Bab 8: Jodoh ke?

88 3 0
                                    

Hari ini adalah hari pertama Adam bekerja di perusahaan ayahnya, SmartGadget.Tech. Adam dan ayahnya tiba di perusahaan tepat pada jam 8:00 pagi bagi acara perlantikan Adam sebagai assistant ketua bos mereka iaitu Tuan Haji Amran Syah. Para pekerja sudah pun bersedia duduk di dalam hall untuk menghadiri acara tersebut.

Adam's pov:

Today is the day, Adam. You'll be a part of SmartGadget.Tech. Aku tak sangka pulak hari ni akan tiba. Rasanya baru seminggu lepas aku belajar ABC dengan papa. Sekarang ni aku dah terpacak kat hall dengar papa bagi speech. Mengantuk pulak dengar speech lama-lama. Bila speech papa nak habis, aku rasa lain. Entah kenapa pulak aku rasa semacam ni? Rasa dahaga, nak termuntah, sakit perut, nak pitam pun ada. Aku nervous ke? Ish, biasa lah tu. Hall ni pulak, sejuknya sampai ke tulang.

"..so let's us welcome the assistant of this company, Muhammad Adam Afrand bin Haji Amran Syah to the stage." -Aku tersedar dari kesibukanku sendiri apabila papa menyebut namaku untuk naik ke pentas.

Aku naik ke atas pentas sambil diiringi oleh orang kanan perusahaan. Aku berjalan ke arah papa dan jelas terlihat senyuman dan kegembiraan di wajah papa. Aku menyalam tangan papa dan mencium pipinya sebagai tanda hormatku. Selepas berpelukan dengan papa, papa mengarahkan aku untuk menghadap audience. Fuhyooo!! Ramai giler pekerja papa ni. Aku tak sangka pulak SmartGadget.Tech ada banyak pekerja macam ni. Sampai penuh hall aku tengok dari atas stage.

Sebaik saja papa turun dari stage, maka tibalah masaku untuk menyampaikan speechku di hadapan para pekerja.

"Thank you, Tuan Haji Amran Syah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh to all. Today is a great day. I am delighted to be here, in front of 256,000 employees. I am very honored to hold this job and so excited to start working with every single one of you, starting from today onwards.." -Panas pulak aku rasa masa tengah-tengah bagi speech. Dah hilang dah nervous ni.

Selesai speech, semua pekerja termasuklah papa aku memberikan tepukan gemuruh sebagai penutup speech aku tadi. Papa aku naik semula ke atas pentas dan memelukku erat. Selepas mengambil gambar bersama papa dan pekerja-pekerja kami, aku berjabat tangan dan berkenalan bersama para pekerja sambil menikmati jamuan.

"Congratulations, tuan muda. So happy that you're a part of us now. Can't wait to start working with you." -Pekerja-pekerja wanita menyapa aku dengan senyuman. Ada pula yang memberikan berjambak-jambak bunga kepada aku.

"Thanks, ladies. Appreciate your kind words." -Aku menerima bunga-bunga tersebut dan ku balas dengan senyuman mautku. Mereka hanya tertawa malu.

Aku akui pekerja-pekerja wanita kat perusahaan ni memang cantik tapi dari apa yang ku lihat, takde seorang pun yang berjaya menarik perhatianku. Bagiku mereka sama saja seperti wanita-wanita di luar sana yang hobinya gemar menggoda lelaki-lelaki kaya untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan. Tetapi, dalam hal pekerjaan, aku menghormati mereka sebagai staff yang rajin dan berusaha keras.

"Adam." -Aku terkejut apabila papa tiba-tiba berada di belakangku bersama tetamu khas yang merupakan rakan lamanya masa kitorang kecik-kecik dulu.

"Eh, pa" -Kataku.

"This is Encik Kamal. Dia pemilik Hars.co. I'm sure you knew it already." -Papa memperkenalkan aku kepada rakannya itu.

"How are you, Encik Kamal? So glad to meet you." -Aku berjabat tangan dengannya.

"Alhamdulillah, I'm good. Dah besar dah anak kau si Adam ni, Amran. Kacak pulak tu. Teringat pulak aku masa dia main dengan abang dia, Ammar, masa kita muda-muda dulu." -Encik Kamal bercerita dengan papa sambil tertawa.

"Oh ya, Adam. Kalau kamu nak pergi berehat kat office kamu tu, pergi lah. Papa nak bawa Encik Kamal jumpa staff kat sana dulu." -Kata papa sebelum beredar.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon