kau ok tak? Senyap je dari tadi aku tengok. Kau sakit ke?" -Salah seorang kawan Zyan iaitu Ayris bertanya kerana hairan.

Zyan yang tadi termenung tersedar apabila kawannya itu menegurnya.

"Hah? Ok! Aku ok je Ris. Hehe." -Zyan.

"Ye lah tu, Zy. Macam lah muka kau tu tak dapat kita orang baca. Dah lah Zy. 3 hari je. InshaAllah kita selamat sampai dan balik. Lepas kerja ni, kita boleh cuti beberapa minggu. Boleh lah kita hangout WUHOOO!!" -Kata Naufa dengan nada bersemangat.

Zyan dan kawan-kawannya yang lain hanya mampu ketawa memperhatikan perangai Naufa yang tidak pernah berubah.

Kedatangan Zyan, Naufa, Ayris dan Sarah ke US disambut mesra oleh ketua organisasi yang turut bekerja dengan mereka, iaitu Mr.Richard Clarke. Mereka terus dibawa untuk menghadiri taklimat dan juga meeting yang diadakan oleh organisasi hidupan liar (Wildlife Organisation). Sempat juga Zyan memberi soalan kepada pembentangnya dalam sesi Q&A. Taklimat dan meeting yang berlangsung selama 4 jam setengah itu betul-betul membuka pandangan Zyan dan kawan-kawannya.

Selesai meeting, Zyan dan kawan-kawannya check-in di hotel kerana terlalu kepenatan. Sepanjang hari ini mereka belum berehat (walaupun waktu US tidak sama seperti waktu di negara mereka).

......................................................................

Keesokannya, mereka dibawa ke pusat perlindungan haiwan liar/Animal Sanctuary untuk menguji tahap kesihatan binatang liar di sana. Binatang-binatang liar ini adalah species yang terancam yang selalu menjadi sasaran pemburu-pemburu haram untuk diperniagakan.
Kesihatan mereka perlu diawasi sebagai usaha menghindarkan mereka dari risiko kepupusan.
Inilah impian Zyan sejak dulu lagi, iaitu bekerja dengan binatang liar kerana baginya binatang-binatang ini sungguh unik dan manusia perlu tahu akan kepentingan melindunginya.

Salah seekor binatang yang perlu mereka periksa ketika itu adalah seekor penyu betina.

"This is the most recent turtle we've rescued. A local fisherman found her at the beach when he was about to go fishing as usual. She was not even moving at the time. I think she was washed off to the shore by strong waves. The waves were so strong that she couldn't get back to the ocean. She was very, very weak. But now, as we can see she is making a little progress by eating and moving, and it is our priority to make sure that she is 100% healthy and ready before we release her back home." -Michael Willis, salah seorang penyelamat.

Zyan mula memeriksa penyu tersebut dengan dibantu beberapa orang penyelamat dan penjaga santuary.

"She's clean, her eyes look normal. There's nothing else that looks strange, no signs of diseases, totally perfect. Overall, I can say that she's healthy but a little underweight. There's nothing to worry about because I'm sure that her diet will back to normal real soon. So, I think we need to wait for another 2 weeks and get her checked-up before the release." -Zyan menjelaskan tentang kesihatan penyu tersebut kepada Michael Willis.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now