Bab 12: Extraordinary (Part 1)

82 4 0
                                    

Satu bulan kemudian..

Zyan's pov:

Sekarang aku berada di US atas urusan kerja lagi. Tapi kali ni berlainan sikit, sebab aku pergi tanpa kawan-kawan aku. Masing-masing ada tugas sendiri dan perlu pergi ke berlainan negara.

Hari ni aku menghadiri satu majlis perasmian kat Mec.co. Ini sebagai sambutan atas kejayaan mereka mencipta kenderaan mesra alam yang berkualiti tinggi dan mahal.
Aku mengenakan suit putihku dan tidak lupa juga dengan shawl Ariani kegemaranku.

Aku dapat tau yang Mec.co ni adalah satu perusahaan kepunyaan Tuan Amran. Perusahaan ni berkaitan dengan penciptaan kenderaan, enjin dan teknologi. Sebab tu pekerja-pekerjanya terdiri daripada sarjana yang lulus dalam bidang mechanical dan chemical engineering. Hebat betul lah Tuan Amran ni, semua perusahaannya berkaitan dengan teknologi. Bukan senang tu. Disebabkan hal ni, Mec.co dipilih sebagai perusahaan termaju kat US. Aku pun sebenarnya baru tau pasal hal ni masa tengah borak-borak dengan client-client yang lain.

Walaubagaimanapun, aku sebenarnya takde kena-mengena lah dengan perusahaan ni sebab kerjayaku memang berlawanan dengan semua kerjaya yang ada kat perusahaan ni. Tapi, disebabkan organisasi tempat aku bekerja merupakan client kepada perusahaan ni, jadi aku dihantar ke US sebagai wakil bos aku.

Masa ni aku tengah duduk-duduk dalam hall dan menyaksikan acara perasmian ni dijalankan. Sungguh kagum aku dibuatnya bila tengok bangunan, ruang kerja dan dewan majlis Mec.co ni. Sangat mewah dan moden. Memang tak jemu bila mata memandang sekeliling ruangannya. Barulah aku paham dan memang patutlah perusahaan ni terkenal sangat. Kadang-kadang aku tertanya jugak, macam mana lah pemiliknya kendalikan perusahaan besar mereka ni kan? Dah lah bangunannya besar, pekerja ramai, client sentiasa ada, urus tu urus ni. Tak stress ke? Aku salut lah.

Acaranya pun dimulai apabila semua tetamu dan client sudah pun berada di tempat duduk. Tak lama lepas tu..

"Let's us welcome our Chief Executive Officer, Sir Amran Syah and his assistant, Sir Ammar Azka to the hall." -Master of Ceremonies, MC, tu mempersilakan CEO dan assistantnya untuk masuk ke hall. Para tetamu memberi tepukan yang meriah.

Lepas je nama-nama tu kena sebut, aku dapat lihat 3 orang lelaki melangkah masuk ke dalam hall. Perghhh! Bergayanya. Tapi kacau pulak sebab diorang diiringi 2 orang bodyguard. Jurukamera pulak sibuk sangat menggambar diorang dari macam-macam angle. Susah pulak aku nak tengok muka diorang semua.
Bukan senang nak berasak-asak dalam keramaian tu. Tah tak cukup ke kerusi dan meja kat dewan ni?! Semua orang berebut nak pergi ke depan nak ambik gambar dekat-dekat. Sampai pemandangan aku pun kena halang. Aku pun nak tengok Tuan Amran dan assistant dia kot.
Akhirnya, usahaku tak membuahkan hasil. Buat penat je aku toleh sana toleh sini. Sampai sakit kaki aku ni meninting dari tadi. Tak cukup tinggi ke heels 7 inci aku ni? Alah, apa-apa je lah.

Alhamdulillah, lepas 2 jam lebih aku duduk, berdiri, berebut dan duduk balik, acaranya pun selesai. Sekarang ni para tetamu dan client tengah menikmati hidangan mewah kat dewan makan. Aku ni dah macam orang tak makan setahun dah. Sedap giler makanan kat sini. Catering mana diorang pakai, ye? Pencuci mulutnya pun apa kurangnya?! Sedapnya sampai ke telinga. Dah berbintang-bintang mata aku tengok semua makanan mahal ni. Minuman dia pun sedap dan segar. Minum punya minum, aku tak sedar dah berapa gelas aku teguk.

Dalam masa aku syok mengisi perut aku yang kelaparan ni, aku rasa nak terkencing pulak. Dah dia buat hal lah pulak. Ganggu masa bahagia aku je lah. Dah lah, lebih baik aku pegi toilet. Lepas tu baru sambung makan.

Aku terkocoh-kocoh berjalan menuju ke toilet. Ish, susah lah nak lari pakai heels ni. Kalau bukan sebab nak hadiri majlis formal, memang tak nak lah aku pakai heels ni. Disebabkan toilet kat dewan makan tu penuh sangat, terpaksa lah aku pegi toilet yang berhampiran dengan hall. Ish, apalah nasib aku ni.

Bila aku lintas je hall, aku memperlahankan langkahku. Dinding hall ni diperbuat daripada kaca, jadi senang lah aku nak tengok apa yang ada kat dalam. Nampaknya masih ramai orang kat hall ni. Mesti Tuan Amran dan assistant dia tengah photoshoot dengan tetamu kehormat. Malu pulak aku tiba-tiba lintas hall sebab nak kejar toilet. Harap-harap lah diorang tak perasan aku kat luar ni. Lantak kau lah. Aku terus melajukan langkahku ke toilet.

Lepas lebih kurang 2 minit kat toilet, aku pun keluar. Lega rasanya lepas selesaikan urusan toilet. Dengan bahagia dan cerianya, aku berjalan menuju dewan makan semula.

End pov.

Zyan sibuk membetulkan pakaiannya dalam masa berjalan menuju dewan makan dan tanpa disedari, seseorang sedang memerhatikannya dari jauh.

Adam's pov:

Zyan Aluna. Tak salah lagi, tu memang dia. Dia buat apa kat sini?

"Adam tengok apa tu? Come. Kita pergi jumpa client papa kat dining room." -Papa memanggilku. Ku lihat papa dan abang Ammar sudah bersedia di muka pintu hall, hanya menungguku yang masih tercegat sendiri.

"Coming, pa." -Aku mengekori papa dan abang Ammar. Kami diiringi oleh bodyguard papa dan jurukamera ke dining hall.

End pov.

Di dewan makan..

Zyan sibuk mengambil minuman untuk melegakan tekaknya selepas berjalan jauh ke toilet. Tuan Amran, Ammar dan Adam memasuki dewan makan. Tuan Amran dan Ammar beramah mesra dengan client-client mereka sedangkan Adam menjadi perhatian para wanita. Zyan yang tersedar akan kehadiran Tuan Amran ke dewan makan itu terus menyapanya.

"Hello, Tuan Amran. I'm Zyan Aluna from WildPlan.et organisation. It's great to meet you." -Zyan mengukirkan senyuman.

"Glad to see you, Zyan Aluna. You must be WildPlan.et biologist and adventurer." -Tuan Amran meneka.

"It's me. This must be your assistant, Ammar Azka. Congratulations for you, Tuan Ammar." -Zyan.

"Thank you, Zyan. Appreciate your kind words." -Ammar tersenyum memandang Zyan.

"Yes, Ammar Azka. My assistant, and my son too." -Tuan Amran memeluk bahu anaknya, Ammar.

"Oh, ye ke? Saya tak tau yang Tuan Ammar adalah anak tuan sebenarnya." -Zyan.

"Because I rarely talk about my sons." -Tuan Ammar. Zyan hanya mengangguk perlahan.

"Sons? Termasuk mamat tu ke?" -Batin Zyan.

"And I guess you don't know about him as well." -Tuan Amran mengalihkan pandangannya kepada seorang lelaki sebaik saja lelaki itu melangkah ke arah mereka.

"Him?" -Zyan semakin tidak faham.

"Yes. My second son, Adam Afrand." -Zyan menoleh ke arah lelaki yang baru menghampiri mereka. Lelaki itu berdiri di sebelah Ammar. Ya, Adam.

"KAU?" -Berkerut dahi Zyan tatkala melihat Adam yang berada betul-betul di hadapannya saat ini.

Adam hanya tersenyum memandang Zyan yang terkejut sebaik saja melihatnya.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuWhere stories live. Discover now