Extraordinary (Part 3)

67 4 0
                                    

Adam's pov:

Diam jugak akhirnya makcik sewel ni. Kelakar pulak aku tengok dia ni syok sangat tengok-tengok kereta aku. Macam budak-budak. Eh, kejap. Aku sengih-sengih ni kenapa? Aku happy ke tengok si Zyan ni? Ish, pelik lah. Aku tengah lapar kot, sebab tu mood aku tak tentu arah. Malas lah aku nak pikir panjang-panjang.

End pov.

Selepas 10 minit, Adam memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restaurant besar yang kelihatan mahal iaitu SeaFood Grill & Chill.

"Oh, nak lunch ke? Buat saspen je. Bagitau lah awal-awal, tak payah lah susah-susah heret aku sampai kereta." -Zyan menyindir Adam.

"Whatever. Jom turun." -Adam melepaskan tali pinggang keselamatan yang dipakainya.

Entah kenapa, Zyan hanya mengekori Adam masuk ke dalam restaurant tersebut tanpa membantah. Mungkin kepenatan selepas berlawan aksi tarik-menarik dengan Adam.

"Good afternoon, Sir Adam. May I take your order?" -Seorang pelayan datang ke meja mereka.

"Woseh. Mamat ni dari kerabat diraja ke? Sampai pelayan restaurant pun kenal dengan dia. Lantak kau lah." -Batin Zyan.

"Good afternoon. My usual order, please." -Adam menayangkan senyuman.

"Wah. Memang sah mamat ni pelanggan tetap kat restaurant ni." -Batin Zyan.

"And miss?" -Pelayan itu beralih kepada Zyan.

Zyan terus memandang Adam.

"Pesan lah apa-apa pun." -Adam.

"Tak payah lah. Aku dah kenyang dah makan banyak tadi." -Zyan menolak.

Adam merenung Zyan lama.

"Give me honey lime grilled marinated salmon with rice and rosemary lemonade, thanks." -Adam memesan.

"Ehh, dia order pulak dah." -Batin Zyan.

"Thank you for your order, sir. Your food will be served in just a minute. For now, you can enjoy our special juice while waiting." -Pelayan itu pun berlalu dari situ.

Zyan yang meragui akan kehalalan sajian di restaurant itu mula tidak selesa.

"Giler ke? Restaurant kat negara mat saleh kot. Tah halal ke tak, aku pun tak tau." -Batin Zyan.

Adam yang sedari tadi merenung Zyan itu mula perasan akan perubahan riak wajah Zyan dan seakan-akan faham akan maksudnya.

"Semua makanan kat restaurant ni halal, jadi kau tak payah nak risau sangat." -Adam meneguk jus oren yang baru saja dituang oleh seorang pelayan.

Zyan dengan terkejutnya memandang Adam.

"Aik?! Dia dapat baca pikiran aku ke?" -Batin Zyan.

Adam menunjuk cop 'halal' yang terpampang di dinding dekat kaunter restaurant tersebut. Zyan menoleh tempat yang ditunjuk oleh Adam.

"Oh, alhamdulillah." -Zyan menghembus nafas lega.

"Eh, tapi tadi kan aku kata tak payah. Aku dah makan lah. Dah lah makanan kat restaurant ni nampak mahal." -Zyan.

"Aku tak suka makan depan orang yang langsung tak makan apa-apa." -Adam merenung skrin phonenya.

Zyan terdiam dan hanya mengangguk faham.

"Here's your seafood paella and blueberry&lemon infused water, sir." -Seorang pelayan menghantar pesanan Adam dan Zyan.

"And honey lime grilled marinated salmon with rice and rosemary lemonade for you, miss." -Pelayan itu meletakkan hidangan Zyan.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang