Bab 16: Berita gembira

79 5 7
                                    

Zyan's pov:

Hari ni aku ada panggilan dari WildPlan.et. Katanya ada kiriman barang untuk aku dan aku kena ambik. Hmm..siapa pulak yang kirim-kirim barang untuk aku ni?! Tak pernah-pernah aku dapat kiriman apatah lagi barang tu kena hantar kat tempat kerja aku. Alahai..banyak-banyak tempat, kat tempat kerja aku jugak lah orang tu hantar.

Kebetulan pulak hari ni aku ada date. Dengan siapa ye? Hehe. Orang tu tak lain dan tak bukan geng #dramasangat aku, si Emma, Shae dan Marwa. Jadi aku teruskan lah pergi tempat kerja aku sebelum jumpa diorang.

End pov.

WildPlan.et..

Zyan memasuki bangunan WildPlan.et tempat mereka bekerja. Terlihat teman-teman sekerjanya sibuk bekerja bagi kajian masing-masing. Ya. Hari ini Zyan tidak bekerja. Masing-masing mempunyai waktu kerja dan hari cuti yang berlainan, termasuklah jenis kajian mereka. Sempat Zyan menyapa dan memeluk teman-temannya itu.

"Good morning, Zyan Aluna. So glad to see you." -Ketua organisasi mereka yang juga merupakan rakan sekerja mereka, Matt McConnell, menyapa Zyan.

"Good morning, Matt. Glad to see me." -Zyan dan rakannya itu tertawa.

Zyan dan rakan-rakan sekerjanya memang akur bersama. Mereka tidak peduli tentang rupa, bangsa, agama mahupun pangkat kerana misi mereka tetap sama. Malah, ketua mereka iaitu Matt McConnell yang puluhan tahun lebih tua sudah mereka anggap seperti kawan rapat.

"How things went so far?" -Matt menaik-naikkan keningnya.

Zyan tertawa sambil mengangguk-angguk faham.

"Rossi the Siberian tiger, huh?! The good news is that..I've finished collecting the data and I just got the results from the lab." -Perkataan Zyan terhenti.

"So..what's the results?" -Matt sudah mulai teruja sambil memandang Zyan.

Zyan menahan ketawa memandang Matt.

"Ugh, come on, Zyan. Give me a good news." -Matt menggenggam kedua tangannya di hadapan dada sambil kakinya terhentak-hentak tanda teruja.

"It's POSITIVE! Rossi's pregnant!!" -Zyan teruja sehinggakan suaranya boleh didengari dari hujung pintu.

Teman sekerja mereka yang lain saling memandang Zyan dan Matt yang melompat-lompat sambil tertawa. Mereka yang terdengar perbualan Zyan dan Matt turut gembira mendengarkan berita itu.

"You've got to be kidding me!" -Grady yang tadinya sibuk bekerja tertawa kuat.

"Yes, Grady! Rossi's pregnant and the baby is in a ve..ry very good condition. The pregnancy is expected to be 3 weeks already. How cool is that?!" -Zyan menambah.

"This is a great news! I could cry right now. Hug me, Brian." -Drew turut melompat-lompat sambil memeluk Brian.

Berita itu cepat tersebar dan sekarang satu bangunan gembira dan tertawa tidak ingat dunia. Memang wajar mereka merasa teruja dan gembira. Sudah lama mereka menantikan saat membahagiakan ini setelah puas berusaha dengan bermacam-macam cara untuk membuat Rossi bunting. Ini juga merupakan satu percubaan untuk mengelakkan harimau Siberia ini daripada pupus.

Zyan yang terlalu gembira itu terlupa akan niat sebenarnya datang ke WildPlan.et.

"Zyan, wait a second. I almost forgot. Here's for you before you go." -Zyan yang hendak berlalu dari situ menghentikan langkahnya.

Sampul surat yang dihulurkan oleh Matt ditatapnya. Zyan mengambil sampul itu dan melihat-lihatnya depan belakang, mencari nama pengirimnya.

"Waa, cool. Who gave this?" -Zyan kembali memandang Matt.

Akhirnya Cinta Itu MilikkuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant